JAMEELA STREET ANJUR MAJLIS IFTAR DAN CSR RAI ANAK-ANAK TAHFIZ
Bulan Ramadhan merupakan bulan dimana umat Islam digalakkan untuk menambah amal kebajikan dengan menambahkan amalan-amalan sunat seperti amalan solat sunat terawikh, bertadarrus Al-Quran, bersedeqah atau memberi orang makan.
Tidak ketinggalan bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Jameela Street dan rakan niaga telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa 2019 bersama anak-anak yatim dari Maahad Tahfiz Al-Haziq di bawah Zon 14, Majlis Perbandaran Subang Jaya. Majlis Iftar ini dianjurkan bertepatan dengan saranan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Zuraida Kamaruddin supaya lebih banyak projek diadakan melibatkan komuniti B40.
Majlis Iftar tersebut telah diadakan di The Teapot Deli, SACC Mall. Maahad Tahfiz Al-Haziq menyediakan tempat penjagaan untuk anak-anak yatim di samping menitik beratkan pembelajaran dan menghafal Al-Quran. Seramai 80 jemputan telah turut hadir terdiri daripada tetamu khas, rakan artis dan rakan media untuk meraikan 40 anak yatim.
Majlis yang bermula pada jam 6 petang itu disambut meriah dengan ketibaan anak-anak yatim dan juga para tetamu. Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan dari pihak PREC seterusnya dikuti dengan penyampaian cenderamata serta duit raya kepada anak yatim dari Maahad Tahfiz Al- Haziq oleh pengasas Jameela Street, Encik Jedan Shahidan yang juga seorang pereka fesyen serta pemilik Jedan Boutique yang beroperasi di SACC Mall Shah Alam.
Tujuan majlis yang dianjurkan oleh pihak Jameela Street ini adalah untuk berkongsi kegembiraan bersama anak-anak yatim di samping menghargai pihak tertinggi PKNS dan PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) kerana sentiasa memberi sokongan pada Jameela Street. Majlis berbuka puasa ini telah ditaja oleh Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah dan Puan Sri Jamilah Mahamad Isa (di bawah nama Yayasan Widad ) serta penaja bersama PREC, Maya Febric, M2 Saloon, Lagendas, Tunks by Farah, House of Zaza dan Qamilla.
Majlis iftar tersebut turut diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti tempatan seperti Nubhan AF, Fatin Husna, Elda Susanti, Nisdawati, Haneesya Hanee ( Dewi Remaja)