ROCKETFUEL ENTERTAINMENT LANCAR ALBUM RAYA 'SEMPURNA SEADANYA'
Kurang dari seminggu seluruh umat Islam akan menyambut Aidilfitri, baru-baru ini Rocketfuel Entertainment telah pun melancarkan sebuah album raya bertajuk 'Sempurna Seadanya' bagi menghangatkan lagi sambutan Syawal nanti.
Foto barisan artis-artis dibawah naungan Rocketfuel Entertainment semasa pelancaran album Sempurna Seadanya.
Album yang menampilkan 10 buah lagu raya turut mempertaruhkan tiga lagu baru iaitu ‘Sempurna Seadanya’ dendangan Usop, Ara Johari, Masya Masyitah, dan juga Sufi Rashid, selain lagu ‘Seru Hari Lebaran’ nyanyian Syamel bersama Ernie Zakri.
Terkini lagu Hael Husaini ‘Bersyukur Seadanya’ yang terkandung dalam album ini telah Trending nombor 3 di saluran Youtube dengan penonton mencecah melebihi 730,000 sekitar kurang 6 hari disiarkan.
‘Bersyukur Seadanya’ adalah hasil garapan Hael Husaini sendiri bersama Ezra Kong .
Turut diselitkan bersama adalah dua buah lagu berunsur ketuhanan iaitu ‘Berserah’ nyanyian Zizan Razak dan Ismail Izzani serta ‘Maafkanlah’ oleh Syamel. Lagu ‘Seru Hari Lebaran’ dan ‘Sempurna Seadanya’ merupakan hasil gubahan komposer veteran S Atan dan lirik oleh Siso. Kedua-dua lagu ini berunsur tradisional namun masih mempunyai rentak moden.
Lagu ‘Berserah’ pula dicipta Alif For Magic Potions dan lirik dari Ariz For Talegas Production. Yang pasti kesemua lagu-lagu ini dijangka dapat membangkitkan suasana Hari Raya Aidilfitri di kalangan pendengar Malaysia.
Pada majlis yang sama Rocketfuel Entertainment dengan kerjasama Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur turut mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim daripada rumah perlindungan Nurhati. Turut hadir barisan selebriti lain antaranya Lisa Surihani, Aishah Aziz dan ramai lagi serta rakan-rakan media. MYBUZZ!
Foto sekitar majlis berbuka puasa dan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim