top of page

THE TOP PENANG SAJIKAN SELERA MELAYU ASLI BUFET RAMADHAN 2019

Setiap kali musim Ramadhan teringat masakan Ibu semasa menjamu juadah berbuka puasa. Dengan itu The Top Penang melalui Umi Restaurant dan Top View Restaurant and Lounge akan menyajikan juadah berbuka puasa asli melayu sepanjang bulan Ramadhan tahun ini yang pasti menepati selera anda.


Umi Restaurant


Tatkala pemandangan indah Restaurant yang terletak di tingkat 59, anda pasti teruja sambil menjamu selera dengan masakan asli melayu. Set menu bufet akan dipelbagaikan setiap hari untuk menepati selera anda.


Bertemakan 'selera umi' di Umi Restaurant anda akan merasainya sendiri juadah seperti masakan ibu sepanjang bulan ramadhan tahun ini. Masakan membuak selera seperti Gulai Lemak Ayam Pedas, Rendang Daging, Sotong Goreng Masin, Daging Masak Hitam dan Kari Ayam Kapitan manakala Ikan masak Asam pedas yang merupakan hidangan wajib restoran harus anda mencubanya bersama nasi stim.


Bagi melengkapkan selera anda, hidangan pencuci mulut seperti pelbagai kuih muih melayu, Penang Famous Ais Kacang, sirap selasih, teh tarik dan sebagainya.



Top View Restaurant & Lounge


Sambil menikmati pemandangan Bandar Warisan Dunia Georgetown melalui masakan bufet ‘Chef Shaikh Fauzi Buka Puasa buffet’ pula di Top View Restaurant & Lounge pasti akan menambat selera anda dengan tawaran menu seperti Kepah Masak Lemak Cili Api, Udang Masak Assam, Ketam Masak Kari, Ayam Masak Merah, Ikan Masak Masak Masam Manis, Sayur Terung Goreng Berlada bersama-sama kehangatan Nasi Briyani atau Nasi Kerabu.


Hidang pembuka selera seperti Pasembor Pulau Pinang, Kerabu Ayam, Kerabu Kerang, Kerabu Pucuk Ubi, Thai Beef Salad dan juga Acar Buah-buahan. Selain daripada menu-menu di bufet utama, menu Kambing Golek, Ayam Percik, Tandoori Chicken, Mee Udang, Assam Laksa, Mee Mamak, Roti Jala, Ikan Bakar dan Bubur Lambuk juga dihidangkan. Pencuci mulut yang akan membuat anda terliur seperti Bubur Pulut Hitam, Pengat Ubi Keledek, pelbagai kek, puding dan Ais Krim.


Semua hidangan bufet di atas akan ditawarkan dengan harga diskaun sebanyak 20% tempahan sebelum 1 Mei. Set Bufet Ramadhan Selera Umi ditawarkan dengan harga RM68+ untuk dewasa dan RM58+ untuk warga emak dan kanak-kanak.


Manakala set Bufet Ramadhan 'Chef Shaikh Fauzi Buka Puasa' di Top View Restaurant and Lounge berharga RM98+ untuk dewasa dan RM68+ untuk warga emas dan kanak-kanak.


Selain menikmati hidangan berbuka puasa, anda akan dipersembahkan tarian tradisional melayu yang mempesonakan sepanjang bulan ramadhan ini.


Foto : Pihak Pengurusan Restoran bersama Penari Tradisional Melayu


Untuk tempahan, sila hubungi +604-262 3800 / +6017-529 6674 (Umi Restaurant) / +6017-336 8286 (Top View Restaurant) atau emel: sales@thetop.com.my. Laman sesawang www.thetop.com.my atau mengikuti mereka di facebook.com/thetopofpenang untuk info lanjut. MYBUZZ!





Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page