MANHAJJ BROTHERS BAKAL ANJUR PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH
Kira-kira 150,000 pengunjung dijangka hadir menyaksikan Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Sahabat RA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang akan bermula 22 Julai ini hingga 4 Ogos depan.
Pameran yang telah masuk edisi ke-10 ini adalah anjuran sepenuhnya Manhajj Brothers Sdn. Bhd. (Manhajj Brothers) ini akan menampilkan lebih 40 artifak Rasululllah SAW, artifak Sahabat RA serta artifak kerajaan Uthmaniah.
Pengarah Urusan Manhajj Brothers, Datuk Anuar Hassan berkata, pameran ini akan memberI peluang kepada masyarakat untuk melihat sendiri artifak yang turut menjadi rakaman sejarah kehidupan dan perjuangan Baginda. Menurut beliau lagi, pameran ini juga bermatlamat untuk memberi pendidikan, sumber inspirasi dan pengetahuan kepada pengunjung mengenaià kegemilangan tamadun Islam.
"Antara artifak yang boleh dilihat ialah rambut, janggut, darah bekam, serban, tongkat, bekas air zamzam, pasir makam Rasulullah dan kunci makam tersebut.
"Artifak lain adalah pedang Muaz bin Jabal, pedang Sultan Al-Fatih, Kiswah Kaabah Merah, Kiswah Kaabah Hijau dan kunci Makam Saiditina Fatimah.
"Turut dipamerkan artifak peninggalan Kerajaan Uthmaniah seperti kunci, baju perang, tandu, Al-Quran Emas, Kiswah Kaabah, Kiswah Pintu Taubat di mana semua artifak ini merupakan koleksi dari Tanah Arabah seperti Mekah dan Madinah serta negara Yemen dan Turki," katanya dalam sidang media sempena pameran itu di Hotel Grand Dorsett Subang di hari ini. Turut hadir pada sidang media tersebut ialah pelakon Dato' Adi Putra serta penyanyi Adeep Nahar.
Anuar berkata, pameran tersebut mendapat sokongan penuh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Sementara itu, Anuar berkata, Kuala Lumpur menjadi destinasi pilihan selepas beberapa negeri sebelum ini seperti di Johor dan Melaka.
"Tiket masuk hanya berharga RM20 dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Sementara itu caj RM10 dikenakan untuk mahasiswa. Pameran akan bermula pada setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam.
"Sebagai daya tarikan untuk ke pameran tahun ini, kita turut menyediakan cabutan bertuah berupa sebuah motorsikal Yamaha Y15 untuk seorang pengunjung bertuah.
"Cabutan tersebut akan diadakan menerusi peraduan 'Ride To Y-Suku' dimana pengunjung hanya perlu mengambil gambar di Manhajj Photobooth Rasmi dan hanya dikenakan RM15 untuk melayakkan mereka menerima satu (1) nombor bertuah," tambahnya lagi.
Pameran ini merupakan satu usaha yang baik dalam menarik minat pengunjung untuk lebih mengenali sejarah Rasulullah dan dalam masa yang sama akan dapat menambah rasa kecintaan terhadap Islam.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.manhajj.com atau di platform media sosial Facebook Page dan Instagram Manhajj Mutawwif. Selain itu, orang ramai boelh mengajukan sebarang pertanyaan melalui Whatsapp di 019-7078992