SONY SAMBUT ULANGTAHUN KE-40 PERANTI WALKMAN®
Apabila filem 'The Guardian of Galaxy' mula ditayangkan secara global pada tahun 2014 dan seterusnya pada tahun 2017, peminat mula tertarik dengan peranti vintaj berwarna biru metalik yang muncul bersama watak 'Star-Lord' di dalam beberapa babak filem tersebut. Ia juga turut muncul dalam klip promosi untuk runut bunyi (ost) asal filem yang diterbitkan oleh Marvel Studio itu.
Peranti itu, tidak lain dan tidak bukan adalah Walkman® peribadi pertama dari Sony, TPS-L2, telah menerima sambutan hangat di dalam talian dan menurut Geek Media, "ramai peminat fanatik filem tersebut telah 'bermati-matian' untuk mendapatkan Walkman yang sama untuk bagi mencontohi watak adiwira dalam filem filem tersebut."
Tahun 2019 merupakan sambutan ulang tahun ke-40 pemain kaset mudah alih Sony pertama, TPS-L2. Merevolusikan cara pengguna mendengar muzik di mana sahaja, ramai yang masih ragu-ragu dengan idea bagaimana pemutar muzik mudah alih tanpa fungsi rakaman boleh dibangunkan ketika itu. Idea asal pembangunannya adalah dengan mengubah Pressman (perakam suara Sony TCM-100), TPS-L2 terbukti menjadi kejayaan besar, menjadi titik tolak perubahan gaya hidup baru yang terus menjadi popular di seluruh dunia.
Walaupun beberapa nama dicadangkan untuk peranti ini, Walkman akhirnya dipilih serta mencipta sejarah apabila diiktiraf dan diabadikan di dalam Kamus Inggeris Oxford pada 1986
Penemuan Sony seterusnya adalah pengenalan kepada pemain cakera pada (CD)mudah alih pertama di dunia, D-50, pada tahun 1984. Pemain CD yang bersamaan dengan saiz empat sarung CD yang disusun satu bahagian atas, telah memainkan peranan penting dalam mempercepat populariti CD dan harga terjangkau. Selanjutnya menyempurnakan ciptaan itu, Sony memperkenalkan MiniDisc Walkman pertama di dunia, MZ-1, yang menampilkan fungsi rakaman, main balik, papan kekunci berangka dan teknologi anti-langkau pada tahun 1992.
(Kiri-Kanan) Pemain Cakera Padat Sony-50 CD dan MiniDisc Walkman MZ-1
2013 menyaksikan pengenalan kepada teknologi Audio Beresolusi Tinggi (High Resolution Audio), dengan Sony antara salah satu syarikat pertama yang melancarkan teknologi dengan barisan produk yang merangkumi ZX1 Walkman. Ia membolehkan fungsi main balik sumber audio beresolusi tinggi yang dibangunkan dengan mengintegrasikan pengetahuan dan teknologi yang terkumpul selama bertahun-tahun.
Peranti Sony Walkman ZX1
Pada tahun 2016, Sony mengumumkan model Walkman NW-WM1Z sebagai sebahagian daripada siri Signatur jenama itu. Dibangunkan dari pelbagai pengalaman dalam teknologi digital amp, jurutera kami membangunkan NW-WM1Z dengan perincian akustik dan kualiti bunyi semulajadi, menghasilkan pengalaman mendengar yang unik dan benar-benar menyeronokkan.
Peranti Sony Walkman NW-WM1Z
Selama bertahun-tahun, peranti Sony Walkman secara dramatik telah mengubah cara dunia mendengar muzik. Walkman menjadikan aktiviti mendengar muzik sebagai satu pengalaman peribadi, dengan memberikan kebebasan kepada individu untuk menikmati muzik tanpa mengira tempat dan masa. Seiring dengan semangat inovasi dan sentiasa memandang kehadapan, Sony telah menjadi jenama yang pertama di dalam industri yang mencapai banyak kejayaan penting dalam bidang kejuruteraan audio dan terus berusaha untuk memberikan pengalaman bunyi dari 'seseorang yang anda dengari, kepada yang anda boleh rasai ' .