top of page

RAIKAN AIDILFITRI BERSAMA SSF


Menjadi idaman semua untuk tampil indah dan bergaya di hari lebaran . Bukan sahaja penampilan diri yang menjadi keutamaan, begitu juga dengan penampilan setiap ruang dirumah kita pastinya ada dekorasi baru, warna cat dan kertas dinding, langsir serta sarung kusyen juga karpet mahu diganti bagi memastikan sambutan lebaran sempurna bukan sahaja untuk kepuasan diri sendiri malah bakal jadi pujian tetamu yang datang bertandang.


Menjelang kehadiran Syawal tidak lama lagi, gedung perhiasan rumah ternama SSF yakin bahawa persiapan raya pasti tidak akan lengkap tanpa hiasan kediaman yang sempurna. Untuk itu baru-baru ini, SSF telah mengadakan satu 'Bengkel Istimewa Raya' di gedung SSF yang terletak di Viva Homes Shopping Mall, Cheras.


Semua pelanggan yang berkungjung ke SSF pada hari tersebut, berkesempatan menyertai bengkel yang dikendalikan oleh Pengarah Seni Promosi Produk Visual SSF, En. Danny Lock yang memiliki kepakaran dan pengalaman luas dalam menyerlahkan lagi kesenian serta inspirasi di sebalik setiah hiasan rumah, gubahan bungan serta susun atur produk di semua gedung SSF.


Bengkel Istimewa Raya SSF memberi peluang kepada pengunjung untuk mempelajari seni gubahan bunga, bermula dari pemilihan jenis bunga yang sesuai untuk setiap ruang dan sudut rumah serta tema acara. Dengan pemilihan serta susun atur yang tepat , gubahan bunga yang ringkas, secara estetiknya dapat menyerlahkan keindahan sesuatu ruang.


Dalam sesi tersebut Encik Danny berkongsi dengan semua peserta teknik bagaimana untuk menghasilkan 3 gubahan berlainan untuk menghiasi meja makan utama, meja konsol dan meja ruang tamu. Peserta juga diajar bagaimana cara-cara yang betul untuk membersihkan bunga-bunga hiasan selain tips untuk menjadikan bunga-bunga nampak 'hidup'.


Penganjuran bengkel ini merupakan sebahagian dari aktiviti promosi Raikan Raya Bersama SSF yang sedang berlansung sejak 20 Mei 2019 hingga 22 Jun 2019. Sepanjang promosi berlansung, pengunjung bakal menikmati diskaun menarik sehingga 30 peratus untuk kesemua barangan perhiasan rumah, langsir, karpet serta perabut. Bengkel Istimewa Raya SSF seterusnya dijadualkan berlansung pada 26 Mei 2019 di The Mines Mall, Seri Kembangan.

 

Mengenai SSF


Sejarah SSF bermula sebagai penjual barang-barangan membuat pakaian di Kepong dan kemudiannya sebagai pemborong bunga tiruan. Perniagaan tersebut seterusnya berkembang menjadi sebuah jenama terkenal hingga kini.


Sehingga kini, SSF telah memiliki sebanyak 37 rangkaian gedung dengan keluasan ruang runcit melebihi 800,000 kaki persegi. Keunikkan SSF terletak pada setiap ruang pameran di setiap gedungna yang memaparkan beraneka idea kreatif berkaitan gaya rekaan hiasan dalaman.


Ruang-ruang yang disusun rapi membolehkan pelanggan mengalami pengalaman serta menilai sendiri estetika ruang kediaman yang mengagumkan dan dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi untuk kediaman mereka sendiri. SSF menawarkan lebih dari 30,000 pilihan produk yang terbahagi kepada 12 kategori pada harga berpatutan.


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page