top of page

DIDI & FRIENDS MERIAHKAN SAMBUTAN AIDILFITRI DI QUILL CITY MALL


Bersempena sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri 2019, Quill City Mall Kuala Lumpur, telah melancarkan kempen Raya pusat beli belah tersebut yang telah berlansung sejak 23 Mei hingga 9 Jun 2019 dengan tema Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends.


Kempen Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends ini telah dirasmikan secara bersama oleh Yang Berbahagia Dato’ Ar. Michael Ong, Pengarah Eksekutif Kumpulan Quill, Ng Chee Kheong, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Syarikat Quill, Encik Alan Cheong, Pengurus Pusat Quill City Mall Kuala Lumpur dan Joseph Teo, Naib Presiden, Pemasaran Quill City Mall Kuala Lumpur. Pada majlis tersebut juga pihak pengurusan Quill City Mall turut merasmikan Program We “Sea” Your Wish, sebuah Initiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) yang akan diadakan sepanjang tempoh kempen berlansung .


Dengan inisitaif ini, para pengunjung akan berpeluang untuk menyumbang kepada Rumah Anak Yatim Yayasan Chow Kit dengan menunaikan impian mereka menerusi kad ucapan yang dipamerkan di We “Sea” Your Wish Display Area di Atrium Utama, Aras Bawah.


"Kami berharap dengan program ini, kanak-kanak dapat bergembira dan menggalakkan orang ramai untuk turut serta dalam festival keamanan, refleksi dan dipenuhi dengan kebaikan; sambil mengingati mereka yang kurang bernasib baik di dunia. Seperti biasa, kami ingin sebarkan kasih sayang dan kegembiraan kepada mereka yang kurang bernasib baik sebagai kenangan Hari Raya yang tidak akan dilupakan pada tahun ini,” kata Dato’ Ar. Micheal Ong, Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Quill.

 

Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends


Didi & Friends merupakan salah satu produk Digital Durian, sebuah program TV kanak-kanak popular yang berteraskan pendidikan, interaktif dan nyanyian menarik termasuklah bercerita untuk kanak-kanak. Dengan kejayaan dan sambutan pengunjung semasa Karnival 1 Bilion Didi & Friends pada September 2018 di Quill Convention Centre, dijangkakan kanak-kanak dan keluarga bakal menikmati sambutan istimewa Hari Raya bersama Didi & Friends ini.


Tahun ini, kempen raya Quill City Mall bertemakan pengembaraan Didi & Friends ke pantai; satu tema yang santai dan tenang dengan gabungan elemen sambutan Raya secara tradisional dan moden. Dikelilingi dekorasi warna-warni lampu di Atrium Utama, rumah pantai, pokok kelapa, pemandangan laut yang visualistik, dan potongan papan Didi antara dekorasi Raya yang tidak boleh dilupakan. Kawasan bertemakan pantai di Atrium Utama di khususkan untuk keluarga dan kanak-kanak berbuka puasa sambil bersantai di tepi pantai dengan dihiasi beg kekacang (bean bag) yang berwarna-warni. Konsep terbuka dan bebas ini membolehkan kanak-kanak berkumpul dan bersosial antara satu sama lain dengan dikelilingi koleksi fesyen terbaharu.


Sepanjang kempen berlansung, pengunjung yang membeli belah di Quill City Mall bakal menikmati kemudahan parkir percuma. Pengunjung hanya perlu mencari dan mengimbas poster Scan Me QR Code mnggunakan telefon pintar mereka. Pada hari biasa, pengunjung dapat menikmati kadar parkir percuma untuk 2 jam yang pertama dan PERCUMA pada hujung minggu.


Pengunjung yang ingin mencari persalinan baharu sempena sempena Hari Raya ini, boleh mendapatkan koleksi baju raya yang menarik yang ada dijual di reruai (booth) Raya kami. Reruai fesyen Raya ini terletak di Main Atrium Quill City Mall KL. Pengunjung boleh mendapatkan fesyen terbaharu sempena Hari Raya, disamping merakam gambar dan berkongsi bersama rakan-rakan. Selain itu, barangan Didi & Friends juga akan dijual sepanjang kempen ini di Foyer Pintu Masuk Utama, Aras Bawah.

 

Untuk menyertai We “Sea” Your Wish:

  • Pilih satu (1) daripada kad ucapan kanak-kanak.

  • Tulis mesej anda pada bahagian belakang kad.

  • Hantarkan kad ucapan tersebut bersama hadiah ke Kaunter Khidmat Pelanggan.

Pihak pengurusan Quill City Mall akan membantu pengunjung untuk menyerahkan hadiah kepada kanak-kanak pada akhir kempen nanti.

 


Penampilan Maskot Didi & Friends


Bagi memeriahkan lagi Kempen Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends, Maskot progrm popular tv tersebut akan membuat penampilan dan persembahan istimewa pada setiap hujung minggu sehingga tamat tempoh kempen di Atrium Utama, Aras Bawah. Peminat Didi & Friends juga berpeluang bertemu dengan karakter kegemaran mereka, merakamkan gambar, menyanyi serta menari bersama Didi & Friends.


Pertandingan dan Promosi Hari Raya


Pihak pengurusan Quill City Mall turut mengadakan pertandingan foto “Spot Didi & Friends” yang mana para pengunjung boleh menikmati momen bermakna dengan merakamkan gambar bersama rakan-rakan dan keluarga pada Hari Raya ini. Hiasan menarik dan terbaharu disediakan semata-mata untuk rakaman gambar. Pertandingan ini berlangsung dari 23 Mei hingga 9 Jun 2019, satu gambar hanya sah untuk satu penyertaan, pengunjung dibenarkan untuk masuk tanpa had.


Syarat Dan Terma Peraduan Cari Didi & Friends di Quill City Mall KL:


  • Pos gambar anda bersama Didi & Friends dan dekorasi Hari Raya di Facebook.

  • Letakkan tanda pagar #RayabersamaDidiandFriends dan tag @Quill City Mall KL.

  • Pastikan hantaran anda sudah disetkan kepada ‘Public’.

TIGA (3) pemenang dengan gambar yang paling kreatif akan memenangi baucar tunai MR D.I.Y bernilai RM300.00 seorang.



Selain dari itu, turut diadakan pertandingan Makan, Minum, Main dan Menang (MMMM) yang berlangsung dari 18 Mei hingga 31 Julai 2019 yang menampilkan 2,000 hadiah berbeza seperti tiket wayang PERCUMA, baucar membeli-belah, makanan ringan, permainan kanak-kanak dan hadiah misteri untuk dimenangi. Orang ramai hanya perlu datang dan berbelanja untuk keperluan Hari Raya anda di Quill City Mall KL dan berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada pemenang bertuah yang akan memenangi pelbagai hadiah menarik.



Syarat Dan Terma Pertandingan MMMM:


  • Belanja sekurangnya RM30 untuk setiap resit di mana-mana restoran Makan & Minum di Quill City Mall KL.

  • Tebus penyertaan dengan mengisi borang di Kaunter Khidmat Pelanggan.

  • Pilih satu helai kertas daripada Dinding Tikam MMMM.

  • Tebus hadiah anda!.

Pelbagai aktiviti menarik lain seperti penebusan sampul duit Raya bersama pelekat Didi & Friends, Didi & Friends, Zoomoov Ride, Carousel Ride, Guess & ‘Sea’ Voucher Redemption, pertandingan foto “Spot Didi & Friends” dan banyak lagi bakal berlansung di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang untuk menebus hadiah edisi terhad sepanjang Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends apabila ke Quill City Mall, Kuala Lumpur. Tertakluk kepada terma dan syarat.


Dengan kerjasama daripada AirAsia BIG Loyalty sebagai Rakan Kongsi Rasmi Setia, pengunjung boleh menebus 2 nilai mata BIG dengan setiap RM1 yang dibelanjakan pada hari biasa dan 1 nilai mata AirAsia BIG Point untuk RM1 pada hujung minggu di mana-mana kedai di Quill City Mall KL. Ahli boleh menukarkan nilai mata BIG dengan tiket penerbangan bermula daripada 500 nilai mata AirAsia BIG. Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Quill City Mall KL merupakan destinasi pilihan terbaik untuk orang ramai berkumpul bersama rakan-rakan dan keluarga dengan menikmati pelbagai tawaran Hari Raya menarik seperti makanan, fesyen, hiburan dan banyak lagi. Dapatkan juga cenderahati daripada reruai rakan kongsi dan penyewa kami seperti Ashh & Annas, Di Moda Closet, Fana Couture, Szoffya, Refash, United Babies Studio, Toy World, Alliance Spectrum, Zoomoov, Dupharma dan banyak lagi.


Quill City Mall KL mudah diakses melalui lebuh raya, pengangkutan awam dan stesen monerel Medan Tuanku yang terletak di sepanjang Jalan Sultan Ismail, berhadapan dengan Sheraton Imperial Kuala Lumpur dan Asian Heritage Row; memberikan keselesaan kepada pengunjung untuk menikmati pengalaman beli-belah Hari Raya yang terbaik. Elakkan kesesakan lalu lintas dan datang ke Quill City Mall KL untuk berbuka puasa disini disamping menikmati promosi Buka Puasa di kedai makanan dan minuman di sini. Parkir percuma tersedia selepas jam 5 petang ke atas pada hari bekerja dan pada hujung minggu, kadar tiket akan dikenakan bayaran RM3.


Pihak pengurusan Quill City Mall turut rakamkan terima kasih kepada AirAsia BIG Loyalty – Rakan Kongsi Rasmi Setia, Aforadio.com – Rakan Kongsi Radio Rasmi, Viral Cham, dan Rojaklah – Rakan Kongsi Rasmi Media Sosial, dan Rakan Kongsi Pusat Beli Belah Rasmi seperti Kluang Station, D’oldtime Kopitiam, Travis Hegel, Glow & Glamour, MOG, Juice Works, MeTime Art, Photobook Worldwide, The Manhattan Fish Market dan Toy World.


Jom memeriahkan lagi sambutan santai Hari Raya bersama kami. Dapatkan salinan brosur Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends untuk maklumat lanjut mengenai kempen Hari Raya kami.


Untuk soalan dan penyertaan tentang promosi serta program Quill City Mall, sila lawati laman Facebook, Instagram: QuillCityMallKualaLumpur atau laman web kami http://www.quillcitymall.com.my.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page