I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA KEMBALI UNTUK MUSIM KE-2
Program muzik semestinya menjadi kegemaran ramai dan ini jelas terbukti apabila program realiti hiburan I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) berjaya mendapat sambutan hangat sehingga ‘trending’ di platform digital iaitu YouTube. Program yang mengambil konsep dan format program asal dari Korea Selatan oleh CJ ENM ini menampilkan penyanyi-penyanyi misteri bersama barisan artis jemputan tanah air, dan kini ia kembali buat musim kedua di TV3 bermula 23 Jun ini pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam.
Menurut Encik Johan Ishak selaku Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Kami mendapat maklum balas yang memberangsangkan daripada penonton setia kami apabila program ICSYVMY musim pertama disiarkan. Lebih teruja apabila ianya menjadi bualan dan juga trending di platform digital menerusi Youtube, seiring dengan zaman digital. Sokongan penonton sebegini membuatkan TV3 meneruskan ICSYVMY untuk musim kedua dengan penaja bersama iaitu Oppo. Program sebegini dilihat memberi peluang kepada mereka yang berminat dalam bidang nyanyian tetapi tidak mempunyai pengalaman mengekspreskan impian mereka menyanyi dalam program sebegini. Walaupun tidak mempunyai bakat dalam nyanyian ianya bukan satu penghalang kepada mereka kerana yang penting adalah keyakinan dan kemampuan diri. Menarik dan uniknya program ini adalah kreativiti setiap peserta yang perlu bijak untuk memperdayakan para penonton dengan lakonan mereka ketika menyampaikan lagu-lagu terpilih untuk terus kekal di atas pentas ICSYVMY2.”
Buat julung kali ICSYVMY musim kedua akan dihoskan oleh dua pengacara yang sememangnya lucu dan pasti membuatkan penonton tidak kering gusi iaitu Shuk Sahar dan Sean LJE. Manakala tugas sebagai “penyiasat tetap” pula masih lagi digalas oleh Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul sama seperti musim pertama.
Selain tiga penyiasat tetap ini, mereka turut ditemani oleh dua lagi orang penyiasat jemputan untuk membantu artis jemputan mengenal pasti siapakah sebenarnya penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi-penyanyi misteri ini.
Format “I Can See Your Voice Malaysia” Musim Kedua
Di setiap episod, seorang artis jemputan bertanggungjawab untuk menyingkirkan penyanyi misteri yang mereka mengesyaki sebagai penyamar bersuara sumbang melalui empat pusingan dengan bantuan barisan penyiasat. Terdapat empat pusingan dalam rancangan ICSYVMY:
Setiap penyanyi misteri yang disingkir akan ke pentas penentuan di mana beliau akan mendedahkan suara sebenar. Seandainya penyanyi misteri terakhir merupakan penyanyi sebenar, penyanyi itu akan dapat menyertai Showcase ICSYVMY dan membuat persembahan bersama artis-artis ternama tanah air. Namun, jika penyanyi misteri terakhir merupakan penyamar, beliau akan membawa pulang RM3,000.
ICSYVMY musim kedua ini dibawakan khas oleh Oppo selaku penaja bersama. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan artis-artis jemputan kesayangan ramai. Antaranya Hael Husaini, Khai Bahar, Nabila Razali, Datin Alyah, Syamel, Siti Sarah, Floor 88, Haqiem Rusli, Ella, Ajai, Sam Bunkface dan Mas Idayu. Showcase ICSYVMY pula disertai oleh Misha Omar, Ara Johari, Andi Bernadee dan Luqman Faiz.
Selain itu, ICSYVMY turut menampilkan Hot FM sebagai Geng Radio dan OHBULAN! sebagai Geng Digital. Krew penerbitan ICSYVMY musim kedua pula diketuai oleh Mas Ayu Binti Ali selaku Penerbit Eksekutif, dan Lucent Chong Kien Wen sebagai penerbit merangkap pengarah.
Dapatkah anda mengenal pasti siapa penyanyi sebenar dan siapa pula penyamar bersuara sumbang? Jangan lupa untuk saksikan ICSYVMY musim kedua bermula 23 Jun ini pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam, hanya di TV3! ICSYVMY juga boleh dapat disaksikan menerusi strim LIVE secara HD di tonton dan YouTube TV3 Malaysia Official. Hangatkan lagi perbualan anda dengan menggunakan #ICSYVMY di laman media sosial anda. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook & Instagram di @tv3malaysia.| MYBUZZ!