MATTEL PERKENALKAN 'PICTIONARY AIR' DI PLATFORM SHOPEE
Melukis di udara menggunakan pen ringan berteknologi tinggi dalam Pictionary Air, memberi nafas baharu kepada permainan menulis klasik sepanjang zaman.
Mattel, syarikat hiburan kanak-kanak global yang terkemuka, telah berganding bahu dengan Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan untuk menjadi rakan dalam talian eksklusif bagi pelancaran Pictionary Air buat pertama kali di Asia Tenggara. Permainan yang amat dinanti-nantikan ini telah dilancarkan dengan gilang-gemilang di Pesta Mainan New York pada bulan Februari lepas, dan kini Mattel membawakannya kepada rangkaian pembeli Shopee yang luas, termasuk kumpulan pengguna yang muda dan arif.
Pictionary Air ialah jelmaan moden daripada permainan melukis klasik kegemaran ramai, menjanjikan aktiviti menyeronokkan yang sesuai untuk setiap majlis dan pertemuan dengan rakan taulan dan sanak saudara. Para pemain tidak lagi menggunakan pensel dan kertas biasa, sebaliknya menggunakan pen ringan berteknologi tinggi dan skrin. Pemain kemudiannya membuat lakaran mereka di udara yang muncul pada skrin dalam masa sebenar. Lakaran boleh dipaparkan pada apa jua skrin yang diingini oleh pemain, sama ada peranti mudah alih atau televisyen yang dilengkapi dengan Chromecast atau AirPlay.
Ian Ho, Pengarah Pemasaran Serantau, Shopee berkata, “Kami bersukacita untuk berganding bahu dengan Mattel untuk menjadi platform e-dagang eksklusif pertama yang melancarkan Pictionary Air. Kategori mainan dan kanak-kanak Shopee adalah salah satu daripada kategori kami yang mempunyai prestasi paling kukuh dan kejayaan kami berteraskan pakatan dengan jenama seperti Mattel yang membawakan produk unik kepada pengguna kami. Kerjasama ini membuktikan komitmen kami untuk terus mengukuhkan tawaran kami menerusi kerjasama khas dan penglibatan pengguna supaya pembeli dapat menikmati pilihan produk yang tiada tandingan.”
Pictionary Air mungkin lebih mencabar daripada Pictionary biasa kerana pemain tidak dapat melihat apa yang dilukis masing-masing. Permainan ini menjamin keseronokan dan pemain pasti tidak kering gusi sambil meneka lakaran yang dibuat oleh anggota pasukan masing-masing. Para pemain juga boleh merakamkan saat-saat menyeronokkan, menyimpan video tersebut dan kongsikan di media sosial.
Bersempena pelancarannya, pembeli berpeluang menyaksikan Shopee LIVE, saluran siaran langsung popular Shopee untuk melihat bagaimana permainan ini dimainkan. Permainan Pictionary Air telah ditunjukkan secara langsung oleh pengacara Shopee LIVE Bella Zahir dan Nurin Afiqah sambil mereka bersaing dalam satu pertarungan hebat Pictionary Air. Para penonton berpeluang menyaksikan sesi yang menyeronokkan serta menghiburkan dan bagi mereka yang terlepas siaran ini boleh menonton siaran ulangan di https://shopee.com.my/ShopeeLivePictionary melalui aplikasi Shopee.
Pictionary Air kini boleh didapati secara eksklusif di Shopee Malaysia pada harga RM129.90 di kedai rasmi Mattel. Produk ini juga boleh didapati di Shopee di Thailand, Indonesia dan Filipina pada minggu-minggu akan datang dan akan dilancarkan di seluruh rantau dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang.
Semua produk Mattel boleh didapati menerusi kedai rasmi di Shopee. Produk-produk di bawah Shopee Mall datang dengan pulangan percuma 15-hari, jaminan ketulenan 100% dan penghantaran percuma. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Muat turun aplikasi Shopee dan aplikasi Pictionary Air secara percuma menerusi App Store atau Google Play.