ENERGIZER PERKENAL WAJAH BAHARU DENGAN KUASA DIPERTINGKAT
Energizer®, pengeluar Energizer® Ultimate Lithium™ yang juga merupakan bateri AA paling bertahan lama di dunia hari ini memperkenalkan wajah baharu jenama berkenaan di pasaran Malaysia. Ini termasuk pakej, paparan di pusat jualan, logo dan pengiklanan baharu untuk rangkaian produk baterinya.
Wajah baharu tersebut turut meningkatkan penampilan Mr Energizer™, karakter berkarisma jenama berkenaan yang disayangi ramai. Penampilan visual baharu, yang bakal dilancarkan mulai Jun 2019 di seluruh negara, akan memaparkan wajah kontemporari dengan pendekatan yang lebih ceria, cerah dan membantu serta warna-warna khusus bagi membantu pengguna mendapatkan produk terbaik yang memenuhi keperluan mereka.
Sama ada ia bateri AA Energizer® Ultimate Lithium™ yang paling bertahan lama di dunia, mahupun bateri litium kecil atau bateri boleh dicas semula Energizer Recharge®, pakej dan skim warna baharu berkenaan akan membantu pengguna mengenal pasti pilihan yang betul sebelum membuat pembayaran.
“Kami menghabiskan tiga tahun untuk membangunkan wajah baharu jenama ini dengan berbicara bersama pengguna dan mengkaji pilihan mereka untuk menyampaikan pengalaman yang kedua-duanya berkuasa dan menyeronokkan,” ujar Diane Lee, Pengarah Perniagaan - Malaysia & Singapura, Energizer® Holdings Inc. Beliau menambah, “Pengguna memaklumkan bahawa mereka mahukan pakej yang lebih cerah, jelas dan menonjol, khasnya di rak-rak yang dipenuhi barang. “Kami juga sedari mereka menyukai Mr Energizer™, maka kami memastikan orang ramai dapat melihat serta personalitinya yang hebat dengan lebih jelas di merata-rata tempat terutamanya melalui usaha pengiklanan di pusat jualan kami.
“Jenama Energizer® telah dipercayai rakyat Malaysia selama lebih 40 tahun. Dengan jenama yang diperbaharui dan pempakejan yang lebih intuitif bagi membantu pengguna membuat pilihan yang betul setiap kali pembelian, kami yakin untuk terus memperkukuhkan kehadiran jenama ini di Malaysia dan pada masa sama, mengekalkan formula yang diketahui dan dipercayai pengguna.
“Pada hari ini kami juga memperkenalkan rangkaian Max Plus™ baharu bagi memberikan kuasa yang lebih berpanjangan kepada pengguna, selain mengumumkan kerjasama dengan Booking.com yang akan membawa rakyat Malaysia menikmati penggembaraan yang lebih mengujakan,” katanya.
Mr Energizer™ menjelmakan tenaga fizikal, sebuah bateri Energizer® hidup yang sentiasa mengenyit mata dan menguntumkan senyuman serta sentiasa bersedia untuk mendepani cabaran baharu atau persaingan mesra. Dia merupakan sebuah karakter girang yang mendiami dunia sebenar dan terpesona dengan tarikan-tarikan yang ada. Daya ketahanan yang berpanjangan dan personaliti menyeronokkan yang mesra ini menggambarkan semangat jenama Energizer® .
Perubahan-perubahan yang dibuat ini mewakili pembaharuan besar yang pertama bagi jenama Energizer® sejak tahun 2008 dan dapat dilihat merentasi keseluruhan portfolio Energizer®, bermula dengan rangkaian bateri.
Max Plus™ - bateri beralkali AA & AAA Energizer® No 1 Paling Bertahan Lama.
Bersempena penampilan baharu jenama, Energizer® juga memperkenalkan rangkaian Max Plus™ baharu - bateri beralkali AA & AAA Energizer® No 1 Paling Bertahan Lama. Rangkaian baharu bateri beralkali berprestasi itu direka untuk meningkatkan kepadatan tenaga, penyimpanan tenaga dan voltan yang dioptimumkan, sekali gus memberikan pengguna prestasi lebih baik yang mereka ingini.
Bateri Energizer® Max Plus™ - bateri beralkali paling bertahan lama dari Energizer® setakat ini, mempunyai Jangka Hayat Selama 12 tahun dan bertahan 14% lebih lama semasa penggunaan, seterusnya mengurangkan sisa daripada pembuangan bateri yang telah habis digunakan.
Kempen Energizer® Holidays membenarkan lebih ramai rakyat Malaysia mengembara dengan kerjasama Booking.com
Melalui jenama yang diperbaharui, Energizer® membawa rakyat Malaysia berjalan dengan lebih jauh menerusi penganjuran kempen Energizer® Holidays dengan kerjasama Booking.com. Di Malaysia, pelanggan dapat menikmati rebat bernilai RM95 daripada Booking.com dan layak menyertai cabutan ‘Win A Year Off' yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia memenangi kredit Booking.com bernilai RM30,000.
Untuk mengambil bahagian, rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas hanya perlu membeli pek baharu bateri, pengecas bateri atau lampu suluh Energizer® dan mendaftar nama penuh serta alamat email mereka bersama kod bar pek berkenaan di laman https://www.energizerholidays.com/my/.
Di Malaysia, pendaftaran terbuka dalam Tempoh Promosi mulai 12.01 pagi pada 1 Julai 2019 hingga 11.59 malam pada 30 September 2019. Setelah pendaftaran disempurnakan, anda akan menerima sebuah email dengan pautan/kod unik yang akan melayakkan anda menerima rebat bernilai RM95 bagi tempahan penginapan seterusnya yang bernilai sekurang-kurangnya RM300 menerusi laman Booking.com. Setiap pemegang akaun Booking.com layak untuk membuat satu penebusan rebat sahaja.
Apabila anda mendaftar butiran dan kod bar berkenaan di laman berkenaan, secara serentak anda menyertai cabutan global 'Win A Year Off'.
Para pemenang akan dipilih secara rawak dan diumumkan menerusi laman web kempen, sementara hadiah kemenangan akan disalurkan menerusi kad Mastercard prabayar RM30,000 yang diterbitkan kepada individu bertuah. Beliau dapat menggunakannya untuk sebarang tempahan penginapan yang dibuat menerusi laman Booking.com.
Butiran penuh mengenai terma dan syarat peraduan, sila layari laman web kempen Energizer® Holidays di https://www.energizerholidays.com/my/