'...We're Nothing....' Kata Siti Jamumall
Usahawan atas talian comel jelita Siti Suriani binti Wahiddin, 19 tahun atau lebih dikenali Siti Jamumall pernah tiada apa-apa pada 5 tahun lalu termasuk perniagaan sekarang ini. Adik kepada Ketua Pegawai Eksekutif Jamumall Sdn Bhd Encik Khairul Nizam berkata beliau bersama-sama abangnya berusaha keras demi menyara keluarga serta membayar gaji para pekerja mereka.
Foto dari Kiri : Siti Jamumall (menahan sebak), Syafiq dan Khairul Nizam (CEO Jamumall Sdn Bhd)
''..... We're nothing 5 tahun lepas waktu itu kami ingin bina sesuatu untuk bantu keluarga , pekerja untuk beri mereka makan... kita struggle nak buat sesuatu tidak menjadi, waktu itu kami jatuh lingkup habis, memang kosong, saat itu kami semua nak bankrap dah, duit dah takde .......kami start Jamumall dengan Zero Cost ...kami jemput vendor tanpa bayaran pun mereka tak nak .. Siapa Jamumall kata mereka..'' Kata Siti dengan nada sebak apabila mengenangkan hal lalu.
Sumber Foto : IG @sitijamumall
Dengan berkat usaha, fokus dan terus konsisten, hari ini Siti bersama abangnya serta pasukan terus bangun dan terus kecapi kejayaan sehingga kini. Strategi pemasaran menggunakan FB Live pertama kalinya pada tahun 2016 membuahkan hasil. Dari situ masyarakat mula mengenali beliau sebagai Siti Jamumall.
Beliau ditemubual bersama para media ketika hari persandingannya bersama jejaka pilihan seusia dengannya iaitu Muhamad Syafiq Irfan di Laman Kayangan, Shah Alam pada hari Ahad 7 April lalu. Hari perkahwinan ini telah mendapat tajaan dan kerjasama lebih 100 pengasas/pengusaha produk.
ARTIKEL TERDAHULU : TUAH SITI JAMUMALL TERIMA TAJAAN PERKAHWINAN SETENGAH JUTA RINGGIT
Apabila ditanya oleh pihak media, Siti jatuh hati kepada Syafiq kerana sikap yang baik, soft spoken dan bertentangan dengan karakter beliau. Manakala Syafiq tertarik dengan sikap siti yang suka perasan dan lama-lama membuat beliau selesa bersama.
MB ucapkan selamat pengantin baru dan semoga diberkati usia dan jodoh anda berdua hingga ke Syurga. MYBUZZ!