GULAI KAWAH TRADISI MASAKAN BERBUKA PUASA THE VENUE SHAH ALAM
- May 3, 2019
- 2 min read
The Venue Shah Alam sering menjadi sebuah lokasi yang tidak asing lagi bagi mengadakan majlis perkahwinan atau sebarang acara pelancaran dan sebagainya. Tahun ini sekali lagi The Venue Shah Alam menyediakan Bufet Ramadhan ala tradisi dan bertemakan 'Colors of Ramadhan' yang cukup lazat bagi menggamitkan para pengunjungnya.

Baru-baru ini MB bersama rakan-rakan telah mencuba hidangan preview ramadhan bagi merasainya sendiri keenakan juadah berbuka sepanjang bulan Ramadhan 2019.
IMG_9823 IMG_9824 IMG_9827 IMG_9857
Sedikit kelainan menu pada tahun ini menyajikan keaslian makanan melayu dengan keenakan kambing golek yang diperap dengan rempah istimewa dan juga makanan panggang BBQ antaranya Ikan, Ayam Bakar dan lain-lain.
Bagi MB sendiri anda patut cuba keenakan pelbagai jenis menu nasi yang disajikan seperti Nasi Arab, Nasi Briyani Bukhara, Nasi Tomato dan Nasi Minyak.
IMG_9866 IMG_9867 IMG_9865
Antara masakan lain yang akan membuat anda terliur seperti Ayam Cili Padi, Rendang Ayam, Ayam Percik, Ayam Masala, Kurma Ayam, Kari Ayam, Ayam Berlado, Ayam Kerutuk, Daging Gulai Kawoh, Daging Briyani, Daging Masak Lemak Cili Padi, Daging Masak Lada Hitam, Daging Kam Heong, Daging Baghdad dan sebagainya.
IMG_9869 IMG_9875 IMG_9878 IMG_9871 IMG_9872 IMG_9870 IMG_9874 IMG_9879 IMG_9873 IMG_9876
Selain itu juga menu Seafood Platter seperti Udang, Kepah, Lala dan Siput Buluh cukup buat anda fokus untuk mencubanya berserta dengan cucuk-cucuk steamboat dicicah dengan sos yang lazat.
IMG_9863 IMG_9877
Mengekalkan konsep keMelayuan pastikan akan ada kuih-muih melayu yang cukup sedap seperti Kuih Koci, Kuih Keria, Roti Jala, Popia Goreng dan sebagainya. Buah-buah kampung seperti Pisang dan Buah Nangka cukup mempersonakan anda. Minuman sejuk dan panas turut disediakan.
IMG_9868 IMG_9864 IMG_9880
Anda tidak perlu keluarkan belanja ratusan ringgit hanya untuk berbuka puasa menikmati juadah yang enak. The Venue Shah Alam pilihan terbaik anda!
Harga yang ditawarkan seperti berikut:
Dewasa - RM55.00
RM30.00 -kanak-kanak (7-12 Tahun)
* Kanak-Kanak di bawah umur 7 tahun adalah percuma
Bufet Ramadan di The Venue Shah Alam akan bermula pada 6 Mei hingga 1 Jun 2019 dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. Disamping itu, sambil anda menikmati juadah berbuka puasa persembahan LIVE Band akan mengiringi sebagai halwa telinga.
Jom tempah sekarang seperti di bawah.
No. Tel : 019-8585 825
Facebook : https://www.facebook.com/thevenueshahalam
Instagram : https://www.instagram.com/thevenueshahalam
MYBUZZ!

Comments