top of page

TITANS HAMPIR TERSINGKIR, ENAM KUMPULAN MARA KE SEPARUH AKHIR


Malam Suku Akhir di 'Muzikal Lawak Superstar' semalam sarat dengan momen-momen yang tidak dijangkakan. Rancangan siaran langsung itu membuka tirainya dengan pengumuman penampilan hos jemputan Sherry Al Hadad sebagai pengganti kepada Nabil Ahmad buat minggu itu.


Dua lokasi diberikan kepada para peserta iaitu 'Hab Pengangkutan' dan 'Pusat Tarikan Pelancong' untuk dilakonkan. Lokasi pertama perlu dilakonkan oleh kumpulan peserta sedia ada. Kemudian, para peserta ini diberikan peluang untuk menjemput pelakon undangan pilihan mereka untuk menyerikan persembahan kedua!


Sebanyak enam kumpulan sahaja yang masih kekal berentap di pentas minggu separuh akhir untuk digelar juara 'Muzikal Lawak Superstar' dan mereka adalah - VOICES (Shiha Zikir, Sharif Zero, Chiwan Chilok), BOTAK (Black Hanifah, Abam Bocey, dan Achey Bocey), NEWBOH (Tomok, Ali Puteh, dan Mamak Puteh), TITANS (Ain Edruce, Issey Fazlisham, dan Ammar), JBORN (Vicha, Khir Rahman, dan Joey), serta UNI (Fakhrul UNIC, Fad Bocey, dan Atu Zero).


Tidak boleh dinafikan pertembungan sengit pertandingan komedi ini kerana setiap persembahan ternyata hebat dan menerima sorakan gemuruh penonton. Lagi-lagi dengan kemunculan Syaiful Zero (Melati) untuk persembahan kedua VOICES, Ropie Cecupak untuk UNI, Ajak Shiro untuk TITANS, Shahrol Shiro untuk BOTAK, Jaafar Onn untuk NEWBOH serta Kamarool Haji Yusoff a.k.a 'Che Man' untuk kumpulan JBORN!


Persembahan mereka yang amat melucukan menjadikan pengumuman 'Bottom Three' cukup mengejutkan - kumpulan BOTAK, NEWBOH dan TITANS. Namun - tidak 'Muzikal Lawak Superstar'-lah kalau tiada kejutan - tiada penyingkiran diumumkan! Mereka pula di 'denda' dengan lagu yang wajib diselitkan dalam persembahan akan datang iaitu 'Joget Angan Tak Sudah' oleh Jay Jay.


Ketiga-tiga kumpulan ini berjaya untuk mara ke pusingan seterusnya iaitu 'Separuh Akhir Muzikal Lawak Superstar' dengan tema dua lokasi dan dua persembahan - Pusat Rekreasi dan Kenduri Kahwin!


Di antara barisan artis dan selebriti yang terlibat adalah Ain Edruce, Tomok, Achey, Abam, Black, Fad Bocey, Issey Fazlisham, Fakhrul UNIC, Khir Rahman, Shiha Zikir, Joey, Vicha, Ali Puteh, Mamak Puteh, Ammar Titans, Chiwan Chilok, Atu Zero, Sharif Zero dan ramai lagi.


Jangan lupa untuk saksikan secara langsung gelagat peserta-peserta yang menghiburkan serta pelbagai momen ‘luar jangkaan’, hanya dalam ‘Siaran Langsung Separuh Akhir Muzikal Lawak Superstar’ pada hari Jumaat, 23 Ogos 2019, jam 9.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)!



Tags:

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page