BERITA TV9 KINI BERWAJAH BAHARU
Bermula hari Jumaat, 3 Mei lalu, Berita TV9 telah bersiaran dengan imej baharu yang lebih segar dan dinamik. Dengan menampilkan logo baharu yang mencerminkan persembahan berita mutakhir nadi kehidupan rakyat, Berita TV9 juga bersiaran di dalam set studio baharu.
Set studio yang direkabentuk oleh Team Pereka Multimedia Jabatan Berita dan Hal-Ehwal Semasa (NCA) sendiri, ia menampilkan identiti yang lebih kontemporari. Latar studio menggandingkan rekaan corak geometrik dan panorama Putrajaya. Studio Berita TV9 kini juga dilengkapi lebih banyak skrin televisyen bagi persembahan visual dan grafik yang lebih mesra penonton.
Pereka yang bertanggungjawab menghasilkan rekabentuk studio dan rekaan grafik baharu ialah Fadznur Idza Ali Azhar, Syed Ahmad Nabil Khalaf Syed Ismail Al-Qadri, Norlaili Abd Halim dan Zairy Zainal Abidin.
Dari segi kandungan, Berita TV9 berusaha menyajikan penonton dengan berita terkini yang dekat di hati rakyat dengan beberapa segmen mingguan.
Setiap hari Ahad - Sukan Bersama Mike diperkenalkan dalam berita utama jam 8 malam. Segmen ini bukanlah laporan sukan seperti biasa kerana wartawan bertugas, iaitu Mike atau nama sebenar Mohd Hazreen Nor Mubarak akan melaporkan perkembangan ahli sukan dan pelbagai aktiviti sukan dari sisi berbeza.
Setiap hari Isnin - Segmen ‘Bijak Belanja’ diperkenalkan untuk memberi idea kepada orang ramai tentang cara menjimatkan perbelanjaan termasuk pengurusan pinjaman dan penipuan atas talian.
Setiap hari Khamis - Berita TV9 memperkenalkan Segmen ‘Cari Pahala’ yang memuatkan kegiatan umum yang dapat memberi manfaat kepada insan lain. Bukan sekadar membantu orang kurang bernasib baik tetapi juga kegiatan amal dan sikap baik yang ditonjolkan masyarakat umum.
Setiap hari Sabtu - Segmen ‘Pintu Rezeki’ diperkenalkan sebagai platform untuk memberi inspirasi berdasarkan pelbagai usaha orang ramai menyara hidup selain bagaimana mereka melalui saat-saat sukar sebelum berjaya dalam usaha tersebut.
Selain daripada segmen menarik ini, TV9 turut memperkenalkan seorang penyampai berita baharu Ahmad Barr Zainal Abidin, 24 tahun. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Dengan Kepujian) Kewartawanan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan telah bertugas di unit Digital, NX. Beliau telah membuat penampilan awalnya dalam bidang kewartawanan penyiaran dalam segmen ‘Siasat Bajet’ di laman rasmi Youtube Berita TV3.
Program-program Berita TV9 merangkumi tiga program iaitu:
Program-program berita TV9 masih mengekalkan penyampai beritanya seperti Amin Hayat Abdul Rahim, Zuhaira Mustafa Al Hussin, Affizza Azmi, Suzila Idayu Yaacob, Zaira Sri Zakaria, dan Taufek Mohd Noh. Jangan lupa saksikan Berita TV9, Detik ini, dan Global mengikut waktu-waktu siaran yang telah dijadualkan seperti diatas. Dapatkan maklumat lanjut program-program Berita TV9 ini di tonton extra (www.xtra.com.my) serta ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter TV9 Malaysia (@tv9malaysia) untuk mengetahui perkembangan terkini.