FILEM BU MULA DITAYANGKAN HARI INI
''Mungkin ada akan penonton yang berasa Bu adalah sebuah naskhah klise yang mengetengahkan wanita dan peranan mereka, atau menyifatkan ia sebuah lagi naskhah dengan penceritaan harian yang biasa terjadi di sekeliling...'' Ujar Jeany Amir, Pengarah Filem BU.
Baru-baru MB berkesempatan menonton pra tonton filem BU bersama media di Mmcineplexes E-Curve, Damansara menyaksikan kehadiran barisan pelakon filem tersebut. Bu adalah sebuah karya kekeluargaan yang memperjuangkan dan menjadi sebuah aspirasi dalam kehidupan mengenai peranan seorang wanita bergelar Ibu, Filem ini membabitkan 3 buah penceritaan dimana pertama impian Kak Mah (Dian P Ramlee) untuk memperoleh seorang cucu hancur apabila menantunya Diana (Mawar Rashid) tidak berhasrat menginginkan anak dalam masa terdekat di samping anak lelakinya Zack (Iedil Putra) yang tertekan akibat syarikatnya yang terpaksa gulung tikar.
Penceritaan kedua mengisahkan sebuah keluarga dimana Norman (Rashidi Ishak) seorang Doktor tidak ada masa bersama Keluarga, Aishah (Nadiya Nisaa) seorang suri rumah terpaksa melupakan hasrat menjadi guru setelah berkahwin manakala anak perempuannya remaja Julie (Tia Sarah) rasa tertekan terhadap orang tuanya kerana tidak mempedulinya.
Penceritaan seterusnya berkisahkan Hafiz (Remy Ishak) seorang tukang masak restauran yang berdedikasi dan juga seorang novelis yang berkerja keras bagi menyara keluarga. Beliau mempunyai seorang isteri bernama Norimah (Nadia Brian) yang sentiasa memberikan sokongan moral kepadanya dan sentiasa menginginkan zuriat.
Penonton harus menantikan kesudahan kisah ini yang banyak memberi iktibar dan pengajaran kepada kita semua. Mungkin anda akan berasa sedikit keliru pada awal babak pertama, bagaimanapun anda dinasihatkan untuk fokus bagi mengetahui dan memahami babak seterusnya.
Filem ini akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air mulai hari ini 11 April 2019. MB pasti anda tidak akan menyesal membeli tiket dan menontonnya !!!!!
Bahasa : Bahasa Melayu
Sarikata : Bahasa Inggeris / Bahasa Melayu
Genre : Kekeluargaan
Durasi : 91 Minit
Pengarah : Jeany Amir
Terbitan : MM2 Entertainment
Pelakon : Remy Ishak, Rashidi Ishak, Nadia Bryan, Nadiya Nisaa, Tia Sarah, Dian P Ramlee, Wan Hanafi Su, Iedil Putra, Mawar Rashid dan ramai lagi.
Sinopsis
Impian Kak Mah untuk mendukung cucu mula retak apabila menantu perempuannya, Diana bercadang menangguh pelan mengandung bayi demi masa depan kerjayanya. Walaupun dapat sokongan daripada suaminya, Zack, namun Kak Mah tidak setuju dengan keputusan itu. Lebih teruk lagi, Kak Mah dan Diana juga tidak tahu tentang syarikat arkitek kepunyaan Zack dah gulung tikar dan kini dia masih menganggur.
Aishah, seorang suri rumah berasa hidupnya semakin tertekan dan tidak dihargai apabila suaminya, Norman yang bekerja sebagai doktor lebih fokus pada kerja daripada dirinya. Anak perempuan remaja, Julie pula jarang berada di rumah dan suka bergaul dengan komuniti cosplay. Hubungan di antara Aishah dengan Norman dan Julie yang semakin renggang menyebabkannya mula meragui keputusan sendiri yang sanggup lepaskan impian sendiri demi keluarga tetapi pengorbanannya tidak dihargai sepenuh oleh mereka. Hasrat untuk menimang cahaya mata oleh Hafiz dan isterinya Norimah terkabul apabila Norimah disahkan dah hamil selepas mereka mencuba beberapa tahun.
Walaupun Hafiz yang bekerja sebagai tukang masak dipecat tetapi hubungan mereka semakin rapat malah Norimah menyokong Hafiz untuk mengejar impiannya menjadi seorang novelis. Tetapi disebabkan Norimah yang dah berumur 40 tahun, kandungan bayinya berdepan dengan risiko tinggi dan perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Keadaan menjadi semakin serius dan garisan kehidupan mereka mula bersilang apabila Zack sedang mengejar Diana yang tengah mengamuk itu terlanggar Aishah yang tertekan dengan layanan ahli keluarganya.
Keadaan Aishah tidak stabil dan kemungkinan besar tidak akan sedar lagi. Kandungan Norimah juga dalam bahaya apabila dia dan Hafiz hampir dilanggar kereta yang meluncur laju di depan mereka…MYBUZZ!