KAO MALAYSIA LANCAR UV AQUA RICH WATERY ESSENCE DENGAN RUMUSAN TEKNOLOGI UV PERTAMA DI DUNIA
Wanita Jepun sentiasa dikagumi kerana kulit mereka yang cantik, mulus dan cerah berseri. Di sebalik rahsia kulit cantik berseri ini, adalah rejim penjagaan kulit yang berkesan serta penggunaan produk perlindungan yang inovatif juga memainkan peranan yang penting. Bagi wanita Malaysia yang mengidamkan kulit cantik berseri bak porselin, pasti sukar untuk kekal cantik berseri 360 kerana sering terdedah kepada sinaran ultraviolet (UV) yang memudaratkan setiap hari tanpa disedari.
Dengan keadaan iklim tropika yang tidak menentu seringkali akan merangsang masalah kulit. Iaitu adalah amat penting bagi wanita Malaysia memakai pelindung matahari setiap hari dan menjadikan ia sebahagian daripada rejim kecantikan mereka. Di Malaysia, sinaran UV semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ketika waktu puncak, ianya boleh mencapai paras antara 8 hingga 10 dan boleh meningkat sehingga 15 di waktu tengahari pada hari yang cerah. Lebih menakutkan lagi, pancaran sinaran UV bukan sekadar berlaku di luar rumah, malah sehingga 70% sinaran UV boleh menembusi ke dalam rumah melalui tingkap. Di samping itu, berdasarkan Kao Skincare Benchmark Study 2018, hanya 17% wanita Malaysia berumur di antara 15-49 tahun mendapat perlindungan secukupnya dari sinaran UV.
FORMULA ‘MICRO UV DEFENSE’ SPF 50+ PA++++ PERTAMA※ DI DUNIA
Sejak kebelakangan ini banyak kawasan di Asia kini mengalami peningkatan suhu yang mendadak dan terdedah kepada sinaran UV yang melampau. Bersamaan ini, keperluan untuk perlindungan UV turut berubah dan permintaan untuknya juga semakin meningkat. Menyedari keperluan pengguna, Kao Biore menyahut cabaran untuk mengubah mekanisme perlindungan UV. Selepas penyelidikan intensif selama 7 tahun sejak dipasarkan pada tahun 2010, Kao Biore sekali lagi mencetus revolusi menerusi "Micro Defense Technology" inovasi yang memaksimakan potensi SPF50+ sepenuhnya, dimana ia memberi tahap perlindungan tertinggi dalam lingkungan ini. Rumusan Aqua Rich dengan tekstur ringan seakan air yang diperbaharui, sesuai untuk dipakai setiap hari di mana ia mampu memberikan perlindungan UV optimum.
"Menangani ancaman perubahan alam sekitar terhadap kulit kita menjadi semakin sukar. Oleh itu, Kao Biore sentiasa memperkenalkan inovasi kecantikan yang bertumpukan pengguna seiring dengan misi global Kao iaitu menerajui perubahan demi memperkasakan kehidupan. Sejak penampilan sulungnya, Bioré UV adalah pelindung matahari paling laris dari segi jumlah jualan di Jepun sejak 12 tahun* kebelakangan ini, dan kini merupakan pelindung matahari No.1 di Malaysia. Menerusi inovasi canggih ini, Kao Biore tekad untuk terus membangkitkan minat terhadap ciri estetika Jepun serta berkongsi rahsia kulit berseri wanita Jepun, iaitu inovasi seri kecantikan 360 yang boleh anda alami sendiri," kata Presiden Kao Malaysia, Encik Masaki Fujiwara.
BIORE UV AQUA RICH WATERY ESSENCE YANG BAHARU & DIPERBAIKI
Biore UV Aqua Rich Essence SPF50 + PA ++++ yang diperbaharui merupakan gabungan pelindung UV yang tahan lama dan tampak semulajadi apabila dipakai, serta bertekstur seakan air, tidak melekit dan cepat menyerap ke dalam kulit. Ia juga berfungsi sebagai pelindung matahari dan diformulasi khas untuk menjadikan kulit lebih mulus dan gebu serta-merta. Ia juga boleh digunakan sebagai pelembab wajah atau asas mekap yang ideal untuk digunakan setiap hari.
Micro Defense Technology untuk tahap perlindungan UV tertinggi dan menyeluruh Formula unik yang melindungi secara menyeluruh sehingga ke liang-liang kulit untuk perlindungan UV harian yang tiada bandingan, melindungi kulit dari sinar UVA1, UVA2 & UVB yang menyebabkan selaran matahari, tona kulit tidak sekata dan tanda-tanda penuaan pramatang seperti bintik-bintik pigmentasi dan kulit kusam. Kapsul anti-UV 0.2 mikro milimeter, mampu meresapi ketidaksekataan kulit yang tidak kelihatan dengan mata kasar, membentuk tabir pelindung sekata di permukaan kulit sehingga ke tahap mikroskopik bagi menghalang masalah kulit akibat pancaran UV.
Tekstur seakan air dan tidak melekit dengan esen penghidrat yang menakjubkan! Walaupun mampu memberi perlindungan optimum daripada sinaran UV, Biore UV Aqua Rich masih mengekalkan teksturnya yang seakan air, tidak melekit dan cepat menyerap yang disukai ramai pengguna. Ianya menyegarkan dan terasa sangat ringan pada kulit apabila dipakai, manakala formulasi tidak melekitnya pula memudahkan penyerapan yang cepat tanpa meninggalkan sebarang tompok putih. Ia juga berfungsi sebagai primer pelembab kerana diperkaya dengan agen pelembap seperti Asid Hyaluronik & Ekstrak Royal Jelly. Selepas penggunaan, kulit tampak lebih segar dan lembap, sangat sesuai dipadankan dengan bedak asas untuk kemasan yang sekata.
Sesuai untuk semua jenis kulit, boleh digunakan untuk muka & bahagian badan.
Fakta Produk
Bioré UV Aqua Rich Essence SPF50 + PA ++++ 50g dijual pada harga RM35.00. Terdapat di semua farmasi, pasar raya besar dan peruncit utama. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Bioré di Malaysia, sila lawati laman web rasmi di www.kao.com/my/biore/ atau laman Facebook Biore Malaysia di https://www.facebook.com/KaoBioreMalaysia/.
Mengenai Kao Malaysia Kao (Malaysia) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1973 sebagai salah sebuah anak syarikat Kao Corporation, pengeluar barangan penjagaan rumahtangga No.1 di Jepun dengan sejarah lebih dari 120 tahun.
Di Malaysia, jenama Kao telahpun berkembang dalam industri penjagaan kecantikan, penjagaan rumah dan tuala wanita di Malaysia. Di antara jenama produk yang luas dipasarkan ialah Curél, Bioré, Liese, Attack, Magiclean, Laurier, Merries dan MegRhythm.
Misi Kao adalah berusaha untuk memberikan kepuasan sepenuhnya dan memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia melalui prinsip utama syarikat iaitu kebersihan, kecantikan, kesihatan. Visi kami adalah untuk menjadi sebuah syarikat yang paling dekat kepada pelanggan/pengguna, dihormati dan dipercayai oleh semua pihak yang berkepentingan dan menyumbang kepada pembangunan mampan masyarakat.
※Unique formulation contains "encapsulated UV filters" which consists of amphiphilic ingredients (able to have affinity for both water & oil) of glyceryl behenate, sorbitan distearate and UV filters. (Based on prior art search and research in the database of Mintel Japan, Co., Ltd. by Kao in July, 2018)
* Source: INTAGE Inc. SRI Volume share data Oct 2006 – Sep 2018