top of page

NABIL AHMAD DAN NEELOFA TARIK DIRI DARIPADA AME 2019


Pasangan hos sensasi untuk program ‘MeleTOP’ iaitu Nabil Ahmad dan Neelofa mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dalam ‘AME 2019’. Namun begitu, mereka masih kekal sebagai pengacara pentas ‘AME 2019’.


Selepas undian fasa pertama ditutup, Nabil Ahmad telah disenarai pendek untuk pencalonan akhir bagi kategori ‘Hos MeleTOP’. Manakala Neelofa pula tercalon untuk dua kategori iaitu ‘Fesyen MeleTOP’ dan ‘Hos MeleTOP’.


Dengan keputusan itu, selebriti dengan undian tertinggi selepas Nabil dan Neelofa secara automatik diputuskan untuk mengisi senarai pencalonan akhir ‘AME 2019’ bagi kategori berkenaan.


Bagi memastikan ketelusan penganjuran ‘AME 2019’, badan audit bertauliah ‘W.L. Chong & Associates’ telah dilantik untuk menyelia sebarang keputusan yang melibatkan undian orang ramai.


 

SENARAI PENUH PENCALONAN AME 2019


 

‘AME 2019’ merekodkan permulaan cemerlang dengan peningkatan jumlah undian fasa pertama tertinggi sebanyak 116% berbanding edisi sebelum ini. Ini membuktikan acara anugerah ini masih relevan dan diterima baik oleh peminat seni hiburan tanah air.


Proses undian yang dilakukan sepenuhnya melalui laman web rasmi serta perkongsian maklumat harian terkini merentasi platform TV, radio dan digital menjadi antara faktor utama yang menyemarakkan kempen undian. Inisiatif mengadakan pengumuman khas rasmi secara langsung di MeleTOP juga turut membantu.


Tiga hos popular tanah air yang cukup sinonim dengan jenama MeleTOP dan ‘AME’ iaitu Nabil Ahmad, Neelofa dan Jihan Muse bakal berganding bahu untuk mengendalikan pentas utama sebagai pengacara ‘AME 2019’.


Pentas ‘AME 2019’ juga akan diserikan dengan persembahan eksklusif selebriti popular yang menepati kriteria tagline ‘Yang Legit, Yang Legend’ termasuklah Ayda Jebat, Misha Omar, Siti Nordiana, Hael Husaini, Ismail Izzani, Andi Bernadee, Floor 88, Pop Shuvit, Exists, Akim & The Majistret serta ramai lagi.


Manakala antara nama-nama popular yang bakal tampil selaku barisan penyampai anugerah termasuklah Mira Filzah, Zahirah Macwilson, Remy Ishak, Janna Nick, Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Amar Baharin, Datuk Chef Wan serta ramai lagi.


Penerbitan ‘AME 2019’ turut disokong 100 Plus yang hadir selaku Penaja Utama dan Nivea selaku Penaja Bersama.


‘AME 2019’ turut menjalinkan kerjasama strategik bersama GRAB yang bakal mengendalikan penghantaran eksklusif tiket VIP dengan servis penghantaran atas permintaan GrabExpress kepada barisan selebriti tanah air. Bukan itu sahaja, diskaun istimewa turut diberikan jika pelanggan menggunakan GrabPay jika menaiki GRAB untuk hadir ke acara ini pada malam AME 2019.


CARA MENGHANTAR UNDIAN ‘AME 2019’ BAGI FASA KEDUA FASA KEDUA


Undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori pula boleh dibuat menerusi laman web ‘AME 2019’ dan portal ERA serta melalui kiriman SMS bermula 19 Mac 2019, jam 6.00 petang hingga 21 April 2019, jam 12.00 tengahari. Pemenang untuk setiap kategori akan diumumkan sewaktu siaran langsung malam ‘AME 2019’ kelak. Setiap undian yang dihantar haruslah diterima dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

 

Penganjuran edisi keenam ini turut menyaksikan selebriti lelaki lebih menyerlah berbanding selebriti wanita dengan pencalonan akhir terbanyak.


‘AME 2019’ bakal mengetengahkan tema ‘Glam’ penuh gemerlapan dengan tagline ‘Yang Legit, Yang Legend’ yang dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 21 April 2019, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).


Sebagai bonus, acara ini turut boleh diakses menerusi program ‘Live Streaming AME 2019’ yang disiarkan menerusi platfrom digital di saluran YouTube ‘MeleTOP’, Astro Go, NJOI Now dan On Demand pada 21 April kelak bermula jam 8.30 malam untuk pilihan yang lebih fleksibel. MYBUZZ!



Tags:

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page