DRAMA NUR UNGGULI DFKL 2019
Drama Festival Kuala Lumpur 2019 melabuhkan tirainya dengan menobatkan drama ‘Nur’ arahan Sharulezad sebagai Drama Pilihan dan membolot majoriti anugerah yang disampaikan, malam itu. Bertempat di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Malam Anugerah DFKL 2019 telah ditonton oleh 5.2 juta penonton secara langsung dari pukul 9 hingga 11 malam di TV3 menurut sumber Nielsen Malaysia dan melebihi 150,000 tontonan di Youtube TV3 Malaysia.
Malam Anugerah DFKL 2019 juga telah memonopoli 43.9% daripada syer waktu siaran mengatasi program-program hebat lain pada malam itu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, “Antara peristiwa yang membanggakan kami adalah apabila pelakon-pelakon berbangsa Cina turut hadir dan menghargai anugerah ini. Saya amat terharu apabila Angeline Tan yang mengetuai ucapan Kategori Drama Rantaian Bahasa Cina mengatakan kita harus hapuskan jurang antara kaum di Malaysia. Oleh itu, kami di Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad akan berkerja ke arah mengekalkan kategori tersebut di masa akan datang. Kami juga berterima kasih kepada semua penonton dan penyokong DFKL 2019 yang telah membantu menjayakan program ini dan melibatkan diri dalam Siri Jelajah DFKL 2019, bulan lalu. Kami harap agar sokongan ini akan berterusan ke siri DFKL yang akan datang.”
Malam Anugerah DFKL 2019 telah dihoskan oleh Awal Ashaari ditemani oleh barisan penyampai anugerah seperti Amyra Rosli, Remy Ishak, Izzue Islam, Fatin Afifah, Datuk Fizz Fairuz, Hannah Delisha, Zara Zya, Naim Daniel, Edika Yusuf, dan Che Ta. Mereka telah menyampaikan trofi bagi kategori-kategori yang dipertandingkan seperti berikut, Penulis Skrip Pilihan, Pengarah Pilihan, Pasangan Pilihan, Antagonis Pilihan, Lagu Pilihan, Drama Pendek Pilihan, Drama Rantaian Bahasa Cina Pilihan, Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, dan Drama Pilihan. Senarai penuh pemenang Malam Anugerah DFKL 2019 adalah seperti berikut:
Turut memeriahkan malam anugerah itu, para penonton dihiburkan dengan persembahan-persembahan artis hebat seperti Sarah Suhairi dengan lagu Nyawa & Raga, Zaim & Pasha dengan persembahan medley ‘3 OST Drama’, Hafiz Suip dengan lagunya Kisah Cinta Kita, De Fam membuat persembahan lagu Solo, dan Anuar Zain dengan lagunya Sedetik Lebih, dan Hazama & Penglipur Lara serta persembahan sketsa selingan mencuit hati oleh Achey, Mark Adam, Ain Edruce dan Ropie.
Selain itu, Acara Karpet Merah DFKL 2019 telah dihoskan oleh Elly Mazlein dan Shuk Sahar. Barisan selebriti tempatan memperagakan busana ‘Pastel Glamour’ mereka bermula pada pukul 8 malam secara strim langsung di Youtube TV3 Malaysia dan TV9 Malaysia. Selain itu, acara Karpet Merah DFKL 2019 juga ini bersiaran langsung di TV9 Malaysia pada pukul 8.30 malam itu.
Malam Anugerah DFKL ini tidak akan menjadi tanpa sokongan padu daripada penaja bersama, Realme dan Rakan Media Harian Metro serta Rakan Media Digital tonton, xtra, dan Oh Bulan! Saksikan ualngan Malam Anugerah DFKL 2019 di Youtube TV3. Layari laman sesawang www.dfkl.com.my serta laman media sosial rasmi Facebook dan Instagram @TV3Malaysia dan @8TVchinese untuk dapatkan maklumat lanjut tentang DFKL 2019. Layari juga www.xtra.com.my untuk ikuti artikel-artikel terkini mengenai DFKL 2019. Gunakan tanda pagar #positifselalu dan #dfkl2019 dalam setiap pos anda di media sosial untuk menghangatkan lagi perbualan di platform digital.
GALERI | SENARAI PEMENANG ANUGERAH DFKL 2019