PERADUAN TIKET PERCUMA KE MALAM TAYANGAN PERDANA FILEM XXRAY III
Hi semua pembaca yang dikasihi, MYBUZZ dengan kerjasama Ace Motion Pictures Sdn. Bhd dan Empire Film Solution Sdn. Bhd. akan memberikan tiket wayang secara percuma yang sangat terhad ini kepada pembaca setia dan peminat filem sains fiksyen di malam tayangan perdana Filem XXRAY III.
SINOPSIS FILEM:
XX Ray III mengisahkan tentang tiga anak muda iaitu Rayyan (pelajar fizik), Sam (pelajar kejuruteraan zarah) dan Lana (pekerja rahsia syarikat perindustrian yang berpengkalan di Jordan/sempadan Israel) dalam misi untuk menyelamatkan kerajaan Malaysia daripada disabotaj oleh seorang hartawan muda, Rosman yang mengancam untuk mengulangi insiden kehilangan kuasa tenaga elektrik di seluruh negara yang pernah berlaku pada Ogos 1996.
Insiden tersebut disebabkan wormhole (lohong ulat) yang menyerap kuasa utama tenaga elektrikdari stesen jana kuasa di Paka, Terengganu. Lohong ulat terjadi adalah berpunca dari sebuahprobe yang tidak dikenali dari angkasa lepas.Bapa Rosman, Tan Sri Ismail telah mengambil probe tersebut dan menyembunyikannya.Hakikatnya probe tersebut adalah salah satu daripada ribuan probe yang diprogramkan untukmembuka stargate terbesar dan menyerap tenaga matahari untuk dihantar semula ke alam semesta lain.
Ketiga-tiga anak muda itu kemudiannya mencari buku nota yang ditulis oleh Profesor Amir (seorang tokoh ‘urban legend’) yang dipercayai mempunyai jawapan untuk mengawal probe berkenaan dan seterusnya menyelamatkan sistem solar.
Apakah yang terjadi seterusnya, filem terbitan Ace Motion Pictures Sdn. Bhd itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh negeri pada 24 Januari 2019.
BACA ARTIKEL TERDAHULU : XX RAY III LENGKAPI TRILOGI FIKSYEN SAINS ARAHAN AZIZ M. OSMAN
Jom Join kami pada seperti berikut.
Tarikh :
16 Januari 2019 (Rabu)
Masa Kutipan Tiket:
7.30 mlm
Masa Tayangan:
9.00 mlm
Tempat:
MMCineplexes E-curve, Damansara
Apa yang korang semua kena buat hanya simple jer:
1. Jawab tiga (3) soalan mudah yang berikan dibawah berserta dengan slogan mudah dan kreatif :
i) Namakan dua (2) watak utama di dalam filem tersebut?
ii) Siapakah yang memegang watak Rayyan & Nonny Nadhirah?
iii) Bilakan tayangan filem ini bermula di Malaysia?
Slogan:
‘Saya nak menang tiket menonton filem XXRAY III kerana ................................. (tidak melebihi 15 patah perkataan)
Semua jawapan hendaklah dihantar melalui emel beserta:
Nama Penuh:
Nombor Telefon Bimbit:
Nama FB/IG/TWITTER:
serta nama akaun media sosial (fb, IG, Twitter) ke buzzingmalaysia@gmail.com. Sila pastikan subjek emel ditulis PERADUAN WAYANG BERSAMA MYBUZZ – FILEM XXRAY III
2. LIKE dan FOLLOW Facebook page MYBUZZ juga di Instagram dan Twitter. Boleh KLIK link dibawah:
Facebook: https://www.facebook.com/buzzingmalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/buzzingmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/mybuzzofficial
Syarat-syarat peraduan:
a)Pembaca dikehendaki Like, Share/Repost & Komen artikel peraduan XXRAY III di media sosial buzzingmalaysia.com. Sila tag @buzzingmalaysia (Pastikan anda guna hastag #XXRAYIII #WAYANGBERSAMAMYBUZZ)
b) Peraduan akan berakhir pada 15 Januari 2019.