JENAMA TUDUNG EKSKLUSIF NO.1 MALAYSIA BAKAL DIKENALI SEBAGAI FRDA by FAREEDA
Menjadi 'trend-setter' dalam perniagaan busana muslimah khusus kepada hijab sejak mula memasuki pasaran pada tahun 2006, jenama tudung FAREEDA® hingga kini masih popular dan tetap menjadi pilihan penggemar fesyen hijab di Malaysia. Setelah lebih sedekad, jenama FAREEDA® melalui satu transformasi besar-besaran serta bakal menembusi pasaran global.
FAREEDA® merupakan jenama ataupun cap dagangan (TM) untuk Tudung Eksklusif No. 1 di Malaysia yang djahit dan dikilangkan oleh FAREEDA GLOBAL RESOURCES SDN. BHD (1024533- A). Jenama FAREEDA® diterajui oleh Puan Faridah Binti Zakaria (selaku Pengasas dan Pengarah Urusan), En Aminuddin Bin Basirron (Pengarah Urusan) dan Puan Mawar Binti Abdul Karim (Pengarah). Jenama FAREEDA® ini juga diktiraf sebagai jenama buatan Malaysia sejak 2006.
Selari dengan lebih SEDEKAD FAREEDA® berada didalam industri fesyen Malaysia dan sejajar dengan perkembangan fesyen tanah air juga antarabangsa, pihak FAREEDA mengambil keputusan untuk menampilkan kelainan pada koleksi FAREEDA® dengan lebih trendy, urban, dan versatile menggunakan jenama FRDA by FAREEDA®. Bersempena dengan penjenamaan semula ini juga, pihak FAREEDA® melantik En. Andry Suhermanto selaku Ketua Pegawai Eksekutif bermula Januari 2019 untuk mengukuhkan lagi perancangan FRDA by FAREEDA seterusnya.
Penjenamaan semula ini dibuat adalah untuk mengekalkan tudung FAREEDA® sebagai tudung eksklusif No. 1 di Malaysia dengan rekaan yang lebih terkini dan menarik bersesuaian dengan perubahan permintaan pasaran semasa (Changing Markets). Jesteru hasil dari kajian dan pembangunan yang mendalam, sekali lagi jenama FAREEDA® bakal menjadi 'trend-setter' apabila bakal melancarkan koleksi hijab berinovasi terbaru dengan penggunaan Metal Hook dan koleksi Travel.
Koleksi FRDA by FAREEDA® juga disasarkan kepada peminat dari kalangan golong muda sehinggalah berkeluarga. FRDA by FAREEDA® juga meraikan peminat dengan slogan 'Hatiku Tertawan' bersesuaian dengan imej dan rekaan yang akan dikeluarkan oleh FRDA by FAREEDA®. Majlis pelancaran koleksi terbaharu ini dijangka bakal diadakan pada penghujung Mac 2019.
Sebagai melengkapkan lagi sambutan SEDEKAD FAREEDA®, satu program pencarian wajah terbaru FAREEDA® (FAREEDA® NEW LOOK SEARCH) telah dilancarkan secara rasmi. Program ini diadakan bagi mencari wajah baru yang bakal mewakili jenama, inspirasi serta aspirasi FAREEDA®
Misi dan visi FAREEDA GLOBAL RESOURCES SDN. BHD untuk penjenamaan semula ini juga adalah untuk memartabatkan tudung buatan Malaysia ke pasaran global dan sekaligus memperkenalkan imej bertudung sebagai Trendy Beauty Headgear. Perkembangan terkini FAREEDA® serta program (FAREEDA® NEW LOOK SEARCH) boleh di ikuti di platform media sosial FB di https://www.facebook.com/FareedaOfficial/
Sekitar majlis penjenamaan semula jenama FAREEDA®, pelancaran program (FAREEDA® NEW LOOK SEARCH) serta lawatan bersama media ke kilang milik FAREEDA GLOBAL RESOURCES SDN. BHD