TIGA PROGRAM TERBAHARU LENGKAPI SLOT RAUDHAH DAN GAYAHIDUP TV3
TV3 tidak pernah ketinggalan dalam menyediakan pelbagai program terbaharu dan menarik untuk para penontonnya. Jangan lupa untuk saksikan tiga lagi program terbaharu di slot Raudhah dan Gaya Hidup untuk memperlengkapkan lagi hari anda iaitu Masak Apa Tu?, Helo Doktor dan juga Syariah Meja Bulat.
MASAK APA TU? Mulai 4 Februari, Setiap hari Isnin, jam 11.30 pagi
Program dengan konsep realiti dan lebih santai ini merupakan sebuah program masakan kekeluargaan yang menampilkan 13 pasangan selebriti. Setiap pasangan akan memasak dua menu utama dan satu menu wajib menggunakan bahan rahsia yang disediakan. Menerusi program ini, pasangan perlu keluar membeli-belah untuk menyediakan bahan mengikut menu masakan masing-masing. Kemudian, mereka akan mula sesi penyediaan bahan untuk menyempurnakan masakan. Akhir sekali mereka akan menikmati hidangan sambil mengkritik masakan pasangan masing-masing. Mereka juga akan ada tetamu untuk memeriahkan meja santapan. Keletah anak-anak juga menyumbang kepada konsep yang penuh drama dan menarik. Antara selebriti yang terlibat dalam Masak Apa Tu? ialah Eira Syazira & Azad Jasmine, Dato Fazley, Elyana, Norman Hakim & Memey, Abby Abadi, Aliff Aziz, Diana Nasir, Aaron Aziz, Sharifah Aleya, Didie Alias, Shuk Hot Fm, Fauzi Nawawi, Tomok, & Bell Ngasri.
Helo Doktor
Hari Jumaat, siaran langsung, 11.00 pagi
Helo Doktor, program bual bicara keibubapaan yang mendapat sambutan hebat pada musim pertamanya kini kembali untuk musim terbaharu mulai 4 Januari lalu. Program yang mengetengahkan pelbagai isu-isu yang dihadapi oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak mereka ini masih mengekalkan Yasmin Hani sebagai pengacaranya. Musim terbaharu ini, atas permintaan ramai Helo Doktor akan bersiaran selama satu jam pada setiap hari jumaat, jam 11 pagi!. Isu-isu yang bakal dibincangkan dalam musim kedua ini akan lebih bertumpukan kepada isu medikal dan kesihatan anak-anak seperti Ekzema kemurungan, vaksin, disleksia dan banyak lagi. Selain itu, penonton boleh menghubungi studio untuk mengemukakan soalan kepada tetamu jemputan sewaktu siaran langsung. Malah, penonton boleh berkongsi pendapat atau bertanya mengenai topik yang dibicangkan di laman Instagram TV3.
Syariah Meja Bulat
Setiap Selasa, siaran langsung, 11.00 malam
Strim live HD di youtube TV3 Malaysia
Sebuah lagi program terbaharu bagi slot Raudhah yang telah mula bersiaran 22 Januari lalu, Syariah Meja Bulat membawakan anda sebuah program yang bakal mengupas kes-kes sebenar yang telah selesai dari fail peguam kes syariah. Bersiaran secara langsung, program yang berdurasi selama satu jam ini dihoskan oleh pengacara tersohor dan berpengalaman iaitu Ally Iskandar. Ally Iskandar bakal berbicara lebih lanjut mengenai permasalahan syariah bersama tetamu jemputan seperti peguam, ustaz dan juga mangsa mengikut topik yang dibincangkan bagi mengenal pasti punca, penyelesaian, pencegahan dan dijadikan pengajaran serta iktibar kepada penonton. Antara topik-topik yang akan dibincangkan dalam Syariah Meja Bulat ialah pengamal LGBT, isytihar keluar Islam, janda melacur, ibu tuntut harta anak, sindiket nikah luar negara, menuduh isteri berzina, poligami tanpa pengetahuan isteri, hak penjagaan, tukar jantina, ajaran sesat, perbezaan fatwa mengikut negeri dan banyak lagi. Jadi apa lagi, jom saksikan kekecohan selebriti memasak, tambah ilmu tentang kesihatan anak-anak dan luaskan pemahaman anda mengenai isu-isu syariah dengan menonton ketiga-tiga program ini di TV3.
Kesemua program ini juga boleh di tonton di laman Youtube TV3Malaysia dan tonton.com.my!