top of page

JOM BERJIMAT DI BAZAR RAMADAN RANTAIAN KASIH HABIB 2019


Habib kini sedang mengadakan Bazar Ramadan sebagai acara kemuncak Kempen Rantaian Kasih bersempena sambutan Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi serta dalam masa yang sama sebagai tanda penghargaan buat pelanggan seti mereka yang senentiasa memberi sokongan.


Sempena Aidilfitri 2019, Habib yang merupakan jenama terkenal yang cukup sinonim dengan pembuatan barang kemas mewah mempersembahkan koleksi Rantaian Kasih yang berinspirasikan motif seni kraftangan batik yang telah diberi nafas baru menerusi suntikan elemen kontemporari.


"Habib memakan masa bertahun-tahun lamanya, bertungkus lumus untuk menghasilkan barang kemas yang terbaik untuk para pelanggan. Seperti batik, ia memerlukan kepakaran serta pengetahuan yang dipelajari dan ditambah baik dari generasi ke generasi. Batik dan barang kemas masing masing berkongsi nilai estetik yang serupa, dari tona warna hinggalahke motif bunga yang diguna pakai dalam setiap rekaan cincin, rantai tangan dan leher serta subang disamping berlian dan batu permata," terang Yasheedah Yashaiya, Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Kumpulan Habib.


Bazar Ramadan Habib 2019 berlansung dari 24 sehingga 26 Mei 2019. Acara jualan hujung minggu 3 hari berturut-turut ini menawarkan diskaun tambahan antaranya potongan sehingga 70%untuk barangan berlian dan batu permata terpilih. Selain itu, pelanggan Habib turut bakal menikmati potongan sebanyak RM10 - RM25 segram untuk emas 916/999 terpilih disamping kadar tukar-beli yang tertinggi.


100 pelanggan pertama berpeluang untuk memiliki loket dengan harga serendah RM89. Promosi ini turut berlansung di 14 ruang pameran terpilih Habib di seluruh negara,


"Kami mengalu-alukan kehadiran semua pelanggan ke acara tahunan yang diadakan setahun sekali ini. Koleksi Raya Habib juga boleh didapati di semua 30 ruang pameran Habib diseluruh negara mulai 24 Mei sehingga 4 Jun 2019. Marilah beramai-ramai berkunjung ke Habib untuk penjimatan hebat dan menyerikan lagi raya anda tahun ini," tambah Yasheedah Yasyaiya lagi.


Sepanjang berlansungnya Bazar Ramadan Habib, ruang pameran cawangan Ampang akan melanjutkan waktu perniagaan sehingga ke tengah malam. Sesi yang turut dikenali sebagai "Singgah Sahur" ini bakal menyediakan juadah untuk pengunjung yang ingin singgah selepas selesai ibadah terawikh. Bagi pelanggan yang membuat pembelian bernilai RM2000 keatas dalam satu resit pula bakal menerima hadiah misteri daripada Habib.



Bagi menyemarakkan lagi Kempen Rantaian Kasih, Habib telah melantik selebriti Rozita Che Wan bersama siciliknya, Aisyaah Dhia Rana sebagai duta. Pemilihan duo ibu dan anak ini sangat bertepatan dengan dengan nilai murni yang ingin diketengahkan iaitu kasih sayang diantara ahli keluarga. Sesi beramah mesra bersama peminat dan pelanggan Habib diserikan lagi dengan kehadiran selebriti termasuklah Mawi dan isteri, Ifa Raziah, Nabil Mahir, Zain Saidin dan Ruhainies.

 

GALERI | PELANCARAN BAZAR RAMADAN RANTAIAN KASIH HABIB 2019

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page