WECHAT PAY MY LANCAR PERKHIDMATAN 'SMART ORDER' DI MALAYSIA
WeChat Pay MY, salah satu daripada penyelesaian pembayaran mudah alih yang paling popular, hari ini secara rasminya telah melancarkan satu perkhidmatan inovatif terkini sebagai tambah nilai kepada aplikasi tersebut yang dikenali sebagai 'Smart Order' yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Melalui perkhidmatan tersebut, pesanan pelanggan akan didigitalkan dan dihantar ke bahagian operasi restoran untuk tindakan dan penyediaan. Perkhidmatan ini bertujuan untuk melancarkan serta memudahkan proses mengambil pesanan yang dahulunya dilakukan secara manual. Kini pelanggan punya lebih masa santai untuk lepak di restoran ‘mamak’ kegemaran pmereka.
Sejak ia diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2018, WeChat Pay MY telah bertungkus-lumus untuk memberikan warga Malaysia suatu aplikasi yang sangat tertumpu kepada pengalaman pengguna. Malaysia kini menduduki tempat keempat di seluruh dunia dalam penembusan sosial mudah alih dan WeChat Pay MY memahami bahawa memperkenalkan penyelesaian baru yang menggabungkan kemudahan, kemudahan penggunaan serta platform pembayaran dalam satu aplikasi akan memberikan para pengguna ketenangan minda serta kesesuaian dalam rutin harian mereka. Setelah mengetengahkan pelbagai penyelesaian perkhidmatan pembayaran yang berintegrasi dengan gaya hidup pengguna secara lancar, WeChat Pay MY kini mengotakan janji itu dengan menghidupkan perkhidmatan 'Smart Order'.
"Restoran Mamak di Malaysia sentiasa menjadi kawasan yang sesuai untuk gangguan tunai, dan melalui Smart Order, WeChat Pay MY berharap untuk menerajui dan menjadi perintis dalam meningkatkan pengalaman 'mamak' untuk pelanggan," kata Jason Siew, Ketua Pegawai Eksekutif WeChat Pay MY.
Beliau menambah bahawa matlamatnya adalah untuk membolehkan pengguna WeChat Pay mengelak daripada perlu menunggu pelayan, atau barisan panjang untuk makanan. Sebaliknya, pesanan dan pembayaran boleh dibuat menerusi aplikasi WeChat Pay. Ini akan secara berurutan memberi pengguna lebih banyak peluang untuk menggunakan WeChat Pay MY untuk transaksi pembayaran yang lebih mudah dan lebih lancar.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Yang Berhormat Chong Chieng Jen, yang turut sama dalam majlis tersebut, berkata perkhidmatan itu akan membuat harga di kedai lebih jelas.
"Kadang-kadang apabila anda di kedai, anda lupa untuk memeriksa harga dan mendapatkan kejutan apabila mengetahui jumlah bayaran ketika hendak membayar," katanya. YB Chong menambah bahawa perkhidmatan itu juga boleh menjimatkan perniagaan pada kos pekerjaan, dan berharap penjimatan itu akan bermanafaat kepada pengguna.
Siew memaklumkan bahawa terdapat 44 restoran yang telah menggunakan perkhidmatan 'Smart Order' di Lembah Klang, Pulau Pinang, Pahang, Melaka, dan Johor, dan bilangan itu kian bertambah. Antara restoran yang mengambil bahagian termasuk ABC Food Corner, Syed Bistro, US Pizza, dan Winter Warmers Coffee and Teahouse.
WeChat Pay MY membayangkan gaya hidup yang selesa dan bermanfaat bagi kedua-dua pengguna dan pedagangnya dan akan terus memanfaatkan pengalaman, teknologi, serta keupayaan platform pembayarannya untuk menawarkan pengguna satu pengalaman pembayaran mudah alih yang cemerlang bagi memudahkan kehidupan harian semua orang.
Perkhidmatan 'Smart Order' akan tersedia di pedagang yang mengambil bahagian di sekitar Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Untuk maklumat lanjut, log masuk ke halaman FB WeChat Pay MY di: www.facebook.com/WeChatPayMY.official/
WeChat Pay MY membawa rakyat Malaysia lebih dekat ke dalam dunia pembayaran digital, di mana pesanan semasa restoran kegemaran akan menjadi lebih mudah. Dengan perkhidmatan Pesanan Pintar yang pertama, pelanggan boleh memesan dan membayar makanan mereka di hujung jari mereka. Apa lagi, sekarang dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM8 pada resit tunggal, pengguna boleh mendapatkan RM3 dari bil mereka!
Promosi ini berlangsung sehingga 31 Julai 2019 sahaja, jadi jangan ketinggalan peluang ini dan mula memesan pintar di restoran kegemaran anda sekarang dengan WeChat Pay! Promosi ini tersedia di seluruh cawangan restoran yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia seperti dibawah.
18C Café, Pontian, Johor
Larkopi, Skudai, Johor
Red Vege, Pulai, Johor
The Metallic Kitchen, Bukit Indah, Johor
The Metallic Kitchen, Mount Austin, Johor
Selangor
ABC Foods Corner (Balakong)
ABC Foods Corner (Desa Petaling)
ABC Foods Corner (Puchong)
ABC One Bistro (Brickfields)
ABC One Bistro (PJ)
Syed Bistro Kelana Jaya
Syed Bistro Lembah Keramat
Syed Bistro PJ
Syed Bistro Puchong
Syed Bistro Shah Alam Sek 11
Syed Bistro Shah Alam Sek 14
Syed Bistro Shah Alam Sek 9
Kuala Lumpur
Ishin Japanese Restaurant, KL
Syed Bistro Bangsar
Syed Bistro Dang Wangi, KL
Ipoh
Como Café Ipoh
U 2 Caffe, Ipoh
Pulau Pinang
Syed Bistro Penang
The Lightbulb Café Penang
US Pizza Greenlane
US Pizza Bukit Mertajam
US Pizza Raja Uda
US Pizza Summerton
Winter Warmers Coffee & Teahouse (Straits Quay)
Winter Warmers Coffee & Teahouse (AEON Mall Alma)
Winter Warmers Coffee & Teahouse (All Seasons Place)
Winter Warmers Coffee & Teahouse (Autocity)
Winter Warmers Coffee & Teahouse (Gurney Plaza)
Winter Warmers Coffee & Teahouse (Queensbay Mall)
Winter Warmers Coffee & Teahouse (Sunway Carnival)