top of page

LULU ANJUR JUALAN SEMPENA RAMADAN, TAWAR 2 PROTON X70 UNTUK DIMENANGI



Keghairahan sambutan Ramadhan yang bakal disambut minggu hadapan dirancakkan lagi oleh Lulu Hypermarket & Departmentl Store, Kuala Lumpur dengan Jualan Ramadan yang telahpun berlansung sejak 1 May 2019 yang lalu dan bakal berlansung hingga 10 Jun 2019.


Destinasi membeli-belah terkemuka di ibu kota itu , kini sedang rancak menawarkan diskaun penjimatan sehingga 70% di seluruh bahagian termasuk fesyen, kasut, beg tangan, elektronik/IT, telefon pintar, kelengkapan rumah, peralatan rumah, permainan kanak-kanak dan juga bagasi.


Sementara itu, pengguna juga turut menikmati penjimatan besar atas pembelian barangan harian, runcit serta makanan/bukan makanan. Pasaraya Besar Lulu yang sememangnya sudah terkenal dengan seleksi terbaik untuk produk buah kurma, tahun ini turut menyediakan pelbagai varian buah kurma premium yang berkualiti tinggi serta diimport seperti Kurma Ajwa, Kudhri, Medjoul dan banyak lagi untuk semua pelanggannya bersempena dengan sambutan Ramadhan tahun ini. Semuanya boleh didapati pada harga yang berpatutan. Tidak dilupakan produk-produk 'roastery' termasuk pilihan kekacang premium bagi melengkapkan buka puasa anda.



Acara: Jualan Ramadan

Tempoh: 1 Mei - 10 Jun 2019

Lokasi: Seluruh bahagian

 

BAZAR RAYA



Buat masa ini juga turut berlansung ialah Jualan BAZAR RAYA yang telah diadakan sejak 12 April 2019 yang lalu dan bakal berlanjutan hingga 21 Mei 2019, bertempat di Ruang Promosi, Tingkat 2 Pasaraya Besar Lulu.


Di ruangan ini, orang ramai boleh mendapatkan barangan sebagai persediaan awal untuk sambutan Aidilfitri nanti. Pelbagai barangan kelengkapan serta peralatan rumah, barangan elektrik dan elektronik, kasut serta bagasi dikumpulkan dibawah satu bumbung dengan tawaran yang sukar dilepaskan. Antara jenama besar yang mengambil bahagian dalam promosi BAZAR RAYA kali ini antaranya Philips, Panasonic, Sony, Samsung, LG, Sharp, Tefal, JBL dan banyak lagi. Buatlah persedian awal untuk Hari Raya anda dengan mendapatkan diskaun potongan harga serta tawaran yang menakjubkan!


Acara: BAZAR RAYA

Tempoh: 12 April - 21 Mei 2019

Lokasi : Ruang Promosi, Tingkat 2

 

PERADUAN 'DRIVE DREAM CONTEST'



Merancakkan lagi promosi yang sedang berlansung, Lulu bakal menghadiahkan kepada 2 pelanggan bertuahnya dengan 2 buah kereta SUV terbaharu, Proton 70. Atas kejayaan dan sambutan hangat yang diterima semasa Kempen 'Shop & Win' tahun lalu, membuatkan pihak pengurusan Lulu mengadakan peraduan ini. Terdapat banyak hadiah lain menanti pelanggan bertuah seperti iPhone 7+, UHD LED TV dan baucar tunai Lulu.


Untuk penyertaan, setiap pelanggan dimestikan membuat perbelanjaan RM75 dan keatas didalam satu resit di mana mana bahagian di Lulu Hypermarket & Department Store disepanjang tempoh promosi berlansung mulai 1 Mei 2019 hingga 1 September 2019 untuk melayakkan diri menerima satu (1) kupon cabutan bertuah. Pelanggan dikehendaki melengkapkan butiran peribadi di atas kupon tersebut sebelum dimasukkan kedalam kotak yang disediakan. Mudah kan!!!


Pemilihan pemenang akan dibuat dalam 2 peringkat berasingan. Peringkat pertama akan diadakan pada 5 Julai 2019 dan pemilihan seterusnya pula pada 6 September 2019. Pelanggan boleh merujuk kepada perkongsian promosi peraduan ini di akaun FB Lulu, poster dan bahagian khidmat pelanggan untuk terma serta syarat peraduan.


Acara: Peraduan 'Drive Dream Contest'

Tempoh: 1Mei - 1 September 2019

 

PROMOSI MINGGUAN LULU

Pihak Lulu Hypermarket & Department Store juga turut mengadakan promosi mingguan dimana pelanggan boleh menikmati diskaun untuk barangan segar, makanan panas, kek dan roti serta barangan runcit terpilih selain item dalam bahagian lain disepanjang promosi berlansung. Jadi jangan ketinggalan untuk merebut tawaran ini. Jadilaah pengguna bijak dan berbelanja di Lulu Hypermarket & Department Store

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page