SARAPAN SELERA KELANTAN DI KAFE FATIMAH FOOD
Pertemuan dengan Dato Abdul Ghani Salleh, seorang usahawan berjaya di Kuala Lumpur pada satu majlis di Royale Chulan KL awal Disember lalu telah membawa kami kepada sesi rebiu rasa bersama hampir 10 blogger dan 'Online Portal' tanahair pada penghujung Disember 2018 yang lalu di kafe milik isterinya, Kafe Fatimah Food yang terletak di Tingkat 4, Busana MARA Kuala Lumpur.
Bertandang ke Kafe Fatimah Food, kami disajikan dengan pelbagai hidangan sarapan enak selera Kelantan. Sebut sahaja apa yang mahu dinikmati pasti ada. Dari set sarapan roti bakar bersama telur separuh masak hingga ke hidangan Nasi Kerabu yang membuai rasa di pagi hari, pasti buat anda kecur air liur menikmti hidangan enak di kafe ini. Selain Nasi Kerabu yang menjadi hidangan signaturnya, Kafe Fatimah Food turut menghidangkan menu sarapan seperti Nasi Dagang, Nasi Lemak, Laksam, Aneka Nasi Berlauk serta pelbagai pilihan kuih muih dan pencuci mulut.
Menurut Dato Abdul Ghani, kafe tersebut telah dibuka sewaktu wujudnya lagi program keusahawanan 'Pasar Nita' yang diadakan diseluruh Malaysia tidak lama dahulu. Mengambil peluang yang ada, isterinya, yang juga pakar memasak hidangan pantai timur menyertai program tersebut hingga terwujudnya Kafe Fatimah Food sejak 3 tahun yang lalu. Nama Fatimah yang diabadikan pada kedai itu pula diambil sempena nama ibu mertua Dato Abdul Ghani yang merupakan ahli perniagaan terkenal di negeri kelahiran Cik Siti Wan Kembang, Kelantan Darul Naim.
Tidak hanya menghidangkan sarapan pagi, Kafe Fatimah Food yang beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 730 pagi sehingga 7 malam turut menyediakan makanan tengahari dan minum petang. Antara hidangan yang boleh didapati untuk makan tengahari antaranya pilihan Mee Kari,Mee Udang, Laksa Johor, Laksa Penang, Butter Chicken Rice, Gulai Ayam Kelantan dan banyak lagi. Semuanya pada harga yang berpatutan diantara RM5 untuk sarapan sehingga RM12.
Menurut Dato Abdul Ghani, mereka tidak berkompromi dalam pemilihan bahan-bahan bagi menyediakan hidangan yang disediakan. Bahan-bahan asas dipilih segar dari gred terbaik setiap hari. Ini bagi menjamin mutu setiap hidangan yang dijual di kafe tersebut. Jesteru harga yang ditawarkan benar benar berpatutan dengan rasa yang bakal dinikmati setiap pengunjung yang berkunjung dikafenya.
Pilihan hidangan sarapan, manisan serta produk cicipan Kafe Fatimah Food
Apa yang unik di Kafe Fatimah Food, setiap pengunjung yang singgah makan disini turut berpeluang untuk mengintai fesyen terkini di butik milik Dato Abdul Ghani yang terletak disebelah kafe tersebut. Selain itu, bagi pengunjung yang sukakan perkhidmatan spa, terdapat sebuah spa yang terletak dibahagian hadapan kafe ini.
Jadi pada penggemar masakan Kelantan (KelFood), terutama pada mereka yang berkerja di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, kafe ini sudah pasti patut ada dalam senarai wajib singgah anda.
INFORMASI:
Rating Rebiu Rasa: 👍👍👍👍
Destinasi: Kafe Fatimah Food
Lokasi: Tkt 4 Busana MARA, Jalan Tuanku Abdul Rahman
Operasi: 730 pagi - 7 malam
Tel: 019-376 4222