SELAMAT TINGGAL CINTA, SELAMAT DATANG ‘CIKMAD’
Setelah 3 tahun menyepi dalam industri muzik tanahair, pelantun lagu ADA UNTUKMU yang pernah popular satu ketika dulu, kini hadir kembali dengan single terbaru, yang telah di lancarkan pada 12 November 2018. Nubhan atau nama sebenarnya AHMAD NUBHAN BIN AHAMAD mengakui merindukan karier yang terpaksa beliau tinggalkan sementara bagi masa depan keluarga.
“Saya terpaksa meninggalkan sebentar dunia hiburan kerana menumpukan perhatian kepada perniagaan saya kerana saya tidak mampu melakukan dua perkara dalam suatu masa.” Kata pemilik syarikat kosmetik Juwita Divine ini. Bercerita pasal single terbaru, kali terakhir muncul dengan single Kisah Kasih ciptaan Ajai tiga tahun lalu, penyanyi Nubhan kini tampil dengan single terbaru berjudul Selamat Jalan Cinta.
Menariknya, lagu ini merupakan ciptaan dan tulisan komposer juga penulis lirik baru, Merak Bersyair manakala lirik oleh oleh sahabatnya sendiri, Becky Zulkepli. “Lagu ini saya wakilkan suara hati individu yang pernah patah hati kerana saya faham perasaan anda itu. Saya pernah alaminya. Dan kisah ini banyak terjadi di dalam hidup kita. Adakalanya, sebuah lagu boleh mewakili apa yang berada di hati yang tak mampu sang mulut menuturkan”.
Ditanya tentang bagaimana wujudnya keinginan untuk melahirkan single terbaru, beliau menceritakan kisah untuk penghasilan lagu ini adalah sangat tidak di rancang di mana beliau di tanya oleh penulis lirik, yang juga pengurusnya sekarang tentang keinginannya untuk kembali ke industri. Berbekalkan gitar kapok, terhasil sebuah melodi. Pengurusnya telah merakam sesi itu dan menyiapkan lagu itu tanpa pengetahuannya sehingga beliau di panggil untuk merakamkan lagu itu. “Tanpa di rancang, terhasil lagu ini dan saya hanya mempunyai 2 hari sebelum lagu ini di rakam” ujarnya.
Nubhan berharap agar single terbaru beliau dapat diterima pendengar dan dapat mengubati kerinduan peminat yang sering tertanya-tanya bila beliau akan kembali. Lagu Selamat Jalan Cinta dapat anda dengarkan di semua platform digital dan juga di stesen radio kegemaran anda. Peminat juga boleh berinteraksi terus dengan beliau menerusi akaun NUBHAN AHAMAD dia media sosial.
SELAMAT DATANG ‘CIKMAD’
Selang 36 jam selepas majlis pelancaran single dan MTV 'Selamat Jalan Cinta', Nubhan menerima satu lagi perkhabaran gembira apabila isteri kesayangannya, Dr. Afifah Hidayah Tawfek telah selamat melahirkan putera sulung yang merupakan anak kedua pasangan tersebut pada jam 2.05 minit pagi, 19.01.2019.
Menurut pihak pengurusan Nubhan, bayi yang dipanggil 'CikMad' itu, dilahirkan secara normal dengan berat 3.4 kilogram di Hospital KPJ di Seremban, Negri Sembilan. Nubhan yang berkahwin dengan Dr. Afifah Hidayah Tawfek pada 2015, terdahulu telah menerima kelahiran anak sulung mereka, Aafiya pada 2017.
Nubhan turut melahirkan rasa syukurnya atas kelahiran CikMad turut berkongsi kegembiraan bersama peminatnya."Alhamdulillah anak kedua kami telah selamat dilahirkan secara normal. Nama belum ada lagi...kami gelarkan Cik Mad dulu sebab namanya akan ada pangkal 'Ahmad'. Yang penting ibu dan anak sihat." kongsi Nubhan dalam Instagramnya
Tajuk : Selamat Jalan, Cinta Artis : Nubhan Komposer : Merak Bersyair Lirik : Becky Zulkepli
Cintaku Ini memang tak biasa Mencintai Kamu yang terindah Walau Rintangan ku kan tetap setia Namun Kini kamu telah pergi
Memilih Yang lain
Selamat Jalan cinta abadi Ku Relakan kamu pergi Walau Sakit hati ini
Ditinggalkan Kamu
Cintaku Kini memang tak biasa Mencintai Kamu yang terindah Walau Rintangan ku kan tetap setia Namun Kini kamu telah pergi
Memilih Yang lain
Selamat Jalan cinta abadi Ku Relakan kamu pergi Walau Sakit hati ini
Ditinggalkan Kamu
Menahan Perih hati ku rasakan Sepi Tanpa dirimu Kau Yang aku cinta berpaling Dibelakangku
Selamat Jalan cinta abadi Ku Relakan kamu pergi Walau Sakit hati ini Ditinggalkan Kamu
Selamat Jalan cinta abadi Ku Relakan kamu pergi Walau Sakit hati ini Ditinggalkan Kamu
Menahan Perih hati ku rasakan Sepi Tanpa dirimu Kau Yang aku cinta berpaling Dibelakangku
Selamat Jalan cinta Ditinggalkan Kamu