TELEKUNG SITI KHADIJAH SAMBUT ULANGTAHUN KE-10
Peneraju telekung berinovasi di Malaysia, telekung Siti Khadijah mengorak selangkah kehadapan apabila tahun 2019 merupakan ulangtahun ke-10 penubuhannya. Sempena ulangtahun Siti Khadijah, pelbagai program dan aktiviti yang bakal diperkenalkan oleh #TeamSK bagi menghargai para penggemar telekung Siti Khadijah yang bergelar #FamilySK . Bagi tahun 2019 , tema yang dipilih oleh #TeamSK ialah 'kesetiaan’, sejajar dengan sokongan daripada #FamilySK sejak tahun 2019.
Dahsedekad.com merupakan laman sesawang mini pertama yang julung kali dilancarkan oleh #TeamSK istimewa sempena ulangtahun Siti Khadijah . Ianya telah dilancarkan pada 4 Januari 2019. Dahsedekad.com merangkumi segala aktiviti dan informasi berkaitan Siti Khadijah yang sudah meluaskan empayar perniagaan selama 10 tahun. Segala cerita dalam membangunkan produk SK dan penat lelah yang dilalui akan dipaparkan di dahsedekad.com kepada masyarakat.
Laman sesawang mini pertama SK ini juga akan menerapkan cerita di sebalik penghasilan telekung SK secara teknikal yang tidak pernah dikongsikan kepada #FamilySK sebelum ini la juga akan membawa kepada perkongsian tentang insan yang bekerja keras di sebalik penubuhan perniagaan Siti Khadijah . Bermula Januari 2019 , selama 4 bulan #TeamSK akan mengemaskini segala aktiviti/event SK di laman sesawang mini SK ini. Bertepatan dengan ulangtahun ke-10 SK, laman sesawang mini ini juga ingin mengupas tentang penglibatan SK yang telah menyumbang kepada ekonomi negara dan masyarakat melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat yang dijalankan sepanjang 10 tahun Siti Khadijah.
Selain itu, Siti Khadijah juga melancarkan logo baru sempena ulangtahun ke-10 SK. Logo baru itu simbolik dengan perjalanan Siti Khadijah dari awal penubuhan SK sehingga sekarang.
Ikuti coretan perjalanan SK yang bermula dari tahun 2009 hingga kini, pelbagai program korporat sosial yang dijalankan, dan melalui laman web mini ini dapatlah peminat SK mengenali Pengasas Siti Khadijiah, Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman dengan lebih dekat hanya di laman sesawang mini Dahsedekad.com.
“Alhamdulillah, pejam celik pejam celik sudah 10 tahun SK berada di industri ini. Saya sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana masyarakat yang saya gelarkan #FamilySK ini tidak pernah putus dalam menyokong produk tempatan kita sendiri. 10 tahun di dalam industri ini sudah pasti ada pengalaman pahit dan manis, namun itulah adat di dalam perniagaan. Apa yang penting, kena fokus dan terus maju ke hadapan untuk lebih berjaya dan teruskan kejayaan. Harapan saya untuk 10 tahun akan datang, SK akan menjadi pengeluar produk gaya hidup Muslim yang terbesar di dunia, selari dengan visi Siti Khadijah insyaAllah.. "kata Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Siti Khadijah.
1000 TELEKUNG SK DIBERIKAN SECARA PERCUMA SEPANJANG TAHUN 2019
Sempena sambutan ulangtahun ke - 10 , #TeamSK juga akan menghadiahkan 1000 helai telekung secara percuma sepanjang tahun 2019. Ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua #FamilySK yang sentiasa menyokong Siti Khadijah sepanjang 10 tahun ini . Terima kasih #FamilySK !
Menariknya dalam meraikan ulangtahun ke - 10 SK ini , #TeamSK juga mencari kelainan dengan menerbitkan sebuah drama bersiri SK yang mengandungi 15 episod. Selepas berjaya menarik perhatian orang ramai dengan iklan Raya 2018 yang sangat menyentuh hati, drama bersiri SK ini akan dipertontonkan sekali lagi kepada semua rakyat Malaysia melalui siaran Youtube Siti Khadijah TV. Jalan cerita drama ini diinspirasikan daripada kisah benar yang dilensakan daripada 3 sudut yang berbeza yang berlaku di Siti Khadijah bermula dari tahun 2009 sehingga sekarang.
Sehubungan itu , #TeamSK ingin menjemput #FamilySK yang bertuah untuk menjadi VVIP di Malam Sedekad Siti Khadijah sempena ulang tahun ke-10 Siti Khadijah di Hotel Marriott, Putrajaya pada 5 April 2019.
Penyertaan untuk menjadi jemputan VVIP Malam Sedekad Siti Khadijah adalah dengan menonton drama bersiri SK dan berpeluang memenangi tiket VVIP tersebut. Mereka yang menonton dan berjaya memenangi tiket tersebut juga akan dapat telekung SK secara percuma.
Ikuti langkah-langkah mudah untuk dapatkan tiket VVIP Malam Sedekad Siti Khadijah:
1. Tonton drama bersiri pertama Siti Khadijah di DahSedekad.com dan dapatkan KATA
KUNCI di setiap episod drama bersiri SK. 2. Hantarkan KATA KUNCI setiap episod tersebut di DahSedekad.com 3. Jawapan yang tepat dari episod 1 hingga episod 15 akan berpeluang mendapat tiket VVIP
ke Malam Sedekad Siti Khadijah pada 5 April 2019.
Contoh jawapan: EPISOD 1 SKSedekadDah
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
PERTUNJUKAN FESYEN & MALAM PENGHARGAAN DL MAJLIS MALAM SEDEKAD SITI KHADIJAH
Sebuah pertunjukan fesyen istimewa juga akan berlangsung pada Malam Sedekad Siti Khadijiah pada 5 April 2019. Pelbagai koleksi produk Siti Khadjah yang baru akan diperagakan pada pertunjukan fesyen tersebut istimewa sempena ulangtahun ke-10 SK. Selain itu , #TeamSK juga akan memperkenalkan REKAAN BENTUK MUKA TERBARU telekung SK pada malam tersebut. Malam itu juga julung kali akan diadakan sebagai satu penghargaan kepada semua pihak seperti rakan media & blogger, para pembekal, vendor SK, kakitangan SK dan yang paling penting para pelanggan tetap SK yang setia dengan produk Siti Khadijah sejak tahun 2009. Majlis makan malam ini dijadikan seperti satu platform untuk lebih merapatkan hubungan ukhuwah antara satu sama lain.
JUALAN MEGA SEDEKAD SK
Sempena ulangtahun ke-10 Siti Khadijah, Jualan Mega Sedekad akan diadakan pada 6 April 2019, iaitu sehari selepas Malam Sedekad Siti Khadijah.
Jualan awal tahun 2019 ini akan diadakan di Dewan Ballroom 2, Hotel Marriot, Putrajaya selama 1 hari sahaja bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Promosi Jualan Mega Sedekad ini istimewa dijalankan oleh #TeamSK sebagai tanda terima kasih dan sokongan padu #FamilySK selama 10 tahun. Pelbagai diskaun menarik menanti untuk pengunjung. #TeamSK juga teruja untuk mengeluarkan produk-produk SK yang baharu pada hari tersebut. Untuk maklumat lanjut sila layari www.sitikhadijah.com atau dahsedekad.com juga di www.facebook.com/telekungsitikhadijah
MENGENAI SITI KHADIJAH
Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd (SK) merupakan syarikat pengeluar telekung nombor satu Malaysia dengan keunikan dan rekaan inovatif di bahagian wajah. Telekung ialah pakaian istimewa wanita di Kepulauan Melayu yang dipakai setiap kali bersolat dan sinonim dengan orang Melayu yang beragama Islam.
SK memperkenalkan rekaan yang dipatenkan fokus kepada potongan unik bahagian wajah dengan kombinasi fabrik berkualiti tinggi untuk memastikan keselesaan ketika beribadah. Material mudah regang sesuai untuk setiap bentuk dan saiz wajah wanita. Koleksi telekung SK menawarkan empat unik rekaan wajah yang berbeza dengan rekaan telekung biasa.
Material yang digunakan hanya daripada fabrik kualiti terbaik seperti kapas, spun polyster, rayon dan sutera dengan sentuhan perincian renda yang disulam indah. Selain daripada telekung, SK turut menawarkan koleksi pakaian khas untuk jemaah Haji dan Umrah. Antara produk lain yang ditawarkan termasuklah hijab, sarung lengan, abaya, baju kurung tradisional dan pelbagai aksesori. Sejak 2009, Siti Khadijah dinamakan sebagai jenama isi rumah di Malaysia dan berkembang luas dengan lebih 28 cawangan sekitar Malaysia dan dua cawangan di Indonesia.