ULANGTAHUN JAKEL KE 35 TAHUN DISAMBUT GAH DAN GLAM
Ingat Kain Ingat Jakel, slogan popular yang diketengahkan oleh syarikat gergasi gedung kain di Malaysia, JAKEL sering menjadi bualan orang ramai.
Malam tadi 31 Januari 2019, Kumpulan JAKEL meraikan Majlis Makan Makan Malam Ulang tahun JAKEL yang ke 35 di Kuala Lumpur Covention Centre. Majlis Makan Malam Ulang tahun JAKEL yang ke 35 ini bertemakan 'Glitz & Glam’ meraikan jemputan seramai 1500 orang kakitangan Jakel seluruh Malaysia. Antara jemputan yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini adalah dari kalangan rakan niaga dan pemegang saham mereka adalah tetamu istimewa yang hadir Dato’ Seri Khalid Mohamad Jiwa, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, pasangan popular Awal Ashaari & Scha Alyahya. Majlis ini merupakan majlis penghargaan meraikan kepada semua yang banyak terlibat bertungkus–lumus menjayakan perniagaan Jakel.
Para tetamu dihidangkan dengan menu masakan melayu yang disediakan oleh KL Convec dan diiringi dengan beberapa persembahan yang telah disediakan antaranya persembahan dari beberapa kumpulan yang dianggotai oleh kakitangan Kumpulan Jakel, persembahan nyanyian dari beberapa artis dan diikuti dengan acara kemuncak Majlis adalah sesi majlis penganugerahan untuk kakitangan yang berdedikasi dan berprestasi cemerlang sepanjang tahun 2018.
Jakel tubuhkan di Muar 1983 dan seterusnya di segamat 1985, kini memiliki 22 cawangan jakel seluruh Malaysia dengan tenaga kerja melebihi 7000 kakitangan yang beragama Islam. Jakel Trading sdn bhd sekarang telah mula berkembang dengan melebarkan sayap menceburi bidang pembinaan dan industri lain termasuk pembinaan perumahan, industri pertahanan, teknologi dan lain-lain.
Jualan Murah sempena ULANGTAHUN JAKEL yang ke 35 sedang berlansung sehingga 17/02/2019. MYBUZZ!