top of page

HARAPAN BESAR MONOLOQUE DISEBALIK 'LANGGAR LARI'

Dengan kelahiran single terbaru monoloQue yang diberi nama “Langgar Lari”, teraju utamanya loQue atau nama sebenarnya Khairil Ridzwan berimpian ingin mempopularkan kembali bahasa Malaysia yang klasik bergaya digabung muzik moden. Rata-rata ramai generasi kini yang meminggirkan bahasa Malaysia dan lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris dalam percakapan seharian sekaligus menghakis identiti kita sebagai orang Malaysia kerana bahasa itu juga sebahagian dari jati diri. Ini adalah amanat yang loQue mahu jaga untuk generasi masa depan dan legasi untuk anak-anaknya.


Jika melihat “Langgar Lari” dari definisi dari Kamus Dewan, ia perbuatan melanggar (di jalan raya) kenderaan lain, orang, dan sebagainya, tanpa menunggu atau membuat laporan polis; tapi loQue melihat dari perangai orang sekarang yang suka membuat hal tanpa rasa bersalah dan melanggar tanpa hirau akan adat serta tatatsusila. Jika ini masyarakat kita, bagaimana kita mahu membangun Malaysia baru ke tahap minda dan budaya diangkat tinggi.


Lagu ini yang disimpan oleh loQue sejak era Myspace tahun 2006 adalah satu eksperimen tentang penggayaan Bahasa Malaysia dalam penulisan lirik selepas keajaiban album Selamat Tinggal Dunia (keluaran tahun 2005), album penuh Bahasa Malaysia oleh Butterfingers. Ini menjadi batu loncatan loQue mengasah ketajaman kosa kata dan ayat Bahasa Malaysia untuk menggambarkan apa yang terpendam tentang masyrakat kita yang tidak selesa memberi penghargaan kepada pemuzik kita bila dipentas. Luahan loQue boleh didengari daripada lirik;


“Trima kasih krana memberi perhatian, Smasa aku menyanyi, Dengan penuh prasaan, Dan jiwa raga”


Ini bukan untuk meraih simpati agar beri tepukan gemuruh sambil berdiri dengan sorakan kerana muzik akan tetap diperjuang dan dengan penuh rendah hati loQue mengucapkan terima kasih pada mereka yang “memberi perhatian dan mendengar” semasa persembahan di pentas, mencurah rasa dan jiwa tapi penonton buat tak peduli. Ada peminat-peminat mengatakan bahawa muzik monoloQue adalah dari hati dicampur dengan situasi semasa kemudian ditokok dengan mesej makan dalam. Ini dilihat daripada penggunaan bahasa seperti;

“Malam masih muda, Hisap darah muda, Bidadari Kota,


Oh Ramai Hantu ! Duduk bawah lampu ! Itu khidupan Hutan Batu...”

...yang menggambarkan kehidupan masyarakat di kota metropolis dengan “bidadari kota” suatu metafora tentang gadis-gadis berkeliaran mencari keseronokan semalam dan “ramai hantu duduk bawah lampu” adalah kiasan jejaka-jejaka yang berpeleseran tanpa hala tuju. Sebagai seorang anak seni ini adalah pemerhatian yang diambil menjadi bait-bait lagu walau ia mungkin mengusik jiwa sesiapa. Bila mendengar dengan teliti, ia ibarat mengupas bawang selapis demi selapis, penuh tersirat daripada yang tersurat.


Sekali lagi membuktikan bahawa monoloQue adalah kumpulan yang suka membuat sesuatu berbeza dengan cara pembikinan “Langgar Lari” yang dirakam dalam masa SATU hari di mana semua ahli kumpulan dikurung di dalam studio rakaman di Jakarta. Boleh dikatakan proses ini agak rumit dan memenatkan tapi ini situasi biasa dilihat tahun 80an dan 90an dimana kumpulan ternama akan merakam lagu dalam satu sesi sahaja. “Bila dua atau tiga instrumen dimainkan bersama, gelombong-gelombang bunyi bertemu, tenaga menjadi satu, inilah keAJAIBan bunyi yang tercipta bila semua ada bersama dan tak mungkin boleh terjadi jika hanya dirakam instrumen satu-persatu. Lepas selesai rakam kami semua memang lunyai tapi pengalaman ini memang tak ternilai”, kongsi loQue yang baru-baru ini dinobatkan sebagai pemenang lagu tema terbaik dengan Atma Jiwa (Filem: Buskers) di Festival Filem Malaysia ke 30.

Berada di Jakarta, Indonesia juga menyuntik inspirasi pada loQue dan teman di mana semangat nasionalisme dan memartabatkan budaya amat tinggi di kalangan muda mudi mereka. Ini dilihat bukan hanya daripada hasil seni yang dihasilkan tetapi juga bagaimana masyakat hargai karya-karya tempatan dan bangga dengan hasil anak bangsa. Alangkah bagus jika ini dapat diterjemahkan dalam penghargaan muda mudi pada muzik kita pasca Malaysia baru.


Pendengar dan peminat muzik monoloQue akan disajikan dengan pelbagai variasi dan interprestasi “Langgar Lari” yang terhasil daripada uji kaji berkali-kali oleh loQue di Makmal Kampung Batu, studio muzik dan juga ibu sawat untuk segala kegiatan muzik monoloQue. Segala yang ada dalam pustaka simpanan loQue dengan “Langgar Lari” sepanjang berbelas tahun ini telah tersedia disajikan di semua gedung digital bermula sejak 22 Mac 2019 yang lalu untuk kesedapan halwa telinga kawan-kawan, peminat-peminat, dan para-para pengkritik.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

photo_2018-08-14_16-44-22.jpg

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

photo_2018-08-14_16-46-18.jpg

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.

bottom of page