STOR POP-UP EKSKLUSIF ED SHEERAN X KUALA LUMPUR BAKAL DIBUKA DI PARADIGM MALL
Penyanyi yang juga 'Superstar' global. Ed Sheeran baru-baru ini telah mengumumkan stor pop-up (Pop-Up Store) eksklusif 'No.6 Collaborations Project' di seluruh dunia bersempena dengan pelancaran albumnya terbaharunya pada 12 Julai 2019 ini. Idea mewujudkan Stor Pop-Up ini merupakan sebahagian daripada kempen global yang berjalan di semua bandar utama di seluruh dunia bagi meraikan pelancaran album tersebut, dan Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi untuk menjayakan projek ini!
Untuk tempoh satu hujung minggu sahaja (Sabtu & Ahad), peminat Ed Sheeran boleh berkunjung ke 'Concourse Square' di Paradigm Mall, Petaling Jaya bermula pada 13 dan 14 Julai dari jam 10 pagi hingga 10 malam untuk peluang mendapatkan koleksi cenderamata, ‘No.6 Collaborations Project’ dan 'Ed Sheeran x Kuala Lumpur' seperti kemeja, hoodies, beg tote, topi dan banyak lagi. Pungunjung juga boleh mendapatkan kemeja-t edisi terhad di stor Pop-Up ini yang menampilkan artis-artis yang turut tampil bersama di dalam album tersebut, seperti Justin Bieber, Camila Cabello, Bruno Mars, dan Chance the Rapper. Stok untuk semua barangan tersebut adalah sangat terhad.
Selain itu, peminat juga boleh turut menyemak barangan yang ditandatangani oleh Ed Sheeran sendiri, membaca kisah perjalanannya di Malaysia, serta menyanyi bersama lagu dari album terbarunya di 'Listening Wall', dan mengambil peluang untuk mengambil gambar bersama Ed Sheeran!