NESTLÉ LANCAR KEMPEN SUPER BRAND DAY BERSAMA SHOPEE
Baru-baru ini, Nestlé Malaysia berganding bahu dengan Shopee melancarkan kempen Nestlé Super Brand Day atau Hari Jenama Hebat Nestlé yang pertama! Nestlé ialah Syarikat F&B pertama di Malaysia untuk melancarkan kempen Nestlé Super Brand Day.
Kempen Nestlé Super Brand Day akan berlangsung di Shopee dari 25 hingga 31 Mac 2019. Sepanjang kempen tujuh hari ini, pengguna boleh memanfaatkan promosi menarik membabitkan pelbagai produk Nestlé yang berbeza.
Tarikan utama kempen ini ialah pelancaran beberapa inovasi paling popular kami yang akan ditawarkan buat pertama kali dalam talian – secara eksklusif di Shopee. Produk baharu ini termasuk NESCAFÉ Cold Brew stik kami yang terbaharu, yang juga merupakan produk Nestlé pertama untuk dilancarkan secara eksklusif menerusi e-dagang.
Produk baharu lain yang kini boleh didapati dalam talian termasuk MAGGI Pedas Giler, dalam 3 perisa pedas – Ayam Bakar yang menyelerakan, Tom Yummz masam pedas, dan Seafood Berapi yang menambat selera, bijirin Granola Protein MILO (Kandungan Protein, Kalsium dan juga Zat Besi yang Tinggi), MILO dengan Bijirin Penuh, dan susu Nestlé JUSTMILK Strawberi.
En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé Malaysia mengulas, “E-dagang membuka peluang yang luas untuk menjana pertumbuhan, menggiatkan inovasi dan mendekati pelanggan dengan cara yang baharu dan menarik. Nestlé bertekad untuk memuaskan hati pengguna dan mempelopori inovasi dalam usahanya meningkatkan kualiti kehidupan dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat. Kami sangat gembira untuk menganjurkan Nestlé Super Brand Day sulung bersama Shopee, dan menjanjikan “pengalaman beli-belah pertama kali” yang serba menarik kepada semua pembeli dalam talian Malaysia.”
“Menerusi usaha sama dengan Shopee, kami bercadang untuk terus meluaskan asas pelanggan kami dan menawarkan pengalaman beli-belah lebih baik yang memberikan nilai lebih tinggi kepada rakyat Malaysia,” tambahnya.
En. Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Nestlé Super Brand Day di Shopee membuka lembaran baharu penting bagi kedua-dua pemimpin industri. Usaha pemasaran bersama antara Nestlé dan Shopee akan terus meningkatkan pendedahan dan mengukuhkan kedudukan dalam talian Nestlé. Tambahan lagi, memandangkan Nestlé Super Brand Day diadakan serentak dengan 27.3 Shopee Mega Sale (Jualan Mega Shopee 27.3), Nestlé boleh mendapatkan pendedahan dan kunjungan maksimum menerusi kempen mereka.”
Di majlis pelancaran, para tetamu berpeluang untuk mencuba sendiri inovasi produk terkini Nestlé, iaitu NESCAFÉ Cold Brew stik, yang merupakan kopi Cold Brew (bancuhan sejuk) segera pertama Malaysia. Kopi diproses dengan teknik khas menggunakan biji kopi Colombia terbaik yang dibru dalam proses perlahan menggunakan air sejuk, menghasilkan perisa kopi yang unik dan licin. Dalam lawatan menarik ini, para tetamu juga dapat menyaksikan demonstrasi secara langsung yang mengetengahkan produk lain Nestlé yang hanya boleh didapati secara eksklusif di Shopee. Layari https://shopee.com.my/nestlesbd untuk merebut pelbagai tawaran menarik!
Galeri
Mengenai Nestlé Malaysia Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia