top of page

FORBIDDEN, KONFEKSI DURIAN CIGAR YANG PERTAMA DI MALAYSIA

Anda hantu Raja Buah iaitu Durian??? Kini Malaysia amat dikenali oleh masyarakat antarabangsa dimana merupakan negara pengeluar durian yang berkualiti dan mempunyai rasa buah Durian yang sedap dan enak.


Di pasaran kini durian-durian yang berkualiti tinggi seperti kategori D24 dan Musang King menjadi kegilaan orang ramai terutamanya sekali peminat durian yang sanggup berbelanja besar untuk mencuba durian tersebut. Dengan itu FORBIDDEN melalui kaedah inovasi dan teknologi terkini telah mengeluarkan konfeksi durian pertama di Malaysia dalam bentuk Cigar.


1 kotak Durian D24 Cigar yang mengandungi 20 paket


''...FORBIDDEN lahir dari rasa cinta kami terhadap durian. Kami berhasrat untuk membawa durian ke peringkat yang lebih tinggi melalui inovasi dan teknologi dengan dengan menggunakan bahan-bahan terbaik tanpa bahan tambahan, bermula dengan pemilihan durian terbaik yang diambil terus dari ladang-ladang di Pahang yang sememangnya terkenal sebagai pusat pengeluaran durian musang king terbaik...'' UJar Damian Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Sunny Food Lab Sdn Bhd.



Yang istimewanya Durian D24 Cigar ini sebelum anda makan pastikan anda bau terlebih dahulu cigar kemudian barulah merasainya sendiri.


Bentuk D24 Cigar


Ia juga merupakan projek antarabangsa SunnyHIlls pertama yang diwujudkan untuk menghargai durian sebagai raja buah dan untuk peminat durian di seluruh dunia.


FORBIDDEN dikilangkan di Taiwan dan dipaketkan di Singapura dan telah diedarkan serta mendapat sambutan yang hangat dari peminat durian dari Hong Kong, China dan Singapura. Damian Lee juga memberitahu pihak media bahawa FORBIDDEN akan dipasarkan di negara eropah seperti di Perancis dan syarikat percaya dan yakin konfeksi durian cigar ini akan mendapat sambutan yang mengalakkan di sana.


Perkataan atau jenama FORBIDDEN diilham daripada beliau sendiri dimana raja buah ini merupakan buah larangan untuk dibawa menaiki pesawat dan diletakkan di dalam kawasan berhawa dingin kerana baunya yang cukup kuat.


Selain itu, terbaru syarikat juga telah memperkenalkan inovasi durian musang king roll dan akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada tahun hadapan.


Semasa majlis sidang media berkenaan pihak media telah mencuba sendiri buat pertama kalinya Musang King Roll yang dibawa khas dari Taiwan.


MB telah mencuba sendiri Musang King Roll berperisa pandan diluar manakala diisinya durian musang king yang sangat sedap dan asli.


Damian Lee juga memberitahu pemilihan Taiwan sebagai pusat pengeluaran FORBIDDEN adalah kepakaran chef disana kerana mereka sangat berbakat menghasilkan produk yang berinovasi dan berteknologi.


Harga pasaran FORBIDDEN cigar D24 adalah RM83.00 yang mengandungi 20 paket cigar dan Musang King Roll seberat 1/2 kilo belum ditetapkan harga di Malaysia bagaimanapun telah mula dijual di Taiwan.


Pada masa sekarang, pengeluaran sebanyak 10 ribu paket cigar sehari manakala Musang King Roll sebanyak 300 roll sehari.


FORBIDDEN Cigar D24 telah mula dipasarkan di Malaysia dan anda boleh mendapatkannya di kedai-kedai SunnyHills dan secara atas talian di www.forbiddendurian.com. Sebarang info terkini anda bolehlah ke laman sosial media FORBIDDEN di FB Forbidden Durian & IG @forbiddendurian. MYBUZZ!








Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page