ULASAN FILEM : PETTA LAKONAN SUPERSTAR RAJINIKANTH BUAT PENONTON TERPUKAU
Siapa tidak kenal superstar Rajinikanth yang merupakan hero tersohor filem tamil yang telah membintangi lebih 161 filem termasuk filem Petta yang baharu sahaja tayangannya selama 4 hari mulai 10 Januari 2019 lalu.
Baca Artikel Terdahulu : LAGU TAMIL FILEM PETTA LAKONAN SUPERSTAR RAJINIKANTH NYANYIAN 2 ORANG PENYANYI MELAYU
Filem ini juga telah berjaya mengutip hampir US$502k dalam masa 2 hari tayangan di US. Aktor berusia 69 tahun sentiasa mengekalkan lagak gaya superstar sambil mengusap jambulnya yang telah menjadi ikutan masyarakat sama ada orang dewasa atau kanak-kanak.
Antara babak Rajinikanth dalam filem Petta
Menurut ulasan peminat Superstar Rajinikanth yang sudahpun menonton, filem ini merupakan salah sebuah filem terbaik dan hebat yang dilakonkan oleh beliau. Ramai mengatakan bahawa Superstar Rajinikanth kembali dengan lakonan zaman mudanya, 15 tahun dahulu dimana mereka merasakan kehadiran Superstar yang berumur 40-an. Beliau kembali dengan gaya unik tersendiri yang menunjukkan isyarat, bahasa badan dan teknik penyampaian dialog yang menyerlah dan memukau dalam filem ini.
MB berkesempatan hadir ke sesi tayangan khas filem Petta pada 12 Januari 2019 di GSC MYTOWN Cheras, turut hadir Datuk Abduk Malik, Pengarah Syarikat Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Penyanyi OST lagu Ullaala di Malaysia Azwan & Muadz, para artis tanahair seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Norman Hakim, Syamel, Jasmin Hamid, Zizi Kirana dan ramai lagi, para media dan peminat-peminat hero superstar Tamil Rajinikanth.
Foto Datuk Jalaluddin Hassan (kiri) menerima token penghargaan daripada Datuk Abdul Malik, Pengarah Syarikat Malik Streams Corporation Sdn Bhd
Bagi MB antara faktor anda wajib menonton filem ini adalah seperti berikut:
#Sinematografi yang terbaik
#Aksi yang berterusan
#Elemen suspen yang sentiasa mengejutkan
#Sarat elemen kekeluargaan dan romantis
#Jalan cerita yang tidak membosankan
#Yang paling penting lagak superstar Rajinikanth
Secara keseluruhannya MB bagi :
Foto Datuk Abdul Malik (5 dari kiri) bersama para artis tanahair yang hadir ke sesi tayangan khas filem Petta
Kehadiran para tetamu yang memenuhi panggung (kredit Foto : Megat Review)
Sinopsis Ringkas
Kaali, warden asrama, adalah keperibadian yang bahagia dan ceria yang disayangi oleh semua orang. Gaya dan karismanya membuat orang sekeliling terpesona dengannya. Dia memelihara hubungan yang indah dengan semua orang dan juga mempunyai semangat romantik yang diterapkan di dalam hidupnya. Semua nampak baik tetapi ada sesuatu yang terselindung. Aura aneh misteri mengelilingi Kaali yang mempunyai beberapa kejutan yang tersimpan di dalam hatinya untuk semua orang. Dan tidak lama kemudian, permainan bermula. Nantikan apa yang berlaku kepada Kaali dan keluarganya.....
Bahasa : Bahasa Tamil
Sarikata : Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris Genre : Aksi / Romantis
Tarikh Tayangan: 10 Januari 2019 Durasi: 172 minit Edaran: Malik Streams Corporation Sdn Bhd Pelakon: Rajinikanth, Vijay Sethupathi, Simran, Trisha Krishnan, M.Sasikumar, Nawazuddin Siddiqui, Bobby Simha
Syarikat Malik Streams Corporation Sdn Bhd, pemegang hak pengedaran filem “Petta” merupakan syarikat Malaysia yang pertama yang memiliki hak distribusi antarabangsa tersebut, syarikat menyasarkan kutipan sebanyak RM30 juta dan menjangkakan Petta catat kedudukan pertama Box Office Malaysia serta dengan 22 negara lagi dengan tayangan filem hebat “Petta” ini. MYBUZZ!