EKSPLORASA 360 IFTAR RAMADHAN DI RANGKAIAN HOTEL DORSETT & SILKA
- May 1, 2019
- 4 min read

Dengan kehadiran bulan Ramadhan yang tidak berapa lama lagi, pasukan kulinari di rangkaian hotel Dorsett dan Silka Malaysia betungkus lumus dalam menyediakan hidangan iftar yang ideal sesuai dijadikan hidangan untuk berbuka untuk seluruh pengunjung dan tetamu yang memilih untuk berbuka di semua rangkaian hotel mereka.
Kami di BM turut diberi kesempatan untuk bersama-sama merasai keenakan setiap sajian yang bakal dihidangkan oleh setiap rangkaian hotel Dorsett dan Silka. Jom kita lihat apa yang menarik!
SEMARAK RASA RAMADHAN DI TERAZZA BRASSERIE DAN MELATI, HOTEL DORSETT GRAND SUBANG
Bagaikan himpunan 'harta karun' hidangan dari seluruh Malaysia menanti anda. Terdapat lebih dari 100 sajian yang bertukar setiap hari disediakan untuk dinikmati oleh pengunjung yang datang berbuka disini.
Hidangan istimewa setiap negeri seperti 'Briyani Gam Johor', 'Dalca Sayur dan Mangga Muda Pulau Pinang', 'Sotong Goreng Berlada Negeri Sembilan', 'Gulai Tempoyak Patin Pahang', 'Sotong Sumbat Terengganu', 'Gulai Kawah Kelantan', 'Rendang Tok Perak' , Ikan Bakar Kuala Perlis', 'Tetel Asam Pedas Melaka', 'Gulai Lemak Pisang Muda Selangor', 'Laksa Sarawak', 'Sup Campur Kedah', Spageti Makanan Laut Sabah', serta hidangan signatur wajib cuba 'Sup Tulang Gear Box', dan 'Kambing Golek Berempah'.
IMG_20190409_184644 IMG_20190409_185759 IMG_20190409_185452 IMG_20190409_185258 IMG_20190409_184910 IMG_20190409_184809 IMG_20190409_184959 IMG_20190409_185735 IMG_20190409_185619 IMG_20190409_184844 IMG_20190409_184857 IMG_20190409_185111 IMG_20190409_185017 IMG_20190409_184947 IMG_20190409_184718 IMG_20190409_185155 IMG_20190409_185148 IMG_20190409_191004 IMG_20190409_185537 IMG_20190409_185414
INFORMASI
Tema: Semarak Rasa Ramadhan
Tempoh: 6 Mei 2019 - 4 Jun 2019
Harga: Dewasa - RM165 Bersih di Terazza Brasserie / RM155 Bersih di Melati Room
Early Bird - Dewasa - RM99.90* sehingga 5 Mei 2019 serta baucar diskaun sehingga 25% sehingga stok baucar habis dijual. Penggunaan baucar adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan*
Pihak Hotel Grand Dorsett Subang turut menyediakan 'PAKEJ KAREEM' istimewa sempena Ramadhan: bilik termasuk Sahur dan Iftar untuk RM370 Bersih per bilik/seorang. Tempahan boleh dibuat sekarang sehingga 2 Jun 2019 untuk penginapan bermula dari 8 Mei sehingga 2 Jun 2019. Untuk tempahan sila hubungi +603 50316060 atau emel kepada bookfnb.subang@dorsetthotels.com. Pembelian baucar boleh dibuat secara atas talian di https://dorsettbooking.com/ramadan-overview.php
#BISMILLAH.BAROKAH RAMADHAN @ DORSETT PUTRAJAYA
Sekiranya anda terlepas peluang berbuka disini tahun lalu, pastikan untuk anda dapatkan baucar untuk berbuka puasa di Dorsett Putrajaya tahun ini. Kerana anda pasti tidak mahu terlepas peluang untuk menikmati lebih dari 300 jenis hidangan Iftar di Restoran Citra Rasa.
Dengan pemandangan indah matahari terbenam, Tasik Putrajaya dan Masjid 'Besi' Tuanku Mizan Zainal Abidin, pengalaman berbuka puasa di Dorsett Putrajaya pasti menjanjikan satu kelainan.
Antara hidangan yang pasti menambat selera Ramadhan ini seperti 'Pek Nga Kelapa'dengan Kari Ikan', 'Laksam Kelantan', 'Nasi Kerabu', 'Nasi Lemak Delima dengan Sambal Hijau', 'Lempeng Kelapa', 'Sup Gear Box', 'Bubur Lambuk Istimewa', 'Lemang', 'Nasi Impit', 'Rendang Daging', ' Shawarma Ayam/Kambing dengan Roti Pita', 'Warung ABC', "Aiskrim Turki", 'Aneka Cucur', 'Apam Balik Viral' dan banyak lagi!
IMG_20190410_185124 IMG_20190410_184310 IMG_20190410_184353 IMG_20190410_184035 IMG_20190410_184823 IMG_20190410_183940 IMG_20190410_184713 IMG_20190410_183917 IMG_20190410_184243 IMG_20190410_184833 IMG_20190410_184525 IMG_20190410_185332 IMG_20190410_184906 IMG_20190410_184154 IMG_20190410_183840 IMG_20190410_184601 IMG_20190410_183823 IMG_20190410_184517 IMG_20190410_184144 IMG_20190410_184854
INFORMASI
Tema: #BISMILLAH.BAROKAH RAMADHAN
Tempoh: 8 Mei 2019 - 2 Jun 2019
Harga: Dewasa - RM138 Bersih
Early Bird - Dewasa - RM99.90* terhad kepada 2000 keping baucar sahaja. Penggunaan baucar adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan*
Tunaikan Solat Subuh berjemaah di Masjid 'Besi' Tuanku Mizan Zainal Abidin disepanjang Ramadhan ini selepas bersahur dengan menu istimewa yang disediakan di Restoran Citra Rasa. Rebut Pakej Bilik Ramadhan di Dorsett Putrajaya bermula dari RM320 (Bersih) dan keatas untuk 1bilik/malam termasuk Iftar dan Sahur untuk 2 orang. Tempah sekarang sehingga 2 Jun 2019 untuk tempoh penginapan bermula dari 8 Mei 2019 hingga 2 Jun 2019. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan sila huhungi +603-8892 8388 atau emel reservation@putrajaya@dorsetthotels.com
MASAKAN BONDA KEMBALI @ DORSETT KUALA LUMPUR
Bonda Kak Shikeen kembali lagi Ramadhan ini di Dorsett Kuala Lumpur dengan sajian 'masakan di rumah' . Kali ini lebih 100 menu berganti setiap hari juga sebanyak 13 masakan signatur mewakili setiap negeri di Malaysia yang disediakan mengikut resipi asal seperti 'Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Negri Sembilan', ' Kambing Panggang Bersama Nasi Arab', ' Kari Kepala Ikan Pulau Pinang', 'Sambal Bilis Tempoyak & Petai Perak', 'Udang Masak Kalio Melaka', 'Ayam Masak Tomato Kedah', 'Daging Salai Dalam Puri Santan' serta banyak lagi.
IMG_20190403_192928 IMG_20190403_193054 IMG_20190403_192955 IMG_20190403_192648 IMG_20190403_193029 IMG_20190403_193111 IMG_20190403_193127 IMG_20190403_193156 IMG_20190403_192738 IMG_20190403_192805 IMG_20190403_192750 IMG_20190403_193255 IMG_20190403_192813 IMG_20190403_192822 IMG_20190403_193041 IMG_20190403_193217 IMG_20190403_192852 IMG_20190403_192728
INFORMASI
Tema: MASAKAN BONDA KEMBALI
Tempoh: 10 Mei 2019 - 2 Jun 2019
Harga: Dewasa - RM98 Bersih / Kanak-Kanak (11 tahun kebawah & Warga Emas 60 tahun keatas bakal menikmati diskaun sehingga 30%
Early Bird - Dewasa - RM88
Untuk pertanyaan dan tempaahan sila hubungi +603-2716 1010 atau emel kepada info.kualalumpur@dorsetthotels.com
SELERA RAMADAN @ LA MAISON SILKA MAYTOWER KL & CURVZ CAFE @ SILKA CHERAS
Gabungan hidangan tradisi dan antarabangsa dari seluruh dunia bakal buat anda tenggelam dalam pilihan hidangan berbuka puasa di Silka Maytower dan Silka Cheras Kuala Lumpur. Antara hidangan yang bakal jadi pilihan tahun ini di Silka Maytower, Kuala Lumpur seperti 'Ekor Asam Pedas', ' Telur Itik Masak Lemak Cili Padi', 'Rendang Daging', 'Rendang Ayam' dan banyak lagi.
Sementara itu Silka Cheras mengetengahkan pilihan menu berbuka seperti Kambing Panggang bersama Nasi Briyani', 'Ayam Masam Manis', 'Lala Masak Halia,' serta istimewa 'Aiskrim Malaysia pelbagai Perisa'.
IMG_9268 IMG_9295 IMG_9270 IMG_9281 IMG_9278 IMG_9274 IMG_9280 IMG_9275 IMG_9271 IMG_9272 IMG_9276 IMG_9273 IMG_9279 IMG_9288 IMG_9289 IMG_9290 IMG_9267 IMG_9266
INFORMASI
Tema: SELERA RAMADAN @ LA MAISON, SILKA MAYTOWER, KUALA LUMPUR & CURVZ CAFE SILKA CHERAS, KUALA LUMPUR
Tempoh: 7 Mei 2019 - 4 Jun 2019
Harga: La Maison @Silka Maytower - Dewasa - RM85 Bersih / RM45 Bersih - Kanak-Kanak (6 hingga 12 tahun / RM60 Bersih - Warga Emas 60 tahun keatas
Curvz Cafe @ Silka Cheras - Dewasa - RM98 Bersih
Early Bird - Dewasa - RM65 Bersih (1 April 2019 - 3 Mei 2019/ stok baucar habis dijual)
Sepanjang Ramadan ini, Silka Maytower, Kuala Lumpur turut mengadakan 'Pakej Penginapan Magical Ramadan' 2 hari /1 malam yang bernilai RM180/seorang. Pakej istimewa ini termasuk penginapan, Bufet Sahur dan Iftar.
Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi :
Silka Maytower, Kuala Lumpur : +603- 2692 9298 atau emel kepada sales.maytower@silkahotels.com
Silka Cheras, Kuala Lumpur : +603- 9100 1133 atau emel kepada sales1.cheras@silkahotels.com
SAJIAN SELERA KAMPUNG @ CHECKERS CAFE & KAPITAN CORNER, SILKA JOHOR BAHRU
Briged Dapur di Checkers Cafe & Kapitan Corner Hotel Silka Johor Bahru, bergabung dalam menyediakan menu hidangan berbuka istimewa dengan tema tahun ini, 'Selera Kampung' yang mengumpulkan resipi keluarga chef dari bahagian Utara, Selatan, Tengah hingga ke Pantai Timur.
Pilihan hidangan seperti 'Steamboat' dan 'Celup-Celup' hingga ke 'Pasta' dan 'Kambing Panggang', 'Kuzi Kambing' dari Kelantan dan menu pilihan sepanjang masa 'Sup Tulang Rusuk 'Mamak Stlye', pasti membangkitkan selera ketika Iftar nanti.

INFORMASI
Tema: SAJIAN SELERA KAMPUNG @ CHECKERS CAFE & KAPITAN CORNER, SILKA JOHOR BAHRU
Tempoh: 7 Mei 2019 - 2 Jun 2019
Harga: Dewasa - RM60 Bersih / RM45 Bersih - Kanak-Kanak (6 hingga 12 tahun / RM30 Bersih - Warga Emas 60 tahun keatas
Early Bird - Dewasa - RM45 Bersih (1 April 2019 - 3 Mei 2019/ stok baucar habis dijual)
Selamat Berpuasa dan Menjamu Selera di bulan Ramadhan Al- Mubarak!

Comments