EVOLUSI PRODUK FLAVORISTA BUAT PELAJAR IPT
Isu kos sara hidup yang makin meningkat saban hari menjadi beban kepada golongan berpendapatan rendah terutamanya seorang pelajar itu merupakan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi.
FLAVORISTA dengan kajian sains dan teknologi menghasilkan produk pes makanan dalam bentuk serbuk (Paste Powder). Pihak syarikat berkeyakinan tinggi sekiranya dipasarkan kepada golongan mahasiswa akan mendapat sambutan yang menggalakkan kerana satu pek cuma berharga serendah RM3 hingga RM4 sahaja. Di samping itu pihak syarikat menjaminkan kualiti rasa dan juga makanan berkhasiat kepada golongan itu. Bukan itu sahaja yang penting mudah dibawa, ringkas nak sediakan dan senang nak memasak !!!!
Foto antara produk pes FLAVORISTA
MB berpandangan makanan segera seperti mee segera yang selalu menjadi makanan feveret pelajar mungkin akan beralih kepada membeli pes serbuk makanan untuk dijadikan menu seharian mereka.
Baru-baru ini FLAVORISTA telah mengadakan pra-pelancaran bersama pihak media telah memperkenalkan pek serbuk makanan FLAVORISTA dan membuktikan kejayaan mereka yang pernah tercatat di dalam Malaysia Book Of Records pada tahun 2017 bahawa dalam masa 30 minit sahaja sebanyak 30 menu hidangan lengkap dapat disediakan.
Sumber Foto IG @jomFlavorista
Sehingga kini lebih 100 jenis pek serbuk makanan FLAVORISTA telah dikeluarkan dengan pelbagai hidangan yang patut anda cuba. FLAVORISTA juga telah mendapatkan pensijilan HALAL daripada JAKIM dan pengesahan HACCP daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Encik Norisham Baharin , Pengarah Urusan FLAVORISTA sedang memegang produk syarikat beliau semasa majlis pra pelancaran baru-baru ini.
''... Kami menggunakan Sains dan Teknologi bagi menghasilkan pek serbuk makanan FLAVORISTA, tiada unsur kimia serta selamat dimakan... tambahan pula semua ramuan adalah ekstrak daripada bahan-bahan asli.....'' Ujar Encik Norisham Baharin, Pengarah Urusan FLAVORISTA.
'...FLAVORISTA baru sahaja bermula....fokus kami untuk terus mempromosikan produk kami untuk setanding dengan produk terkenal sama ada di dalam negara mahu pun di luar negara....kami juga percaya usaha yang baik berdasarkan prinsip ke arah kebaikan untuk rakyat Malaysia bagi merancakkan industri F & B...'' Tambah beliau lagi.
Tiga faktor kenapa anda harus pilih FLAVORISTA?
1. Segar & Bahan Asli - Terus dari ladang
2. Top Chef - Chef yang pernah memenangi anugerah
3. Tempahan atas talian 24/7 - penghantaran terus ke depan pintu rumah anda
Pihak syarikat juga terus komited akan memeterai beberapa perjanjian dengan supermarket atau hypermarket yang terkenal untuk mengembangkan produk FLAVORISTA.
Nak Cuba FLAVORISTA? Jom Klik flavorista.com.my
Untuk maklumat lebih lanjut atau mendapatkan produk FLAVORISTA, anda bolehla ke laman sesawang flavorista.com.my atau media sosial di FB @JomFlavorista dan IG @jomflavorista. MYBUZZ!