top of page

KILAFAIRY DEDAH CINTA HATI BAHARUNYA


Nampak kurus atau langsing, tidak bererti tiada lemak yang tersembunyi. Mungkin lemak itu boleh disembunyikan menerusi pemakaian korset, pemilihan busana gelap, teknik suntingan atau mungkin bergambar dengan mempraktikkan sudut yang betul. Demikian antara dilema yang dilalui sendiri seperti pelakon, penyanyi dan ahli perniagaan, Kilafairy suatu ketika dulu.

Anak bongsu kepada penyanyi terkenal era 1980-an, Rohana Jalil itu sendiri mengakui menceburi dunia seni juga menuntut dirinya sentiasa nampak cantik di setiap sudut. Terutamanya jika muncul di kaca TV atau skrin layar perak, saiz sebenar pasti akan mengembang. Itu antara senario dan hakikat sebenar yang harus ditelan.


Malah suatu ketika dahulu juga, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan juga berdepan fasa sama seperti mereka yang mengalami naik turun dalam berat badan.


Tapi kini tidak lagi, KILAFIT yang diusahakan sejak September tahun lalu menjadi ‘penyelamat’ kepada dirinya dan juga mereka yang turut berdepan masalah kenaikan berat badan mendadak. KILAFIT bagai cinta hati yang menyembuh kedukaan di hati Kilafairy.


Rutin harian Kilafairy kini juga sudah berubah kerana sibuk mengendalikan perniagaan apabila produk KILAFIT mendapat sambutan luar jangkaan. Produk kesihatan dan pelangsing badan itu diformulakan oleh doktor bertauliah dengan cetusan idea Kilafairy sendiri.

“Saya sendiri pernah berbadan tembam. Memang ada yang tidak percaya, saya juga pernah berdepan masalah berat badan. Di awal kemunculan di pentas seni, kalau ada yang masih ingat... saya memang pernah berisi. Masa itu keyakinan diri ada kalanya menurun. Saya percaya ini situasi normal yang ada dalam diri kita, Tambah pula bekerja yang menuntut saya muncul di kaca TV, memang penampilan dan bentuk badan itu saya anggap perlu ‘on point’.


“TV pula contohnya kita tahu akan besarkan lagi saiz sebenar. Bayangkan yang berisi seperti saya... terus bertambah berisi dalam kaca TV. Nak menjalani penggambaran pun jadi macam tak seronok dan rasa ‘insecure’. Semangat nak buat sesuatu itu terus merudum dan seperti biasa orang di sekeliling kita terus pantas menghakimi.


“Keyakinan diri itu perlu ada setiap pada kita. Tapi jika ada sesuatu yang melemahkan segala-galanya kita kena pantas bertindak melakukan perubahan,” katanya.


Menurut penyanyi lagu 'Put The Word In' bersama Sean Kingston itu, dia sentiasa percaya untuk terus menjadi seperti mana yang dimahukan.


“Saya percaya soal fizikal ini bergantung kepada diri sendiri. Saya tak bermaksud mahu memaksa sesiapa perlu menukar menjadi seperti itu dan ini. Hidup ini adalah pilihan. Pilihan saya ialah untuk mengamalkan KILAFIT. Anda juga boleh ikut jejak saya. I rather be what i want to be,” katanya.


Akur pasti ada skeptikal yang membandingkan dirinya yang sudah berbadan langsing dan menjual produk seperti KILAFIT, Kilafairy terbuka dalam hal itu.


“Kebiasaannya orang di luar sana pantas membuat rumusan sendiri. Saya tahu pasti akan ada yang cakap, kalau sudah kurus kenapa nak menjual produk seperti KILAFIT. Macam-macam lagilah. Macam biasa akan ada juga yang akan cakap saya guna pengaruh yang ada untuk menjual produk ini semata-mata. Tapi hakikatnya mereka tidak tahu, saya juga bergelut dengan masalah berat badan.

“Saya pun macam orang lain juga yang macam malu nak muat naik gambar masa badan berisi. Namun sesekali muat naik gambar berisi, ramai yang tak percaya. Orang di luar sana termasuk netizen akan andai itu dan ini. Saya tak boleh paksa mereka percaya pada saya. Berat badan saya tak boleh melebihi 50 kilogram. Kalau lebih angka itu, pipi di muka saya akan nampak ketara naik. Saya akui pernah ikuti cara diet yang salah hingga memberi kesan sampingan.


“Sekarang nak bakar lemak di pusat gimnasium pun sudah jadi terbatas kerana faktor masa. Jadi saya letakkan 100 peratus harapan dan tanggungjawab kepada KILAFIT. Dengan KILAFIT ini juga saya sudah mampu menolong mereka menurunkan berat badan termasuk menjana pendapatan. Sudah ramai yang mempercayai kredibiliti KILAFIT. Tapi andai ada masa, saya memang akan cuba buat diri berpeluh dengan aktiviti riadah,” katanya.


Ditanya kenapa KILAFIT menjadi pilihan utama dan ramai masa kini, Kilafairy lebih mempercayai produk yang mengutamakan kandungan semula jadi.


“Sebab utama saya begitu dedikasi mengeluarkan produk KILAFIT kerana ia memudahkan diri. Tak perlu nak ambil banyak produk kerana KILAFIT sendiri mempunyai banyak faedah dalam satu. Saya amalkan ia sebagai suplimen.


“Produk ini berkesan dengan cara yang semula jadi. Kalau kita mengamalkan KILAFIT dan pada masa sama aktif dengan aktiviti membuang peluh, keputusan itu akan diraih dengan lebih cepat. Tapi kalau sebaliknya pun masih akan dapat keputusan yang terbaik. Ia terpulang kepada diri masing-masing. Ada testimoni kami yang berjaya menurunkan 12 kilogram dalam masa sebulan dengan hanya menjaga makan dan mengamalkan KILAFIT.

“Fungsi produk ini bukan semata-mata untuk menurunkan berat badan tetapi ia bagus untuk kulit dan rambut. Ekstrak L-Karnitina dan Garcinia mampu membakar sel lemak untuk mendapatkan tenaga, mengurangkan paras gula dalam darah, menurunkan kadar kolesterol selain memendekkan masa pemulihan daripada sakit badan dan bisa selepas senaman.


“Kolagen pula untuk kulit, mengurangkan selulit selepas penurunan berat badan. Ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut dan menguatkan kuku serta memudahkan pergerakan sendi. Sumber makanan Sunnah seperti kurma mampu membekalkan serat untuk membantu penghadaman dan penghasilan sel darah merah dalam badan. Manakala buah delima juga membekalkan vitamin dan mineral penting seperti Vitamin B,” katanya.


Sementara, Kilafairy memaklumkan KILAFIT juga mahu menggalakkan ramai menjana pendapatan sampingan.


“Pada dasarnya, kita akan buka ruang untuk semua orang untuk berniaga bersama KILAFIT. 'Super Agen' dan Stokis kami sudah pun berjaya menjana pendapatan lebih daripada RM 5 angka. Tetapi saya sendiri mahu membantu orang ramai yang tidak ada modal dan mahu berjinak jinak dalam dunia perniagaan. Dengan itu kita melancarkan program Agent Tanpa Modal (ATM) ini.


“Kita akan buat progressive tier untuk setiap komisyen jualan dilakukan. Kalau mereka menjual 10 unit, mereka akan dapat RM 10 komisyen. Tetapi kalau lebih yang dijual sebagai contoh seperti 100 unit sebulan, maka komisyen itu akan ditingkatkan ke RM 30 seunit yang dijual.


“Kalau jual 100 unit, sudah lebih RM3000 keuntungan dapat dijana tanpa sebarang modal. Kalau 1000 unit yang dijual, kita bagi RM 40 komisyen dan bayangkan boleh untung hingga RM40,000 sebulan,” katanya.


“Sesiapa saja boleh memulakan perniagaan dan jana pendapatan sampingan. Begitu juga dengan kalian,” katanya.


Untuk maklumat lanjut berhubung produk KILAFIT, sila hubungi talian 014-719 9179 atau layari FB Page Kilafit atau di laman Instagram @kilafit

 

GALERI | SEKITAR PELANCARAN PRODUK KILAFIT


Foto: Kak Fas

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page