top of page

DEWAN AUDITORIUM PLAY+ TARIKAN TERBAHARU DI GSC IOI MALL PUCHONG


Peneraju rangkaian pawagam terulung di Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC), semalam telah merasmikan rupa baharu cawangan pawagam GSC IOI Mall Puchong yang telah selesai melalui proses naik taraf yang kini telah mempunyai dewan auditorium mesra keluarga khusus buat kanak-kanak yang dikenali sebagai PlayPlus, ruang lobi terbuka serta kiosk jenama rantaian kopi terkenal, Starbucks.


PlayPlus merupakan dewan auditorium mesra keluarga khusus kepada kanak-kanak yang pertama dibangunkan oleh GSC yang menawarkan suasana persekitaran ceria dengan hiasan dalaman pelbagai warna, selesa serta dilengkapi kerusi yang direka khusus yang terdiri dari sofa dengan ruangan luas, Cuddle Couches yang mampu memuatkan 4 orang sekeluarga serta pilihan kerusi empuk Beanbags untuk mereka yang memilih untuk duduk bersendirian.


Selain itu pihak GSC turut menempatkan kawasan permainan didalam dewan tersebut yang turut dilengkapi dengan papan leluncur dimana penonton kanak-kanak dapat bermain secara selamat dalam pencahayaan yang mampu dilihat semasa filem ditayangkan.


Sebagai nilai tambah, Play Plus turut dilengkapi dengan kamar menunggu yang dipenuhi dengan pelbagai alatan, permainan serta peralatan visual bagi membolehkan kanak-kanak belajar sambil bermain.


"Di GSC kami secara berterusan cuba untuk mencari kelainan dalam memperkayakan pengalaman pelanggan kami serta memastikan setiap penonton yang hadir akan merasa puas dengan perkhidmatan yang kami sediakan setiap kali berkunjung ke GSC. Kerana itu jugalah kami begitu teruja untuk memperkenalkan PlayPlus, tarikan terbaharu kami dengan konsep 'edutainment' yang mana direka khusus bagi memenuhi permintaan ibubapa dan kanak-kanak, yang mana kami cuba untuk menyelitkan elemen keriangan dan pembelajaran setiap kali mereka berkunjung untuk menonton filem.


"Kami berharap dengan adanya PlayPlus, banyak keluarga akan menikmati saat serta mencipta kenangan manis menonton filem bersama sama keluarga yang tersayang," ujar Cik Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif, Golden Screen Cinemas.


Selain dari PlayPlus di GSC IOI Mall, kerja ubahsuai dan penambah baikan wajah baru ini turut melibatkan kawasan lobi utama. Lobi utama GSC yang terletak di bahagian sayap kiri pusat membeli belah IOI Mall, menyediakan ruang duduk yang selesa untuk penonton sementara menunggu filem bermula, dalam pada masa yang sama setiap mereka yang hadir menonton dapat bersosial bersama rakan serta keluarga mereka yang datang bersama menonton di sini.


Sebagai melengkapkan ruang lobi ini , pihak GSC turut membuka kiosk Starbucks hasil koloborasi bersama Starbucks Malysia, jenama rantaian minuman kopi terkemuka dunia. Pengunjung yang hadir untuk menonton filem disini dapat menikmati hidangan minuman dan makanan kegemaran mereka yang boleh dinikmati ketika menonton filem.


"Kami amat berbesar hati kerana dapat berkoloborasi bersama Starbucks dengan mengadakan kiosk Starbucks di GSC IOI Mall Puchong. Dengan adanya koloborasi ini, kami berharap dapat meningkatkan lagi kepuasan setiap pengujung yang hadir menonton disini. Ini juga merupakan sebuah penghargaan kepada kami kerana dapt berkerjasama dengan sebuah jenama yang disayangi ramai. Kami juga akan sedaya upaya memastikan Starbucks dapat memberi nilai tambah kepada pelanggan kami," tambah Cik Koh.


Wajah baru di bahagian lobi utama serta auditorium PlayPlus di pawagam GSC IOI Mall, Puchong

 

"Kerjasama bersama Golden Screen Cinemas merupakan satu pertumbuhan yang signifikan dan strategik kepada Starbucks Malaysia," ujar En. Sydney Quays, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Berjaya Food sekaligus merangkap sebagai Pengarah Urusan Starbucks Malaysia dan Brunei. "Bersama pakar kopi dan peneraju rangkaian pawagam terbesar di Malaysia, kami berharap kerjasama ini dapat mengukuhkan lagi jenama Starbucks ke seluruh negara, dan pada masa yang sama memberi kemudahan kepada semua pelanggan kami. Kami juga berharap agar semua kaki wayang di Malaysia gembira dengan gaya serta pengalaman baru yang kami sediakan."


Bermula dari sekarang sehingga 31 Mei 2019, penonton PlayPlus boleh menikmati tawaran istimewa di Kiosk Starbucks, IOI Mall Puchong :


  • Junior's Special Menu - Minuman Starbucks Classic Chocolate atau minuman Frappunico saiz Grande untuk pilihan ( Chocolate Cream, Caramel Cream, Vanilla Cream, Raspberry Blackcurrant dan Mango Passion) pada harga RM12.

  • Special Combo Set - Bermula pada harga RM 15 untuk minuman Starbucks bersama Starbucks Snack pilihan (Kerepek Kentang Starbucks, Kacang Campuran, Kek)


Untuk maklumat lanjut berkenaan GSC IOI Mall Puchong dan PlayPlus, sila layari lawan sesawang www.gsc.com.my



Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page