THE PLATINUM HOTEL & SUITES MELAKA TAMPIL KELAINAN DAN KEUNIKAN TERSENDIRI
Datang ke Melaka tidak sah merasaikan sendiri pelbagai kebudayaan bandar bersejarah ini yang diiktiraf sebagai sebuah bandar warisan dunia oleh UNESCO serta menjadi tumpuan pelancong antarabangsa mahupun tempatan. Tambahan pula para pengunjung yang datang negeri Hang Tuah ini tidak perlu khuatir lagi untuk mencari hotel-hotel untuk menginap walaupun 'last minutes booking'.
Terbaru The Platinum Hotel & Suites Melaka menepati ciri-ciri keselesaan anda dengan keunikan serta keindahan seni bina yang akan menjadi tarikan para pelanggan. Hotel yang terletak di Pulau Melaka ini berkonsepkan abad ke 19 era Renaissance yang elegan dan sentuhan reka bentuk warisan peranakan.
Baru-baru ini satu majlis pra pelancaran telah diadakan bagi menandakan pembukaan secara rasmi. Pada majlis tersebut, pra pelancaran telah disempurnakan oleh YB Datuk Muhamad Jailani Khamis, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Melaka. Turut hadir bersama Encik M. Maniraja, Pengurus Besar The Platinum Hotel & Suites dan barisan Ahli Lembaga Pengarah syarikat, tetamu kehormat dan rakan media.
'...saya melihat ramai pelancong mengambil gambar di kawasan berhadapan lobi hotel dan ini merupakan suatu tanda simbolik yang baik mengenai daya tarikan hotel ini.....' Kata Datuk Muhamad Jailani.
Foto : Datuk Muhamad Jailani (2 dari kiri) bersama tetamu kehormat dan barisan pengurusan atasan hotel semasa majlis pra pelancaran.
Beliau turut menambah bahawa pihak hotel haruslah sentiasa berkerjasama rapat dengan pihak Kerajaan Negeri dengan sentiasa mengambil peluang dan bahagian di dalam setiap acara promosi yang dianjurkan. Ia juga memastikan pengusaha-pengusaha hotel mampu mendapatkan keuntungan yang lumayan khususnya dalam menjana kepesatan ekonomi negeri terutamanya dalam sektor pelancongan. Beliau juga memberitahu pihak media, Melaka dijangka menerima pelancong seramai 20 juta orang bagi tahun ini dan ia selaras dalam merancakkan agenda tahun melawat Melaka 2019.
MENGENAI THE PLATINUM HOTEL & SUITES
Foto hadapan lobi/sisi hotel yang ada kelas tersendiri
Sebuah Hotel yang bertaraf 4 Bintang dan Lokasi yang strategik di Pulau Melaka, kurang dari 10 minit dari Dataran Pahlawan, dan Kota A Famosa serta tempat tumpuan para pelancong. Bangunan setinggi 4 tingkat yang mempunyai keunikan dan keindahan seni bina.
Ruang legar lobi yang luas dan terdapat ukiran bangunan bersejarah yang mengamit pandangan para pengunjung.
Ciri rekaan khas ruangan ke laluan bilik di mana terdapat sistem pengudaraan yang sangat baik, ruang bilik yang cukup luas dan selesa serta kelengkapan dan rekaan set cawan khas hotel, kemudahan gym, kafe dan swimming pool luar dan dalam.
Terdapat 5 pilihan jenis kategori bilik iaitu:
#Platinum Executive Suite
#Platinum Family Suite
#Platinum Deluxe Suite
#Deluxe King / Twin Suite
#Superior King / Twin Suite
Varian harga sebilik semalam bermula mulai RM268 hingga RM988 semalam. Harga bilik promosi pra pelancaran ketika ini sebanyak RM165+ sehingga berakhir pada 1 Mac 2019. Sebarang info lanjut boleh lawati laman sesawang www.platinumhotelsuites.com atau penempahan secara terus melalui email reservation@platinumhotelsuites.com atau hubungi di talian 06-283 3399. MYBUZZ!