top of page

TIKET LARIS, LEBIH 5000 DIJANGKA TONTON KONSERT TERAKHIR BOYZONE


Boyzone mengadakan persembahan buat pertama kalinya di Kuala Lumpur pada Ogos 2018 bersempena ulang tahun penubuhan mereka yang ke-25. Album Thank You & Goodnight, merupakan album studio ke tujuh dan terakhir kumpulan terbabit dan telah dikeluarkan pada November 2018.


Tanggal 14 Jun 2019, Boyzone sekali lagi akan hadir ke Malaysia bagi menjayakan siri jelajah konsert Thank You & Goodnight Farewell Tour 2019. Lebih 5,000 penonton dijangka membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam pada Jumaat ini, bagi menyaksikan kumpulan kesayangan mereka, Boyzone, beraksi di pentas buat kali terakhir.


Boyzone telah memulakan siri jelajah konsert Thank You & Goodnight Farewell bermula sejak Januari 2019, di United Kingdom dan Ireland, diikuti Australia, New Zealand, Eropah dan Asia.


Sehingga kini, pihak penganjur konsert tersebut di Malaysia, Wowstar Creative Entertainment mengesahkan jualan tiket bagi konsert Thank You & Goodnight Farewell Tour 2019 yang bakal bermula pada jam 8.30 malam itu kini telah 80 peratus terjual dan masih berterusan. Tiket dijual pada harga-harga RM198, RM438, RM588 dan RM688.

Kumpulan terkenal dari Ireland yang dianggotai Ronan Keating, Shane Lynch, Keith Duffy dan Mikey Graham bakal memukau peminat mereka dengan pilihan lagu popular sepanjang karier nyanyian mereka.


“Kuala Lumpur adalah antara bandar paling penting bagi rancangan strategik Wowstar di Asia.Ia satu penghormatan bagi kami kerana berjaya membawa lagenda kumpulan pop dari Ireland ini kembali ke Kuala Lumpur untuk mempersembahkan konsert terakhirnya kepada peminat-peminat Malaysia pada Jun ini,” kata Gloria Wei, Ketua Pegawai Eksekutif Wowstar Creative Entertainment.


Syarikat Wowstar Creative Entertainment sebelum ini telah menganjurkan konsert penyanyi dan penulis lagu popular berasal Amerika Syarikat iaitu Jason Mraz di Asia termasuk di Kuala Lumpur pada 13 Mei lalu.



Untuk perancangan akan datang, syarikat hiburan tersebut bakal menganjurkan persembahan artis dan kumpulan antarabangsa termasuk beberapa kumpulan pop, rock dan penyanyi fenomena dan popular di Asia.


Walaupun baru berusia setahun lebih dalam beroperasi, Wowstar Creative Entertainment telah berjaya menganjurkan antara 40 hingga 50 konsert dan melabur dalam 10 projek filem berbahasa Kantonis atau Mandarin.


Ini merangkumi barisan bintang K-Pop, J-Pop, Hong Kong and Mandarin, artis dan kumpulan antarabangsa serta pelaburan strategik dalam filem blockbuster aksi ‘urban terrorism’ berjudul, “Shock Wave 2” hasil terbitan dan lakonan pelakon popular Andy Lau.


“Kami mengalu-alukan hubungan akrab dengan rakan kongsi kami yang sedia ada di rantau Asia Pasifik ini, dan kami ingin membina hubungan baru dengan rakan kongsi berpotensi dalam pasaran” kata Wei.


Beliau juga berkata syarikatnya telah membuktikan kemampuannya sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai dan bernilai tinggi tidak kira sebagai penganjur, agen promosi, penerbit, pengagih atau pelabur.


Selain menganjur konsert dan live music, Wowstar Creative Entertainment turut mengurus serta melatih para artis disamping menerbit serta mengagih filem, program televisyen serta komersial.


Ini membuktikan bahawa Wowstar Creative Ebtertainent merupakan salah satu syarikat paling pesat berkembang dalam dunia hiburan.


“Kami berkebolehan untuk berkembang kerana kami memahami kehendak pelanggan Asia. Kami juga berpengalaman dalam membantu rakan kongsi kami, termasuk para artis dan jenama mereka untuk berjaya di benua Cina, ASEAN dan beberapa negara Asia,” tambah Wei.


Dengan perolehan tahunan melebihi puluhan juta dolar Amerika, Wei berkata unjuran pertumbuhan syarikat adalah sebanyak dua kali ganda dari tahun ke tahun pada 2020.

 

TENTANG WOWSTAR CREATIVE ENTERTAINMENT CO., LTD.

Ditubuhkan pada tahun 2018, Wowstar Creative Entertainment adalah antara syarikat hiburan yang berkembang pesat di rantau Asia Pasifik, khususnya dalam perniagaan hiburan yang pelbagai merangkumi persembahan lagu dan hiburan langsung, pengurusan artis, penerbitan serta pengagihan filem, program televisyen dan komersial.


TENTANG BOYZONE

Boyzone mengadakan persembahan buat pertama kalinya di Kuala Lumpur pada Ogos 2018 bersempena ulang tahun penubuhan mereka yang ke-25. Thank You & Goodnight, album studio ke tujuh dan terakhir kumpulan terbabit dikeluarkan pada November 2018. Dream adalah single bagi promosi album Thank You & Goodnight, menampilkan Steven Gately sebagai vokal. Gately sebelum itu merakam versi solo lagu terbabit sebagai b-side kepada single Stay pada tahun 2001. Kumpulan itu mengambil keputusan merakam semula lagu tersebut dengan menambah vokal mereka kepada versi Gately, secara langsung memasukkan mendiang ahli kumpulan Boyzone itu ke dalam album studio terakhir mereka. Dengan pelancaran album terakhir, Boyzone memulakan Jelajah Thank You & Goodnight Farewell pada Januari 2019, di United Kingdom dan Ireland, diikuti Australia, New Zealand, Eropah dan Asia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.facebook.com/WowstarCreativeEntertainment/

Untuk tempahan tiket, sila layari : https://airasiaredtix.com/boyzone2019

Tags:

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page