1 JUTA KOLEKSI RAYA JAKEL UNTUK DIREBUT
Diam tak diam kita tinggal 2 hari menjelang ke bulan Ramadhan, MB percaya setiap umat Islam khususnya di Malaysia sibuk menyediakan persiapan dan pastinya inginkan baju-baju raya koleksi terbaru untuk menyambut lebaran nanti.
Dengan slogan JAKEL Barulah Raya, JAKEL MALL Kuala Lumpur hari ini telah melancarkan buat pertama kalinya kempen raya tahun 2019 dengan memperkenalkan 1 juta koleksi pakaian bagi megindahkan pagi hari raya anda nanti.
Kemunculan Duta-Duta Raya Jakel pada tahun ini akan menjadi akan membuatkan anda teruja untuk memilih baju-baju raya yang sesuai dan selesa serta kain yang bermutu tinggi. Antara Duta-Duta Raya Jakel yang terpilih tahun pasti mengekalkan Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana (SchAwaLara) dan Ayda Jebat serta sekeluarga Hairul Azreen, Hanis Zalikha dan juga Yusuf Iskandar.
Selain itu, Duta Raya terbaru Abam Bocey juga menghiasi bagi pakaian-pakaian plus size. Tidak ketinggalan juga figura kartun terkenal Malaysia Upin & Ipin turut mendapat perhatian mempromosikan koleksi raya tahun ini.
Inisiatif ini juga menjadikan Jakel sebagai 'One Stop Centre' di mana ia dapat memudahkan para pelanggan mendapatkan semua koleksi pakaian raya berjenama selebriti ini di bawah satu bumbung. Jakel juga ingin memastikan para pelanggan merasai 'sense of belonging' ketika berbelanja .
'' ...Tahun ini hampir 100 ribu pasang dibuat untuk bagi setiap koleksi raya dan sebanyak 1 juta koleksi baju raya untuk dipilih oleh para pelanggan Jakel.....'' Ujar Datuk Hj Mohamed Faroz Mohamed, Pengarah Urusan Jakel ketika bercakap semasa sidang media hari ini.
''...Tahun ini Jakel mensasarkan peningkatan jualan sebanyak 10%-15% berbanding tahun lepas...'' Tambah beliau lagi.
Pada majlis hari ini Jakel turut mengadakan jualan 'Happy Hour' untuk koleksi pakaian raya dimana setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi raya mereka dengan harah runtuj khas untuk pelanggan Jakel,
Majlis turut bertambah erti dengan memberikan sumbangan hari raya kepada golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang dan juga OKU penglihatan. Ini juga merupakan usaha dan platform Jakel bagi mendekati golongan yang kurang berkemampuan.
Foto sekitar Majlis Pelancaran Koleksi Raya bersama Duta Raya Jakel
MEMBELI-BELAH SECARA ATAS TALIAN DI WWW.JAKELSTORE.MY
Pada majlis yang sama Jakel turut melancarkan jualan secara atas talian buat pertama kalinya. Atas pemintaan para pelanggannya, platform ini adalah usaha ke arah perniagaan pendigitalan Jakel bagi memudahkan para pelanggan mendapatkan produk pakaian Jakel hanya dihujung jari. Kesemua produk Jakel kini boleh dibeli menerusi carian di www.jakelstore.my. Lebih menarik lagi jualan happy hour juga akan dilakukan secara atas talian.
Ini juga menjadikan Jakel lebih berdaya saing dalam memenuhi kepuasan para pelanggannya dan memperluaskan lagi segmen pamasaran Jakel.
Nantikan dan layari www.jakelstore.my !!!
EVOLUSI PAKAIAN RAYA JAKEL TAHUN INI
Saban tahun Jakel sentiasa akan memberikan kelainan ke atas pakaian raya mereka. Tahun ini, Jakel merevolusikan perincian zip disisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (Sleeve). Selain daripada aspek kemasan, Ini juga dapat memudahkan si pemakai mengambil wuduk (Wuduq Friendly). Ini dapat dilihat dengan koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dan Awal Ashaari.
Koleksi Baju Raya Aaron Aziz masih mengekalkan konsep kekemasan dan keselesaan manakala Koleksi Hairul Azreen diperkemaskan dengan jahitan tangan di bahagian kolar serta potongan teluk belangga.
Jangan risau untuk yang bersaiz plus, Jakel turut menyediakan sehingga 7XL bagi memenuhi pemintaan pelanggan.
Koleksi Kurta raya juga amat menarik dan menjadi trend kepada golongan muda masa kini yang tidak mahu lagi berpakaian baju melayu penuh. Mereka juga selesa memakai kurta pada hari raya untuk bertandang ke rumah sanak saudara dan menghadiri majlis-majlis rumah terbuka. Kurta ditawarkan dengan harga serendah RM39 sahaja.
Begitu juga dengan koleksi Baju Kurung, Jakel masih mengeluarkan koleksi Baju Kurug di bawah jenama Scha Al Yahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha. Berkonsepkan Kurung moden yang sesuai dengan penampilan atau citarasa terkini para wanita. Terdapat juga perincian zip di lenggan baju kurung wanita.
Foto Para Pengunjung menyerbu dan memilih koleksi pakaian raya selebriti Jakel di Jakel Mall Kuala Lumpur
TIdak ketinggalan dengan koleksi baju raya kanak-kanak yang masih dikekalkan di bawah koleksi Upin Ipin. Setiap pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin yang dijual turut diberi percuma kain samping dan butang baju melayu. Jakel juga mengekalkan koleksi Yusuf Iskandar dan Lara Alana bagi koleksi pakaian raya kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Sebarang info lanjut mengenai kempen Jakel Barulah Raya, anda boleh mengikuti info terkini Jakel di media sosial seperti IG @Jakeltextile dan FB @GedungTekstilJakel. Pastikan anda hastage Jakel #jakelbarulaharaya #ingatrayaingatjakel #seronoknyarayajakel. MYBUZZ!