top of page

45 SELEBRITI 'BUKA KEDAI' DI FESTIVAL BELI BELAH GEGAR GEMPAK RAYA 2019



Warga KL dan Selangor umumnya pastinya gembira apabila satu lagi festival beli-belah sempena Aidilfitri bakal di anjurkan di MAEPS, Serdang. Festival Gegar Gempak Raya 2019 yang julung kali dianjurkan oleh Aisy Azka Event Mangement Services bagi memenuhi permintaan pengunjung yang ingin mencari keperluan untuk sambutan lebaran kelak.


Festival Gegar Gempak Raya 2019 bakal dibuka kepada umum dan beroperasi selama 72 jam tanpa henti mulai awal pagi Jumaat , (00:01pagi 24/05/2019 dan dijangka berakhir pada tengah malam Ahad, (26/05/2019) . Festival edisi sulung ini juga bakal mencipta rekod tersendiri didalam 'Malaysia Book of Record' dalam usaha untuk memecahkan rekod sedia ada bagi 'Largest Food-truck Gathering' dimana sebanyak 150 pengusaha trak makanan akan dikumpulkan. Fiesta trak makanan ini akan berkampung di MAEPS selama 3 hari dan bakal beroperasi dari jam 4 petang sehingga 5 pagi.


Sementara itu konsep yang dibawakan sempena festival ini merupakan konsep beramal sambil berniaga serta mesra ibadah disamping memberi manafaat kepada pengunjung dan peniaga. Pihak penganjur juga tidak lupa untuk menyediakan kemudahan untuk orang ramai menunaikan solat terawikh secara berjemaah sebelum kembali dengan aktiviti beli-belah persiapan lebaran.



Antara kelainan yang bakal diadakan bagi menarik minat pengunjung adalah seperti aktiviti 'Kongsi Kebahagiaan' - program rewang memasak bubur lambuk, menganyam ketupat dan memasak rendang. Selain itu turut diadakan nanti berbuka puasa 'piknik' dan acara Jom Sahur yang dibawakan khas bersama VIP dan penaja makanan; Arabic Kitchen. Selain itu turut diadakan nanti sesi jualan kilat yang bakal diadakan setiap 4 jam serta program pentas yang bakal di acarakan oleh hos terkenal Vivieanna Abdullah yang juga lebih mesra dengan panggilan Kak Vie.


Seramai 45 selebriti tempatan akan turut serta dalam festival kali ini. Setiap selebriti akan diberikan tapak (booth) yang ditempatkan di setiap barisan bersama usahawan yang lain bagi mempromosikan produk-produk jualan mereka. Antara selebriti yang bakal bersama di sepanjang festival berlansung seperti Achey Bocey, Alif Satar, Angah Raja Lawak, Ariff Aziz, Arja Lee, Ashraf Muslim, Ayu Damit, Badrul Muhayat, Black Hanifah, Danny X-Factor, Deja Moss, Elyana, Erni Zakrie, Ezzaty Abdullah, Herieyanto Hassan, Hazan Scan, Izzue Islam, Kapten Mohd Nor, Maria Tunku Sabri, Maznah Zulkifli, Nabil Ahmad, Nina Fazurina, Nina Iskandar, Nizam Rahman, Noraniza Idris, Putra Amaris, Qazem Nor,Rashid Jaafar, Reyhana, Riezman Khuzaimi, Roslan Syah, Rozita Che Wan, S. Mariam, Shafiqcute, Sharnaaz Ahmad, Siti Fairus, Syamel, Syed Ali, Zain Saidin, Zaiton Sameon, Zazly Baginda, Zoey Rahman, Faye Khusyairi dan Risteena.


Sehingga majlis pelancaran ini, sebanyak 90 peratus dari jumlah keseluruhan tapak jualan telah berjaya dijual. Usahawan yang masih tercari-cari tapak untuk berniaga adalah dipelawa dengan harga tawaran diantara RM2700 hingga RM3500. Untuk sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut, sila hubungi:


Encik Anuar Mohd Azmi

Pengarah Urusan,

Aisy Azka Event Management Services

Tel: 03-80517500 / 014- 3208557

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page