DIAM-DIAM REDZA ROSLI & AZAR AZMI BERCINTA?
Dalam satu pertemuaan yang tak disangka, telah membibitkan rasa cinta di hati Redza Rosli buat pelakon baharu, Azar Azmi. Namun, kerana takut abang kandung Azar tidak merestui percintaaan mereka, Redza dan Azar membuat keputusan untuk merahsiakan perhubungan mereka. Tetapi hubungan yang dirahsiakan itu hanyalah di dalam drama terbaharu lakonan mereka iaitu Plan Cinta yang mula bersiaran pada 29 Januari 2019 di slot Iris.
Drama 20 episod yang diarahkan oleh Kyoll Hamzah ini mengisahkan ragam Nizam (Redza) yang mahu memikat Alisya (Azar), adik kepada kawan baiknya sendiri. Alisya belajar di luar negara dan pulang bercuti semester selama enam bulan. Kepulangan Alisya juga adalah untuk meraikan hari perkahwinan abangnya, Ismadi. Tidak mahu membuang masa dan ingin mencari pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaannya di luar negara itu, Alisya telah memohon jawatan sebagai guru sandaran di kampungnya.
Pertemuan dengan Nizam, di sebuah taman akibat insiden yang tidak disengajakan telah membibitkan perasaan cinta namun keduanya menafikan perasaan. Mereka bertemu sekali lagi apabila Nizam menjadi jurugambar bagi perkahwinan Ismadi dan Mira. Hati Nizam benar-benar terpaut melihat Alisya dan ingin memikat Alisya.
Plan memikat Alisya menjadi mudah apabila Rahmah (Didie Alias), ibu Alisya menyokong niat Nizam. Rahmah tidak mahu Alisya terus menetap di luar negara setelah dia tamat belajar kelak. Selain perlu merahsiakan hubungan mereka daripada Ismadi (Nazrief Nazri), perhubungan mereka terganggu apabila Alisya turut diminati oleh Cikgu Irsyad. Ikuti ragam cinta Nizam dan Alisya dilakonkan oleh Redza Rosli, Azar Azmi, Neera Azizi, Nazrief Nazri, Didie Alias, Amirul Faqeem, Adibah Noor dan Ain Sufia. setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang. |MYBUZZ!