top of page

KEINDAHAN BUNGA PEONY GAMIT PENGUNJUNG RAIKAN TAHUN BAHARU CINA DI AVENUE K


Avenue K menggamit kedatangan Tahun Baru Cina 2019 dengan keindahan bunga-bunga yang berkembang mekar di taman istana Maharaja China. Pengunjung yang datang membeli-belah disini dapat menyaksikan kawasan atrium di Avenue K diubah laksana taman syurga yang dipenuhi bunga-bunga indah.


Mengambil tema 'Imperial Blossoms', kempen beli-belah sempena Tahun Baru Cina di Avenue K berlansung dari 7 Januari hingga 19 Februari 2019. Melangkah masuk ke dalam pusat membeli belah Avenue K, pengunjung dapat menyaksikan deretan gerai-gerai yang dihias indah dengan hiasan tanglung merah yang dilingkari bunga-bunga Peony. Keindahannya turut ditambah dengan penataan cahaya hingga mewujudkan kesan yang menakjubkan. Di suatu sudah lain, pengunjung berpeluang untuk melihat dan meneroka kamar belajar DiRaja yang dilengkapi dengan hiasan oriental lama serta artifak yang menarik cerminan kepada zaman kegemilangan Maharaja China


Mulakan persiapan Tahun Baru Cina 2019 dengan berbelanja di Avenue K. Pelbagai barangan jualan untuk persediaan menyambut tahun baharu ada dijual disini. Pelbagai pilihan kuih muih dan manisan, pakaian serta aksesori fesyen, peralatan rumah dan hiasan dalaman yang mampu membuatkan sambutan tahun baru kali ini cukup berbeza.


Disamping itu pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan artistik serta pertunjukan budaya yang menarik. Tidak dilupakan buat si kecil, satu bengkel bertemakan Tahun Baru Cina yang menyeronokkan seperti 'Chinese Rattle Drum Making dan Water Art Painting turut disediakan oleh pihak pengurusan Avenue K. Selain itu, pengunjung juga boleh turut serta bermesra bersama keluarga dan rakan taulan dalam sesi tarian rakyat serta pertunjukan alatan muzik fusion.


Jangan ketinggalan untuk bersama-sama pihak pengurusan Avenue K pada 12 Feburari 2019 dalam acara pemberian buah limau mandarin serta pertunjukan tarian singa sebagai lambang menjemput semagat kekayaan dan kemakmuran, tuah serta panjang umur.


Hiasan tema sambutan Tahun Baru Cina 'Imperial Blossom' yang melatari kawasan atrium pusat membeli belah

Avenue K, Kuala Lumpur

 

Setiap pengunjung yang membeli-belah di Avenue K berpeluang untuk mendapatkan sarung Ang Pow eksklusif untuk setiap pembelian pada nilai belian RM288 (RM 200 untuk pemegang kad keahlian AK Neighbours atau Kad Debit/Kredit HSBC) dan keatas dalam satu (1) atau maksimum dua (2) resit.


Selain itu pengunjung yang berbelanja dari RM488 (RM 388 untuk pemegang kad keahlian AK Neighbours atau Kad Debit/Kredit HSBC) dan keatas dalam satu (1) atau maksimum dua (2) resit berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM60,000 dalam permainan 'Prosperity Wheel of Fortune' yang menawarkan hadiah menarik seperti pakej percutian untuk dua (2) orang ke rangkaian pusat peranginan Club Med di Cherating, Bali, Phuket dan Maldives atau Dinner In The Sky dan banyak lagi.


Selain itu, pengunjung juga boleh menyertai peraduan 'Spot The Missing Zodiac' di Facebook. Seramai 5 pemenang bertuah bakal dipilih untuk memenangi baucar tunai bernilai RM100 setiap satu. Tidak terhenti disitu, pihak Avenue K dengan kerjasama Grab akan memberikan potongan RM10 kepada 1000 pengunjung pertama yang menebus kod Grab 'AKCNY19' .


Pihak pengurusan Avenue K turut bakal menghangatkan sambutan Hari Kekasih dengan menghadiahkan kepada 50 pengunjung pertama yang berbelanja dengan nilai belian RM120 dalam satu (1) resit pada 14 Februari 2019 sepasang kek cawan yang dihias indah oleh Bisou Cupcakes.

Pelbagai aktiviti dan peraduan menarik yang disediakan oleh pihak pengurusan Avenue K yang menawarkan hadiah sehingga RM60,000 untuk dimenangi

 

Sebagai merealisasikan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporate (CSR), pihak pengurusan Avenue K turut meraikan 20 warga emas dari Rumah Orang Tua Ampang sewaktu acara pelancaran kempen ini berlansung semalam. Kesemua warga emas tersebut dibawa membeli belah dan dihiburkan oleh penyanyi Chan Ai Chia yang turut dikenali sebagai Teresa Teng Malaysia. Kecerian terpancar pada wajah tetamu istimewa ini apabila turut menerima pemberian Ang Pow dari Timbalan Pengurus Besar Avenue K , Puan Phang Sze Sze diikuti makan malam yang ditaja oleh The Restoran Chicken Rice Shop.


Didalam teks ucapannya, Puan Phang Sze Sze turut menekankan supaya tidak membiarkan mereka yang kurang berkemampuan berasa tersisih setiap kali sewaktu sambutan perayaan seperti perayaan Tahun Baru Cina.


"Tahun baharu Cina membawa maksud sambutan penyatuan dan kemakmuran. Hari ini juga merupakan hari dimana kita memastikan agar setiap mereka yang kurang berkemampuan tidak ketinggalan bagi meraikan kemeriahan tahun baru".


Pihak pengurusan Avenue K berharap agar dengan adanya pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan sewaktu kempen ini berlansung, dapat memenuhi setiap keperluan pengunjung dan pada masa yang sama menjadi pilihan pengunjung untuk berbelanja bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina.


Sebarang pertanyaan lanjut sila diajukan emel ke marketing@avenuek.com.my atau sila layari www.avenuek.com.my. Untuk perkongsian maklumat di Facebook sila layari @AvenueKMY


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

photo_2018-08-14_16-44-22.jpg

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

photo_2018-08-14_16-46-18.jpg

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.

bottom of page