UJIBAKAT PERTANDINGAN MISS COSMOPOLITAN MALAYSIA 2019 BERMULA JULAI INI
Buat pertama kalinya dalam sejarah, Malaysia telah menganjurkan pertandingan Miss Cosmopolitan World (MCW) edisi pertama pada tahun 2015. Pertandingan Ratu Cantik Antarabangsa yang melibatkan lebih daripada 30 buah negara. Acara berprestij ini dianjurkan oleh Amelia Productions yang juga merupakan pengasas Miss Cosmopolitan World.
Acara tahunan ini diadakan dengan tujuan untuk memupuk semangat yang kuat dalam pertandingan serta penglibatan para peserta. Organisasi MCW memasang impian besar untuk menjadikan pertandingan ratu cantik ini menjadi suatu acara tahunan dengan populariti yang hebat, serta menjadi satu pengalaman yang sentiasa diingati para peserta dan penonton.
Bersempena dengan “Visit Sarawak 2019”, Organisasi MCW bakal memperkenalkan Sarawak dalam peta pertandingan pada edisi kali ini dengan mengetengahkan lokasi pelancongan dan aktiviti-aktiviti menarik dalam pertandingan itu kelak. Objektif Organisasi MCW adalah untuk mewujudkan kesedaran kepada pelancongan di Malaysia sekaligus membina nilai pelancongan tempatan.
Pada tahun 2015, acara ini menjadi sejarah dalam industri Pertandingan Ratu Cantik di Malaysia dengan peserta dari seluruh negara menyertainya secara percuma. Inovasi ini menjadi asas kepada pertandingan ratu cantik serantau dunia secara tidak langsung mempromosikan budaya Pertandingan Ratu Cantik pada dunia.
Pada tahun 2018, acara ini telah menjadi satu kejayaan selama 4 tahun diadakan dengan berprestij yang melibatkan 18 buah negara pada tahun 2015, kepada 30 buah negara pada tahun 2018. Tahun ini merupakan tahun kelima Miss Cosmopolitan World dianjurkan dan akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.
Istimewa tahun ini, secara pertama kalinya setelah lima tahun penganjuran, Miss Cosmopolitan World 2019 bakal menganjurkan pemilihan peserta di peringkat nasional. Miss Cosmopolitan Malaysia 2019 bakal diadakan secara eksklusif untuk mencari jelitawan-jelitawan tempatan dari seluruh Malaysia sebagai peserta. Pemenang Miss Cosmopolitan Malaysia 2019 kemudian akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa, Miss Cosmopolitan World 2019.
Organisasi MCW berharap acara ini akan menjadi satu acara yang glamor dan menarik dengan keunikkan dalam industri Pertandingan Ratu Cantik di Malaysia. Miss Cosmopolitan Malaysia 2019 edisi pertama ini turut mendapat sokongan dari rakan penaja seperti Sahala Restaurant, Ain Creative Design serta Archprint & Rosebar.
VISI Bagi menjadi acara yang terus dikenali dan dikehendaki Pertandingan Ratu Cantik Antarabangsa untuk mempromosi Malaysia menerusi kekuatan promosi dan menambah penglibatan dari sesebuah negara pada setiap tahun.
MISI KECANTIKAN Melantik dan melatih wakil Malaysia untuk Miss Cosmopolitan World yang mempunyai watak seorang wanita yang berdikari, sentiasa memperbaikki diri sendiri, berani berimpian, cantik dan berbakat.
OBJEKTIF
Miss Cosmopolitan World adalah satu platform untuk memupuk perpaduan dan kesefahaman antara Asia dan benua yang lain.
Menambahkan kepelbagaian dan kekuatan negara yang terlibat dengan menunjukkan bakat individu masing-masing.
Menyediakan peluang kepada peserta untuk membina kemahiran individu melalui aktiviti berkumpulan termasuk pengucapan awam dan beberapa aktiviti yang berkaitan.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT
Aktiviti tanggungjawab social korporat akan dijalankan sepanjang ‘pageant week’.
Memupuk tanggungjawab sosial kepada peserta dan mewujudkan kesedaran kepada awam dengan pengaruh, popularity, dan kecantikkan ratu cantic.
Organisasi MCW juga akan menjalankan tanggungjawab terhadap komuniti iaitu dengan menderma sumbangan kepada beberapa rumah kebajikkan pada malam ‘Grand Finale’.
LATAR BELAKANG MS. AMELIA LIEW
Pengarah Amelia Productions.
Mempunyai pengalaman luas dalam menganjurkan pertandingan ratu cantik.
Pengasas Miss Cosmopolitan World.
Pemegang lesen dan penganjur Miss Asia Pageant Malaysia dari tahun 2012 hingga 2014.
Mewakili Malaysia dalam Miss Asia Pageant 2011 Antarabangsa di Hong Kong.
“Bukan mudah untuk menganjurkan sesuatu yang baru di Malaysia, tetapi jika kita tidak mengambil langkah yang pertama, maka kita sentiasa tidak akan tahu” – Amelia Liew
Miss Asia Pageant Malaysia 2012, 2013 dan 2014 telah menjadi satu kejayaan dan permulaan yang hebat untuk Pertandingan Ratu Cantik Antarabangsa di Malaysia pada tahun-tahun akan datang.
LATAR BELAKANG MS. VIVIENNA ALFRED
Pengarah Kebangsaan Miss Cosmopolitan World (Malaysia).
Wakil Miss Cosmopolitan World Malaysia 2018.
Model, Ratu Cantik, Pengacara TV.
Dalam Miss Cosmopolitan World 2018 yang lepas, Vivienna tercalon dalam ‘Top 10’ antara 30 buah negara yang lain dan memenangi ‘Best National Costume’.
Mula melibatkan diri dalam pertandingan ratu cantik sejak 2015. Pencapaian - Tempat Kedua Miss Pink Lady Model Search 2018, Pemenang Keligit Lunau Festival 2015, Pemenang Kumang Gawai Bintulu 2016, Pemenang Kumang Gawai Park City 2016, Tempat Kedua Puteri Samarahan Sejiwa Senada 2016 dan peserta akhir Miss Cultural Harvest Festival 2015.
“Ini bukan sahaja tiara, tetapi juga kuasa. Ini bukan sahaja status, tetapi juga tanggungjawab. Ini bukan sahaja kerjaya, tetapi juga gaya hidup” – Vivienna Alfred
PENCAPAIAN WAKIL MISS COSMOPOLITAN WORLD MALAYSIA DI PERINGKAT ANTARABANGSA
2015: Miss Kohinoor Kaur (2nd Runner-Up, Best National Costume, The Perfect Brow)
2016: Miss Devi Rani (Best National Costume)
2017: Miss Chanelle Jasmine Wong (4th Runner-Up, Best Talent, Miss Popularity, Miss Palm Garden, Miss Gem, Best National Costume)
2018: Miss Vivienna Alfred (Top 10, Best National Costume)
PENYERTAAN KE PERTANDINGAN MISS COSMOPOLITAN MALAYSIA 2019
JADUAL PERTANDINGAN
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Wanita (terbuka kepada bukan Muslim sahaja) dari seluruh Malaysia yang berusia 18-28 tahun.
Ketinggian tidak kurang dari 165 cm.
Untuk maklumat lanjut, sila layari website kami di: www.misscosmopolitanworld.com
Instagram: https://www.instagram.com/mcmorganisation/
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berhubung pertandingan Miss Cosmopolitan Malaysia 2019, sila hubungi:
Amelia Production Contact : 012-5911178 (Vivienna Alfred) Email : misscosmopolitanmalaysiaorg@gmail.com Website : www.misscosmopolitanworld.com