top of page

ASFARENA, DARI TUKANG JAHIT KE SECRETMODEST

Pada mulanya bukan minat menjahit tetapi selepas melangkau perjalanan yang menjadi seorang tukang jahit selama hampir 20 tahun, Asfarena Samion akhinya muncul dengan SECRETMODEST.


 Foto : Asfarena menunjukan beberapa buku yang ditulis beliau sendiri mengenai jahitan tangan


SECRETMODEST mengisahkan idea-idea rekaan dengan kreativiti penghasilan dari pembuatan kepada perincian yang dicipta khsusus untuk sesuatu rekaan yang akan dipamer untuk suatu suatu musim yang akan di ketengahkan.


Ia tidak dibuat dengan kuantiti yang banyak kerana penghasilannya adalah hasil kreativiti minda yang halus serta pembuatan yang rumit juga mengetengahkan jahitan Couture Haute di setiap rekaan, walaupun sepasang skirt.


Kerja kuat wanita ini telah mencurahkan ilmu dan tenaga dengan melatih serta menjadi tenaga pengajar dalam bidang jahitan tangan kepada lebih 5000 pelajar di Institut Jahitan milik beliau sendiri sejak tahun 2007.


''....Fokus dan dispilin dalam melakukan sesuatu kerja itu ada prinsip yang saya amalkan........'' Ujar Dato' Asfarena Samion, Pengasas SECRETMODEST.


Anak kelahiran Batu Pahat Johor ini dan juga Ibu kepada 5 orang anak ini mula menjadi tukang jahit hanya dirumah dengan upah jahitan serendah RM50.00 sehingga membuka butik sendiri di Kota Kemuning, Shah Alam.


Setiap rekaan Ready To Wear (RTW) menggunakan hasil jahitan tangan yang mampu memberikan kepuasan kepada para pelanggannya. Dengan adanya SECRETMODEST yang bergerak secara atas talian mampu memberikan kepuasan kepada para pelanggan tanpa perlu datang ke butik.


Baru-baru ini majlis pra pelancaran SECRETMODEST telah diadakan bersama pihak media dan memperkenalkan selebriti Salamiah Hassan selaku Ikon SECRETMODEST. Justeru itu setiap rekaan SECRETMODEST akan dipakai oleh Salamiah Hassan di setiap aktiviti persembahannya.


 Foto dari kiri : Salamiah Hassan dan Asfarena menandatangani kontrak kerjasama SECRETMODEST bagi tempoh setahun (April 2019 hingga April 2020)

Beliau berharap SECRETMODEST yang akan dilancarkan sepenuhnya pada pertengahan bulan Jun tahun ini akan membawa sesuatu yang baru dalam era rekaan fesyen dari hasil pembuatan dan gabungan teknologi terkini rekaan.


Untuk melihat rekaan premium sila layari https://secretmodest.my/


Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman sesawang SECRETMODEST dan juga di media sosial FB SECRETMODEST dan IG SECRETMODEST.COMYBUZZ!













Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page