LOPS2019 LAHIRKAN RATU PERTAMA BERSAIZ PLUS
Pencarian Ratu Look Of Plus Size 2019 akhirnya berjaya mengangkat martabat keyakinan wanita bersaiz plus. Baru-baru ini diadakan peringkat akhir Look Of Plus Size 2019 menyaksikan Syamin Arshad berjaya merangkul gelaran LOPS 2019.
Foto Syamin Melambaikan tangan bak ratu setelah diumumkan sebagai Pemenang LOPS 2019
Beliau juga menerima hadiah bernilai RM15,000 berserta trofi. 1st Runner Up dimenangi oleh Siti Naila Sekandar membawa pulang hadiah bernilai RM10,000, 2nd Runner Up diberikan kepada Nur Hafizah Abdul Latiff, 3rd Runner Up dimiliki Fairus Nurfajilah Anuar manakala 4th Runner Up dimiliki oleh Nor Sabrina Abu Bakar. Selain itu, semua peserta menerima sash masing-masing manakala juara, tempat pertama dan kedua menerima Mahkota.
BACA ARTIKEL TERDAHULU : JANGAN PANDANG SEBELAH MATA 'LOOK OF PLUS SIZE 2019'
Foto dari kiri : Siti Naila (1st Runner Up), Syamin (Juara LOPS 2019), Nur Hafizah (2nd Runner Up)
''.............Saya berasa syukur dan Alhamdulilah tamat sudah pencarian ratu Look Of Plus Size 2019.... saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para penaja terutama sekali kepada pasukan disebalik tabir yang berkerja bertungkus lumus bagi bersama-sama menjayakan acara ini.....'' Ujar Azhar Zainal, Penganjur LOPS 2019 dan juga seorang pereka fesyen.
Tambah beliau lagi, ''.........Insyaallah sekiranya ada sokongan dan kerjasama seperti ini lagi pihak kami akan meneruskan lagi acara LOPS pada musim kedua tahun depan......''
Para peserta diuji dengan persembahan bakat seperti tarian, nyanyian dan sebagainya termasuk catwalk. Para Top 5 finalis juga diujikan dengan diberikan soalan spontan untuk menguji kebijaksanaan mereka. Acara turut dimeriahkan dengan persembahan artis oleh Azharina Azhar, Ayu Damit dan Mafarika.
Menerusi pertandingan ini juga, pemerkasaan golongan wanita berjaya dicetuskan apabila ada di kalangan 20 finalis pernah menjadi mangsa buli dan keganasan rumah tangga.
Foto Sekitar LOPS2019
Selain keyakinan yang ditonjolkan, LOPS juga sebagai medan membuktikan kecantikan wanita itu subjektif dan juga seiring menjadikan Malaysia meraikan plus size dengan tidak mengenepikan mereka ke pentas peragaan dan fesyen dunia. MYBUZZ!