top of page

KESERONOKAN & KEUNIKAN DI TADOM HILL RESORTS

Kita selalu berfikir ke manakah ingin menghabiskan masa pada hari minggu atau hari cuti sekolah, mungkin anda selalu berfikir ingin menikmati pemandangan pantai atau mungkin juga di kawasan pergunungan kerana faktor cuaca yang lebih sejuk. Lain pula di Tadom Hill Resorts, disini anda akan menikmati keindahan panorama yang indah di samping itu dapat melakukan aktiviti rekreasi serta sukan lasak di dalam kawasan yang sama. 


Konsep buluh diketengahkan oleh pihak pengurusan Tadom Hill Resorts bagi menghargai alam semulajadi serta memberikan keunikan  kepada pengunjung.


'....Di Tadom Hill Resort ini kami menggunakan buluh sepenuhnya dalam membina rumah penginapan, cafe, surau dan sebagainya.. sebagai contoh rumah Hakka Village diperbuat daripada lebih 6000 buluh dan ianya pertama di Malaysia..'' Ujar Dato' Lai Yeng Fock, Pengarah Tadom Hill Resorts.


' ... Bagi memastikan dan memelihara keindahan alam semulajadi, kami sentiasa berkerjasama rapat dengan orang asli tempatan dan sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada mereka...' Tambah Dato' Lai Yeng Fock.


Baru-baru ini MB berasa bersyukur kerana  berpeluang mengikuti trip #Travelwithbuddies bersama rakan-rakan Blogger lain selama 2 hari 1 malam di Tadom Hill Resort.


Tadom Hill Resort diambil nama sempena nama Bukit Tadom dan terletak di Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang,42700 Banting, Selangor. Perjalanan lebih kurang 1 jam dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur.




Pengalaman selama 2 hari 1 malam di Tadom Hill Resorts dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti :


1. Sukan lasak seperti Flying Fox, ATV Riding, Archery Combat, Paintball


2. Water Activities seperti Water Skipper, berkayak, Water Rafting Race.




3. Pada sebelah malam seperti Camp Fire, BBQ Dinner, Karaoke.



MB dapat merasai bermalam di jenis penginapan Hakka Village. Hakka Village setinggi 2 tingkat, terdapat 12 bilik, Bilik bawah dilengkapi dengan penghawa digin manakala bilik atas dilengkapi dengan kipas siling. Tandas dan bilik mandi disediakan serta diasingkan untuk lelaki dan wanita. 


 Hakka Village



Selain pada itu terdapat juga jenis penginapan seperti Semantan Chalets, Gendui Chalets, Bamboo Madu Chalets, Bamboo Hut, Hammock Spheres dan Bamboo Tents.


Sekiranya anda berpeluang ke sini, anda harus mencuba menu tengahari set Bamboo Rice di Cafe Tadom Hill Resorts.









 

Di samping itu juga pengurusan Tadom Hill Resorts mengusahakan arang buluh dimana ia menjadi satu medium bio di dalam kitaran menggunakan tanaman semulajadi seperti buluh. Buluh yang tidak digunakan akan menjadi sisa pertanian dan diproses untuk dijadikan baja compos untuk tumbesaran tanaman. Selain itu juga sisa buluh tersebut boleh diproses wap menjadi cuka dan juga serbuk arang bagi kegunaan harian termasuk dijadikan bahan dalam makanan seperti Shampoo, Charcoal Bun, Ubat gigi dan sebagainya.


Sebelum menjadi arang, kepingan buluh akan dibakar selama 4 jam. Arang buluh digunakan secara meluas di Tadom Hill Resort sebagai bahan bakar BBQ, menyerap bau dan sebagainya. Ia juga baik kesannya kepada manusia kerana arang buluh ini diklasifikasikan sebagai Bio Charcoal.



Dato' Lai Yeng Fock (Baju berwarna merah) memberikan penerangan dan menunjukkan proses arang buluh, cuka buluh dan proses pembuatan baja compos melalui sisa pertanian.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang harga pakej atau sebarang perkhidmatan yang ditawarkan di Tadom Hill Resorts. Anda boleh layari di tadomhillresorts.com.


Tadom Hill Resort juga menyediakan harga Day Pass setiap hari pukul jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam bagi pengunjung yang tidak bermalam. Untuk Day Pass anda boleh bersantai sambil mandi-manda dan mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan di sini. MYBUZZ!


Anda juga boleh menghubungi nombor telefon seperti berikut:

012-5225728, 012-5225908, 012-5225883

atau emel kepada: info@tadomhillresorts.com









Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page