ISMAHAN KHAN JUARAI MISS PINKLADY MUSIM PERTAMA
Pertandingan pencarian Supermodel dalam talian yang pertama seumpamanya di Malaysia, MISS PINKLADY telahpun sampai ke kemuncaknya malam semalam apabila menobatkan Ismahan Khan sebagai MISS PINKLADY yang pertama, pada acara kemuncak yang diadakan di Grand Hall Evolve Concept Mall Ara Damansara. Ismahan Khan yang berusia 23 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur, merupakan seorang gadis berdarah campuran Afghanistan, Indonesia dan Tunisia telah berjaya menewaskan enam lagi finalis akhir iaitu Vivienna, Hafsa, Fifi, Adeline, Nashra dan Shazrene.
Mahkota kemenangan disampaikan oleh Mentor yang juga merupakan hos program tersebut iaitu Sunshine Aileen Devi Eric yang dikenali sebagai Sunshine. Dengan kemenangan itu, Ismahan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan hadiah sampingan bernilai RM5,000. Selain itu, beliau juga turut memenangi kategori “Miss Most Talented”.
Tempat kedua pertandingan Miss Pinklady dimenangi oleh Vivienna, manakala Hafsa di tempat ketiga. Hafsa turut memenangi kategori Miss Social Media, yang ditentukan daripada undian dan penyokong peminat melalui laman web, dan platform media sosial Miss Pinklady.
Sementara itu, seorang lagi peserta Miss Pinklady, Afi, 19 dinobatkan sebagai "Miss Personality". Bagi kategori "Best Evening Gown" pula dimenangi oleh Alana, 17, manakala bagi kategori "Best Catwalk" pula dimenangi oleh Fifi yang dari Pulau Pinang, dan akhir sekali "Miss Photogenic" yang dimenangi oleh Nashra. Pemilihan kategori ini dilakukan menerusi program Miss Pinklady yang disiarkan di laman sesawang www.pinklady.tv serta melalui saluran Youtube Miss Pinklady.
Majlis peringkat akhir malam tadi dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh hos dan mentor program Miss Pinklady Sunshine diikuti acara pengenalan kesemua finalis top 12 Miss Pinklady. Majlis diteruskan dengan persembahan bakat oleh setiap peserta, diiukuti dengan sesi peragaan "Evening Gown" dari beberapa pereka tempatan. Majlis pada malam semalam diakhiri dengan sesi soal jawab oleh juri-juri bagi menguji minda 7 finalis akhir.
Turut menyerikan lagi acara kemuncak semalam, persembahan khas dari penyanyi Ratu Rock Malaysia, Ella dan Aliff Aziz serta kehadiran beberapa selebriti yang turut bersama memberi sokongan pada program ini.
Seramai 8 Juri profesional dijemput bagi menghakimi serta menilai persembahan setiap peserta Miss Pinklady 2018 antaranya, Bon Zainal, Ridzuan Bohari, Dato Tiffanee Marie Lim, Sazzy Falak, Lila Majnun, Zahnita Wilson, Ashu, Kiffy Razak, dan Samantha Katie James.
Mengulas kemenangannya, Ismahan mengakui terkejut dengan keputusan itu. "Saya masih seakan tidak percaya apabila dinobatkan sebagai Pemenang Miss Pinklady musim pertama. Ia akan menjadi antara pengalaman paling manis dalam hidup saya. Diberi peluang untuk bersaing dengan semua finalis pada peringkat akhir adalah satu penghormatan yang cukup besar buat saya. Mereka semua pesaing yang sangat berbakat dan cantik-cantik belaka". ujarnya
"Banyak yang saya pelajari sepanjang pertandingan ini, pengalaman yang cukup berharga ini secara tidak langsung memberikan impak kepada personaliti saya secara peribadi.
"Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Miss Pinklady dan iCube Studio atas kepercayaan yang diberikan untuk terbabit dalam program Miss Pinklady 2018. Saya amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada program ini. Tidak dilupakan kepada juri, pihak penaja, keluarga, peminat, pihak produksi serta semua yang tidak putus-putus memberi sokongan dan semangat selama ini," tambah Ismahan lanjut.
Pengarah Program Miss Pinklady, Encik Mohamad Hafiz dari iCUBE STUDIO berkata “Peserta dinilai bukan saja dari paras rupa, malah menerusi setiap cabaran yang diberi. Setiap markah akan dikumpulkan dan peserta yang mempunyai markah yang terendah akan disingkirkan pada setiap minggu tayangan. Setelah dinilai hanya tujuh (7) orang yang mara ke peringkat akhir Miss Pinklady. Finalis akhir Miss Pinklady adalah Ismahan, Hafsa, Vivienna, Shazrene, Fifi dan Adeline. Lima (5) peserta lain adalah Ling, Alana, Afie, Sakinah dan Tasha. Setiap episod ditayangkan secara LIVE streaming pada setiap hari Sabtu Jam 9 Malam bermula 1 Disember 2018 dan berakhir pada 23 Februari 2019 untuk episode ke 13." ujarnya
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HEIDI EMPIRE TRADING, En Heidi Syafiq, berkata pihaknya amat berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang terbabit dalam program Miss Pinklady ini, dan turut berterima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini untuk musim pertama. Di kesempatan ini juga HEIDI EMPIRE TRADING telah mengumumkan program Miss Pinklady untuk musim kedua “Go To Asia” akan dijalankan selepas kejayaan program pada musim pertama ini. Program Miss Pinklady musim kedua bakal melebarkan sayap ke 4 negara Asean iaitu Thailand, Filipina , Indonesia dan Malaysia serta bakal menjadi program pencarian supermodel Asia dalam talian pertama seumpamanya di Asia Malaysia. Pencarian model-model berbakat bagi mengisi tempat untuk program Miss Pinklady Musim ke-2 dijangka akan bermula mulai Julai ini.
Sekitar malam kemuncak Miss Pinklady 2018
Foto Kredit Papa Din
PINKLADY PL PUERARIA MIRIFICA bermula sebagai impian untuk menjadi salah satu produk kesihatan pilihan wanita di Malaysia. Untuk merealisasikan visi ini, pihak syarikat, HEIDI EMPIRE, memastikan produk ini dikeluarkan mengikut standard pengilangan GMP, kandungan bahan yang berkualiti dan selamat serta mematuhi peraturan peraturan pihak farmasitiukel negara.
Melihat program ini sebagai satu segmen untuk "brand positioning" di dalam negara dan juga sebagai batu loncatan untuk membina nama di luar negara, HEIDI EMPIRE mahu membuktikan syarikat anak Malaysia boleh di kenali di pasaran luar negara. Tidak hanya menyasarkan produk kesihatan, pihak syarikat juga berhasrat agar jenama PINKLADY diperluaskan kepada pasaran wanita yang merangkumi produk pakaian dan kosmetik.
Tayangan Miss Pinklady musim pertama boleh ditonton di laman web rasmi www.pinklady.tv serta saluran Youtube Miss Pinklady. Saksikan kesemua episod dari episod 1 sehingga episod 13. Ikuti Instagram dan Facebook Miss Pinklady @misspinklady.tv untuk perkembangan terbaru.