KITKAT TAMPILKAN VARIAN COKLAT RUBY SEMULAJADI DI ASIA TENGGARA
Peminat KitKATdan penggemar coklat kini boleh menikmati wafer bersalut coklat serba baharu dengan ketibaan KITKAT Ruby di Malaysia, yang dilancarkan sebagai varian coklat terbaharu jenama tersebut di KITKAT Chocolatory di Mid Valley minggu lalu. KITKAT Ruby dengan empat jejari yang tersendiri dan dengan warna merah jambu yang semula jadi ini pasti menyerlah. Sebagai varian coklat baharu pertama di dunia yang dicipta dalam 80 tahun menyusuli coklat gelap, coklat susu dan coklat putih, coklat Ruby dihasilkan tanpa sebarang perasa, pewarna dan aditif atau pengubahsuaian genetik. KITKAT adalah yang pertama di dunia menggunakan sensasi coklat Ruby, yang dihasilkan oleh pemproses coklat dan koko Barry Callebaut dari Switzerland, daripada biji-biji koko terpilih yang terdapat di negara- negara tanaman koko termasuk Ivory Coast, Ecuador dan Brazil.
Encik Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi Unit Perniagaan Konfeksi (Pasaran ASEAN), Nestlé Malaysia, berkata, "Kami teruja untuk membawa KITKAT Ruby ke pasaran Malaysia! Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara untuk memperkenalkan sensasi coklat baharu yang hebat ini. Proses yang digunakan untuk membuat coklat Ruby adalah unik, menghasilkan warna dan perisa yang memang sudah pun wujud secara semula jadi dalam biji-biji coklat. KITKAT sentiasa ingin mencipta waktu santai yang sempurna, dan dengan perisa buah- buahan yang terdapat secara semula jadi dalam coklat Ruby serta teksturnya yang lembut dan keenakannya yang menambat selera, pengguna kami pasti seronok menikmati KITKAT Ruby.” Pelancaran KITKAT Ruby berlangsung di majlis pembukaan KITKAT Chocolatory Store baharu di Mid Valley, Kuala Lumpur minggu lalu. Dibuka kepada pelanggan pada tahun 2016, KITKAT Chocolatory menawarkan peluang kepada peminat untuk membuat gubahan KITKAT mengikut cita rasa mereka sendiri daripada lebih 10,000 kombinasi coklat dan hias atas (topping) buatan tangan yang berlainan untuk dibungkus mengikut pilihan. Dengan konsep dapur terbuka, KITKAT Chocolatory Store baharu kini membolehkan pengguna menyaksikan proses mencipta produk KITKAT khusus mengikut cita rasa mereka ataupun cuba menghasilkan coklat mereka sendiri. Majlis pelancaran pada hari tersebut turut dihadiri oleh Chef Andy Van den Broeck, Penasihat Teknikal Kanan, Pembangunan Produk Barry Callebaut di Asia Pasifik. Pengalaman dan kepakarannya yang luas dalam proses membuat coklat membolehkan chef kreatif yang berasal dari Belgium ini memukau orang ramai dengan pertunjukan membuat pralin coklat Ruby daripada inti 'ganace' coklat putih berseduh safron. Beliau memperlihatkan proses pengolahan coklat termasuk tempering, pengacuan kulit, inti, penutupan dan pengacuan semula, langkah demi langkah.
Antara varian rasa baru KITKAT edisi Malaysia juga boleh didapati di KITKAT Chocolatory Store, Mid Valley, Kuala Lumpur
Berminat untuk mencuba produk inovatif daripada KITKAT? Kunjungilah satu- satunya KITKAT Chocolatory Store di Malaysia, kedai pertama sepertinya di Asia Tenggara! Kedai ini terletak di F048, Tingkat Satu Mid Valley Megamall. Anda juga boleh membuat pesanan dalam talian (Lazada, Shopee dan 11Street) untuk penghantaran terus ke depan pintu anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang KITKATMalaysia dan Chocolatory, sila ke laman Facebook KITKAT di https://www.facebook.com/KITKATMalaysia