MINGGU MUZIK MALAYSIA 2019 BAKAL ANJUR "KONSERT DI UDARA"
Konsert secara langsung pada ketinggian 38,000 kaki oleh Ayda Jebat dalam penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dijangka akan memasuki Malaysia Book of Records
Minggu Muzik Malaysia (MMM) 2019 dijangka akan memasuki Malaysia Book of Records bagi penganjuran “Konsert di Udara” sebagai “Persembahan Muzik secara Langsung di Paras Tertinggi” dalam penerbangan AirAsia dengan kerjasama Travel360.com dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu
Konsert tersebut bakal menampilkan penyanyi dan pelakon yang memenangi pelbagai anugerah, Ayda Jebat. Acara ini dengan bangganya disokong oleh kredit kad rasmi AirAsia dan air mineral rasmi, Spritzer dalam sambutan ulang tahun ke-30.
Pengerusi Penganjur MMM 2019, Syvester Fan berkata: “MMM bertujuan menghubungkan orang ramai, jenama dan perniagaan bersama-sama. Kami berharap untuk menghubungkan orang ramai di seluruh Malaysia serta pelancong di Malaysia menerusi muzik dan Konsert di Udara merupakan salah satu inisiatif yang menyokong tujuan ini. Kami berbesar hati dengan kehadiran Ayda Jebat dan kumpulan rock, Shadow Puppet Theatre untuk membuat persembahan pada ketinggian 38,000 kaki di udara untuk menghiburkan para penumpang di dalam penerbangan.”
Ayda Jebat merupakan penyanyi dan pelakon kesayangan rakyat Malaysia, yang telah mula mencapai kejayaan dalam kerjayanya melalui lagu hit “Siapa Diriku”, dinamakan sebagai artis pada bulan tersebut di beberapa buah stesen radio terbaik. Lagu beliau yang berikutnya iaitu “Pencuri Hati” dan “Mata” mendahului carta di Malaysia, yang membawa beliau untuk memenangi pelbagai anugerah berprestij seperti Anugerah Planet Muzik 2018 dan Anugerah Digital Muzik ERA 2017.
Penumpang bagi pesawat pada pukul 9.30 pagi, AK5106 pada 8 Ogos akan bersorak untuk persembahan secara langsung oleh Ayda Jebat selama 30 minit dalam penerbangan selama 2 jam dan 40 minit tersebut. Kapal terbang yang bakal memecahkan rekod ini akan diberikan sijil dan cenderahati untuk memperingati dan menyambut kemasukan rekod ini. Tiket terhad ini boleh dibeli melalui saluran jualan biasa syarikat penerbangan.
Minggu Muzik Malaysia (MMM) adalah perayaan muzik tempatan Malaysia yang berlangsung selama seminggu dengan edisi sulungnya akan diadakan di Kuala Lumpur dari 9 hingga 15 September 2019.
MMM adalah sebuah platform yang akan menghubungkan orang ramai, jenama, dan perniagaan bersama dengan tujuan untuk mewujudkan sokongan yang lebih kukuh antara satu sama lain melalui muzik.Konsert akhir MMM 2019 akan diadakan sempena Festival Permainan Malaysia dan sambutan Hari Malaysia pada 14 dan 15 September di Dataran Merdeka yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan tuan rumah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Konsert akhir ini akan menampilkan artis termasuk Ayda Jebat, Faizal Tahir, Hujan, Ella, Rabbit Mac, Fuying & Sam, Priscilla Abby dan Dennis Lau yang bersedia untuk mempersembahkan dan memberi keterujaan kepada penonton ketika konsert akhir tersebut. Penggemar konsert digalakkan untuk membeli produk-produk daripada jenama tempatan dan pembeli dengan perbelanjaan terbanyak akan diberikan tiket untuk ke konsert akhir.
MMM 2019 disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MoTAC), Persatuan Rangkaian Malaysia (MRCA), Persatuan Penjenamaan Malaysia, Akademi Rakaman Malaysia (RIM), The Malaysia Book of Records dengan kerjasama AirAsia BIG, Nerdunit, Astro Radio, Fave, 8excite, Potboy, SKOWT dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut mengenai MMM dan Konsert di Udara, sila layari: https://www.mmm2019.my/
Mengenai MMM
Minggu Muzik Malaysia (MMM) adalah perayaan muzik tempatan Malaysia yang berlangsung selama seminggu dengan edisi sulungnya akan diadakan di Kuala Lumpur dari 9 hingga 15 September. MMM adalah sebuah platform yang akan menghubungkan orang, jenama, dan perniagaan bersama dengan tujuan untuk mewujudkan sokongan yang lebih kukuh antara satu sama lain melalui muzik. Pemasaran ini dipacu oleh 11Tune, DOREMi dan Ultimate Evo.
Mengenai 11Tune
11Tune adalah sebuah permulaan di Malaysia yang menghubungkan komposer terus kepada pengguna. Ia adalah sebuah platform penyelesaian muzik yang pertama dan salah satu seumpamanya yang membolehkan pengguna mencari komposer yang terbaik untuk projek mereka dengan cara yang paling berkesan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari: https://www.11tune.com/
Mengenai DOREMi DOREMi telah berjaya melaksanakan pementasan acara selama lebih dari 40 tahun dan menyokong lebih daripada 30,000 acara. Ia menawarkan penyelesaian dalam pelaksanaan acara, sokongan audio-visual yang unggul, reka bentuk yang ditetapkan, penghasilan multimedia, teknologi pemetaan, dan perkhidmatan acara digital. DOREMi mempunyai sebuah pasukan yang terdiri daripada 70 orang pakar acara yang didorong oleh semangat untuk mewujudkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Bagi mereka, ia bukan sekadar menghidupkan sesebuah acara, tetapi menjadikan acara yang dilaksanakan kepada sebuah pengalaman luar biasa. Sila layari https://www.doremievent.com/ untuk maklumat lanjut.
Mengenai Ultimate Evo
Ultimate Evo diasaskan oleh Ultimate One Resources Sdn Bhd dengan tujuan untuk merevolusikan industri acara, memberikan penyelesaian sokongan dengan kesan yang kekal kepada pelanggan. Dengan teknologi, permainan digital, media sosial dan pertunjukan tradisional yang bersinergik dengan ruang dan pengalaman yang nyata, Ultimate Evo menyediakan penyelesaian berasaskan hasil inovatif yang menjana momen menarik dan membentuk hubungan yang erat serta berkekalan dengan penonton yang tepat. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.u-one.com.my/